Thursday 4 April 2019

MEE KERING GORENG SOSEJ- BEKAL HARI AHAD

Mee Kering Goreng Sosej
Bekal hari Ahad
Haaaa....Ahad ana ada sekolah
Tapi ni bekal untuk kakak
Kakak kena kerja Ahad sebab ada event kat PWTC tu 
Kakak kata Sabtu Ahad depan pun kena kerja juga sebab Pesta Buku Antarabangsa tu lastday dia 7 April..

Tapi yang 1 ni bekal aku
Heee...lepas hantar kakak gi PWTC tu
Kan aku ikut mak aku


2 bekal ni untuk kakak
Satu untuk kakak breakfast kat sana
1 untuk kawan-kawan kakak share
Kalau bagi 1 bekal kakak xnak bawa
Kakak kata susah nak makan,xkan nak makan sorang-sorang
Kalau bawa 2..kakak boleh makan 1 bekal
& 1 lagi boleh bagi kawan untuk mereka kongsi rasa sorang sikit



Selain daripada bawa bekal Mee Kering Goreng ni
Kakak juga bawa bekal Jagung Gaul Kelapa ni
Tapi ni dah citer kat post JAGUNG GAUL KELAPA..kat sini


1 bekal aku
2 bekal kakak
Abang x bawa bekal
Just sarapan kat umah
Mak aku pun sama


MEE KERING GORENG
10 keping mee kering
1 keping dada ayam- hiris/daging rebus
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris
10 batang sosej- potong 3 dan goring dengan sedikit butter

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rebus  mee kering dalam air mendidih  lebih kurang 2 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan/isi ayam daging rebus yang dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah direndam dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Perah limau sebelum makan.. 
***- Sosej dikerat 3. Masukkan dalam kuali bersama 1 sudu the butter/marjerin dan masak hingga Nampak sosej masak.

·         Goreng sosej dengan minyak akan memberi hasil berbeza sebab sosej akan mengecut kerana minyak masak lebih panas.Goreng dengan butter/marjerin akan mencantikkan kulit sosej dna rasa lebih sedap

4 comments:

  1. Best Mak Cella ni goreng macam2 stail, dah macam warung dapo awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...baru jer belajar senonim untuk gerai ialah warung....
      Heee...hari ni mak kiter masak Nasi Goreng Patayya untuk kiter iftar...
      syyyy....barunnak ganti puasa

      Delete
  2. Gambar keempat nampak cantik.
    La takkan taktau gerai warung Kan Adik beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pic by mak kiter...ada yang ok..kadang blur.....ada yang memang gelap gelita sesaja.
      Kalau pic yang cerah tu ..haaa....kiter nyer pic

      Delete