Friday, 2 August 2019

PANTUN BUAH-BUAHAN

Banyak buah bersusun-susun,
Tapi bukan untuk jualan,
Baru balik dari dusun,
Dusun kami tepi jalan..
不不不


Ini buah-buahan tempatan namanya,
Rasa sedap  manis sekali,
Buah durian  jangan ditanya,
Sebabnya memang tak beli...



Silap haribulan boleh sembelit,
Kalau termakan dengan getahnya,
Semakin hitam warna kulit,
Semakin manis rasa isinya.

Bentuknya bulat bukan bujur,
Buah manggis bukan sembarangan,
Orang kata manggis buah yang jujur,
Tampuk dan ulasnya sama bilangan.



Waktu makan jangan berebut,
Ini namanya buah rambutan,
Kulitnya memang macam rambut,
In Malay & English memang  sama sebutan.
✔️✔️✔️


Puas sudah kutanam padi,
Nanas juga ditanam orang,
Puas sudah kutabur budi,
Emas juga dipandang orang.



Buah tempatan bukan murahan,
Nak pilih buah import pun tidak salah,
Hari tu lisan BM kupilih topik buah-buahan
Markahku boleh tahan, alhamdulillah...
✌️✌️✌️


Jangan dicari buah mempelam,
Memang tiada pun kat sini,
Ini semua cerita semalam,
Mak aku yang beli semu ni.



Makanlah dengan sopan santun,
Sambil syukuri rezeki Allah,
Dah lama tak berpantun.
Dulu pernah la juga wakil sekolah.


No comments:

Post a Comment