Saturday 17 August 2019

BUAH RAMBAI

Buah Rambai


Betul..
This is Buah Rambai
Pic masa balik kampung Raya Haji


Pic ni dah seminggu
Masa ni mak aku cakap Buah Rambai ni belum betul- betul masak
Now dah seminggu berlalu
Mungkin Buah Rambai ni dah betul- betu masak

Macamana nak tahu Buah Rambai dah masak?
Mak aku cakap kalau nak tahu Buah rambai dah masak lihat warna kulitnya
Mak aku kata semakin  masak buah rambai tu maknanya semakin masak lah
Masa ni dah putih tapi masih ada tompok hijau
Maka maksudnya belum betul- betul masak

Kata mak aku
Bunga Rambai warna kuning
Bila berbuah warna buah yang baru berputik tu hijau pekat
Semakin lama jadi hijau muda
Bila beransur masak aman bertukar mwnjadi kuning kehijauan
Semakin lama warna kuning akan menjdi semakin cerah dan hampir putih
Itu menandakan Buah Rambai dah masak

Ni yang hampir putih ni dah kira masak tapi belum betul- betul ranum
Masih ada tompok hijau

Tangkainya panjang
Buahnya penuh melekat pada tangkai yang panjang itu


Mak aku ada petik setangkai suruh aku nga. Haikal rasa
Mak aku cakap Buah Rambai ni juga antara Buah Nadir iaitu Buah yang hampir pupus
Kata mak aku ada orang menkadikn kulit buh rambai sebgai lauk dwnvan dimasak lemak bersama isi ikan.. Dimasak asam rebus dan dicampur ke dalam sambal tumis cili padi
Tapi nenek cakap nenek x pernah masak kulit rambai tu..
Nenek kata nenek hanya biasa makan isinya sahaja
Tapi kata nenek memang ada orang kampung nenek masak kulit rambai yang dipotong halus menjadi sambal tumis cili padi bersama anakganak ikan haruan yang baru menetas
Whats..?
Anak haruan baru menetas?
Mmmm nenek kata kalau dulu- dulu pada musim hujan sawa padi akn tenggelam seoerti banjir
Musim banjir ikn haruan akan bertelur banyak dan anak-anak ikan haruan akan berenang dalam kumpulan yang banyak dipermukaan air sawah.
Nampak ke???
Nenek kata kita bolwh nampak anakganak ikn haruan tu walaupun kecil kerana mereka berenang dalam kumpulan dan warnanya pula oren yang terang memudahkan kita nampak
Huh.. anak ikan haruan warna oren?
Ye.. Nenek kata warna oren..
Ish... Tak pernah plk aku tengok anak ikn haruan warna oren
Nenek kata biasanya nenek dengan kawan nenek akan menggunakan kain tudung yang jarang @ kelambu lama untuk menyauk anak-anak ikan tu.
Kata nenek anak-anak ikan tu macam berudu.
Yark..!
Kwmudian anak-anak ikan tu dimasak sambal cili padi dan juga pais
Pais tu apa?
Pais tu nenek kata anak-anak ikan fu dicampur garam dan dibungkus dalam daun pisang macam lepat dan dibakar atas bara api..
Mmmm... macam best jer....
Tapi now nenek kata sawah padi nenek pun nenek dah sewakan kepada orang kampung
Nenek kata dah x larat nk mengerjakan sawah padi...

Ni la sawah padi kepunyaan nenek
Dekat jer dengan pokok rambai tu
Padi tengah menguning dan sedia untuk dituai
Tapi sawah tu jer nenek punya
Padi tu nenek kata Pak Lang Lee punya
Sebab nenek dah sewakan sawah tu kepada Pak Lang Lee
Haaaa.... Aku tahu la Pak Lang Lee sebab beliau ialah tokey kedai runcit kat simpang kampung nenek tu
Dulu masa kanak-kanak kalau balik kampung aku nga Haikal selalu gi beli ais krim kat Kedai Pak Lang tu..
Ais Krim kat kampung sedap sangat
Dia nyer rasa memang lain..
Walaupun bukan brand mahal tapi sedap dia memang kalah magnum.. Connetto semua tu
Even ais krim malaysia pun kalau beli kat kampung... dia nyer feel memang lain macam

 Pokok buluh ni tok ndak punyer
Tok ndak tanam tepi sawah nenek


 Ni mak aku cakap sawah pusakanenek moyang aku
Bersebelahan sawah nenek
Tapi yang ni padinya dah dituai dengan mesin penuai
Orang Kedah panggil mesin padi
Yang tinggal hanya hampas pokok padi dan tunggul rumpun padi
Mak aku  kata hampas pokok padi tu dipanggil JERAMI PADI

 Tapi masih da sisa-sisa padi yanv tertinggal dipenjuru sawah yang tak dapat dituai oleh mesin padi


Segemal padj
Haaa... ni penjodoh bilangan untuk secekak pokok padi ni dipanggil GEMAL
Boleh rujuk KAT SINI.....


Ok... Sajer selit pokok manggis
Sebab pokok manggis ni tepi Pokok Rambai
Actually Pokok Rambai dan Pokok Manggis bukan nenek punya
Tapi arwah moyang punya tanah pusaka  ditanam oleh moyang.
Orang selalu sebut Tanah Pusaka
Macam dalam lagu patriotik tu
Ni pun mak aku cakap tanah ni tanah pusaka moyang
Tanah Pusaka tu apa maksudnya
Mak aku kata tanah pusaka tu maksudnya tanah kepunyaan orang yang sudah meninggal dunia...
Eh... kalau tanah orang yang sudah meninggal bukan ke TANAH KUBUR🤭🤭🤭

4 comments:

  1. Lawak lah cella ni. Tanah org yg dah meninggal tanah kubur... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...
      Dulu kiter suka layan drama Tanah Kubur... Kiter suka watak Tol Adi....

      Delete
  2. Assalamualaikum ka Cella, Mohon maaf saya izin ingin menggunakan fhoto buah rambai yang ka Cella post untuk keperluan buku saya, apakah boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumussalam...
      Silakan.. semoga menjadi manfaat kepada orang lain juga..

      Delete