Saturday 31 August 2019

SPAGHETTI GORENG PEDAS - BEKAL KE SEKOLAH

Nampak macam Mee Goreng kan..?
Tapi memang bukan Mee Goreng
This is Spaghetti Goreng... by mak aku

Saghetti  Goreng Pedas
Bekal aku ke sekolah hari Khamis


Spaghetti Goreng ni memang sedap
Mak aku cakap masak Ala Mee Goreng


Ada banyak daging dan sayur


Bekal aku ngan mak aku
Aku nyer penuh tupperware biru tu
Mak aku nyer penuh tippuware
Haaaaa


Nampak sikit tapi sebab ni saghetti memng banyak sebab mak aku isi padat
Makan 3 orang memang kenyang
Kebetulan Auni ngan Nad memang x bawa bekal...
Terus makan ber-3 sahaja tak ajak oranv lain dah
Hahahaha....

Mak aku pun cakap nak bawa extra
Ni tippuware jer sebab mak aku cakap nanti xyah bawa balik bekas
Ni bukan bekas taufufa
Tapi ni bekas jeruk buah lagi besar dari bekas taufu fa
Mak aku cakap nak kongsi makan ngan achik cleaner sebab mereka selalu tolong mak aku


2 bekal aku ngan mak aku

SPAGHETTI GORENG PEDAS
1pack pasta vermicelli (500gm)
300 gm daging - hiris
1 batang carrot
1 pokok daun sup
3 sudu minyak
Garam

Bahan Blend:
15 cili kering - rebus
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis daging yang digaul sedikit garam
2. Bila berubah warna masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
3. Masukkan 1 cawan air dan biar mendidih hingga pekat dan daging empuk
4. Masukkan garam dan carrot yang siap dipotong jejari
5. Sementara itu jerang air hingga mendidih dan rebus pasta anggaran 8-10 minit.
6. Bila pasta lembut terus masukkan pasta kedalam bahan tumis & gaul rata
7. Jika pasta masih belum lembut tambah sedikit air rebusan pasta dan terus gaul supaya tidak melekat
8. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup



 Pasta vermecelli  yang mak aku  guna
San Remo tengah ada offer
2 pack pasta boleh pilih nak spaghetti..vermicelli.. Angle Hair
Semuanya twins  pack hanya rm8. 99
Kecuali Fettucini harganya rm9. 99
Tak tau naper fetucinni harganya lain
Yang pasti bila twngok kt rack pasta..
Vermicelli San Remo ni 1 pack harganya rm4.99
So..better amik yg offer ni 2 pack rm8. 99 dapat lagi bekas pasta tu percuma


Seperti biasa mak aku mesti pilih vermicelli berbanding sppaghetti
Mak aku kata sebab vermicelli lebih cantik medium size berbanding fettucini or spaghetti
Kalau angle hair plak halus sangat mak aku kata susah nak pilih masakan yg sesuai
Mmm.. Aku suka jer semu pasta
Sebab aku just makan jer
Yang nak masak mak aku
Hahahaha

Mak aku tengah tu.is daging
Bukan selalu kena rebus dulu ker?
Mmmm.....mak aku cakap sebab lupa nak rebus malam tadi..
So.. Hiria nipis boleh terua masak

Dah masuk cili blend macam sambal daging la plak


Sayur wajib kat rumah aku..
Hahahaha
Carrot.. wajib ada dalam peti ais

Mak aku tengah rebus pasta
Ok.. Aku nak gi mandi..
Nak siap2 gi sekolah
Biarkan mak aku selesaikn tugas masak bekal ni
Aku nak gi mandi..
Syyyyy... Jangan ikut..
Hahahaha

6.20 bekal dah siap
Aku pun dah siap
Mak aku tengah siap...
6.30 kena turun...
Sebab jap lagi nak singgah Petronas
Mak aku kata nak transfer duit untuk bayar yuran jaga rumah kat Kedah
Huh... setiap bulan memang mak aku kata kena bayar yuran rm 100++ untuk rumah KL  & rumah Kedah
Mmmmm.... jom cepat..
Kalau lambat nanti mak ku nyer punchcard merah lak
Aku pun kalau lambat nanti  pukul 7.15 jer gate kecil dah tutup kena lalu gate besar kang kena naik ofis tulis nama dalam buku besar..
So far record kedatangan aku masih bersih..


2 comments:

  1. Salam.. buat mi ..sedap...pasta sedap. Makan dgn laksa sedap. Semua sedap.

    ReplyDelete