Sunday 17 February 2019

MUSIM PANAS/ANGIN TIMUR 2019


Sunrise di KL...
Sekarang tengah bulan February 2019
Tengah musim panas giler..
Waktu pagi lambat nak cerah..
Ni dah pukul 7.15 tapi matahari masih belum mahu terbit..


Ni plak tengahari
Memang terang benderang dan sangat panas
Langit biru langsung xde awan..

 Senja dari jendela rumahku dua hari yang lepas.....
Matahari merah seperti bara api..
Macam bebola api...


 Minggu lepas cuti CNY balik Kedah lagi la panas giler..
Longgokkan pasir kat depan rumah ni pun kering berderai termasuk isi dalam pasir tu
Hahahaha...tau x isi dalam pasir tu..?
Taik kucing wei..!!!
Longgokkan pasir tu telah dijadikan tpat berry oleh kucing2..Tak tahulah kucing orang bela atau kucing orang buang..
Tapi banyak la kucing2 singgah berry ..
Dorang buat macam public toilet lak..
Selalu balik musim hujan memang geli la angkut pasir tu sebab pasir tu lembab + najis2 yang lembab..
Now....musim panas giler
Pasir2 tu kering berdebu
Najis2 pun semua kering  dalam pasir panas.
Kira dried la..
Hahaha...hihihihi
So..petang Khamis sebelum balik KL..
Aku pun menghangkut la pasir2 tu..
Pastu Haikal datang..
Haaa....sib baik Haikal.banyak tolong..
Nampak jer sikit ...tapi penat giler
Berat wei pasir2 tu!!
Itupun pasir kering tu
Kalau angkut pasir basah lagi ar...


 Lepas ni boleh la kucing2 tu berry kat belakang rumah plak..
Hahaha...aku ingat nak soh nenak charge sekali berry singgit..!!
Hahahaha....
Mmm...nenek lak dah la x suka kucing
Tapi dah nak wat camana...xkan nak bunuh kucing tu..
Redho jer lah...
Longgokkan pasir tu jauh skit biar mereka berry di sana

 Sebab musim panas..
Banyak dah pokok2 tanaman nenek dibelakang tu dah kering.
Nenek dah tebas dan longgokkan untuk bakar.
Kata nenek bekas bakar tu nanti tanah akan subur
Nanti hujan turun ..pokok sayur dan ulam akan tumbuh subur sebab dapat makanan dari tanah bakar tu


 Balik kampung pun sama juga panas
Kasihan pokok- pokok getah
Dah hampir togel.kerana  daun2 berguguran..
Nenek kata sikit hari lagi semua daun2 tu akan merah dan gugur
Pastu pokok getah akan berpucuk dan berbunga
Pastu berbuah dan gugur
Aku suka kutip buah2 getah kalau baliknkampung musim buah getah gugur
Tapi bunyi buah getah pecah memang ngeri ssbab takut kena kepala..
Hahahaha


 Pokok  Bourgenvilla dipintu dapur rumah nenek kat kampunv
Sebab x berbela dah naik tinggi
Tapi bunga dia camtik..
Mak aku kata bunga2 tu memang memerlukam banyak cahaya mataharu untuk warna yang cantik dan terang..
Kalau musim hujan bunga dia basah dan pudar warnanya x cantik



Nenek sedang mencakar dan mengumpulkan daun2 kering bersama bunga2 yang gugur..
Rumput2 semua kering..


Pastu acara yang paling  best kalau balik kampung ialah bakar spah..
Haaaa...
See...banyak daun2 kering gugur ke bumi

Opss....api dah semakin marak..
Musim panas ni nenek kata kalau nak membakar sampah kena sentiasa awasi.
Kata nenek...dolu2 ada pekebun yang membakar kayu2 didalam kebun untuk membersihkan kebun tetapi kerana tidak diawasi api tadi merebak hingga membakar kebun dan merosakkan tanaman orang lain.
Nenek kata kebun getah nenek juga pernah 2x terbakar dan pokok getah mati terbakar akibat kecuaian orang lain yang membersihkan kebun mereka..
Huhhhh.....habis tu nenek x report polis ket..?
Nenek kata tinggal di kampung kena la banyak bersabar dan bertolak ansur..sebab...
Semua dikampung adalah terdiri daripada jiran tetangga dan mempunyai hubungan saudara..
Lagipun kata nenek ramai orang kampung juga yang bergitong royong memadamkan api tu..
Macamana dorang padam?
Mmm...nenek kata mereka xdelah gunakan air sebab jauh ditengah hutan dan bukit mana nak cari air...tambah pula musim kemarau..
Habis tu padam macamana..?
Huh..naper x pabggil Bomba..?
Nenek kata macamana la bomba nak gi tengah2 hutan ...
Bhkan ada jalan besar..
Hanya ada lorong untuk jalan kaki dan motosikal sahaja...
Sebab tu orang kampung kena gotong royong padam api..
Padam dengan apa..?
Mmm...nenek kata kebakaran tu dikawal dengan cara memukul2 api yang merwbak menggunakan rumpun ranting2 kayu yang diikat pada buluh....
Buluh digunakan sebab buluh lebih panjang ..boleh berdiri jauh dari api..dan buluh juga  tidak mudah patah..


Haa...nenek tunjukkan cara  cara api dipukul- pukul untuk memadamkannya...


Api dah mula padam..
Tapi nenek kata cara ni hanya digunakan hanya jika api merebak secara perlahan
Kalau hutan terbakar dengan api menjulang tinggi tu  ...
Mmm...jangan cuba- cuba...
Ok..dah lewat petang...
Jom semua bertolak balik rumah baru & rumah Achik..


 Haaaa...macam relate plak citer kat kampung ..
OTW balik...Achik bawa ronda2 kat Lake Resort tu nak tengok oranv memancing
Tapi sebelah lake tu nampak plak bomba tengah padamkan kebakaran hutan tepi lake tu..


Hutan tepi sawah dan tepi lake..
Mak aku cakap kat sini sebab tepi jalan besar dapat la bomba masuk dengan kenderaannya
Lake pun sebelah tu jer dapatlaj sumber air...
Kata mak aku dolu2 bukan sahaja hutan dan kebun terbakar
Tetapi juga sawah padi..
Sawah padi..?
Haaa...mak aku kata kalau musim menuai ada petani yang membakar jerami selepas menuai..
Tujuannya supaya mudah untuk dibajak semula dan juga supaya tanah jadi subur
Tetapi ketika jerami dibakar kadangkala ada yang tidak mengawasinya sehingga api merebak ke sawah orang lain yang pokok padinya belum dituai..
So..?
Mak aku cakap kesnya sama seperti kebakaran kebun juga la
Habislah pokok2 padi yang berbuah sedang menunggu masa dituai itu dijilat api...
Hmmm.....tak tau plak aku yang sawah padi pun boleh terbakar...
Mmm...betul lah kata perpatah...
" Api semasa kecil menjadi kawan....
  Bila besar menjadi lawan..."



Ok...ni plak pic dari AchiSelit juga dalam post ni sebab ni pun pic minggu lepas kat tepi rumah Achik...
 Cantik kan...?

Pokol Bourganvilla tepi rumab Achik pu  sedang lebat berbunga kerana musim panas..
Sangat cantik bunganga...
Soft pink...
Ok...by

No comments:

Post a Comment