Sunday 19 February 2017

AIR TEH LONGAN


 Air Teh Longan....
BUKAN Air Mata Kucing yer..!!



Hahaha....
Tak habis lagi pasal Buah Longan ni...
Confuse nama...
So ikut jer yang betulnya Buah Longan


Teh Longan ni ..
Sebab xnak minum manis banyak sangat..
Aku just minum 2 teguk jer..
Tu pun versi mak aku dah letak air batu
Bau dia macam Air Mata Kucing yang kat pasar malam tu juga..
Cuma rasa dia lebih fresh..
Mak aku cakap mungkin sebab Buah Longan tu fresh..
Kalau Air Mata Kucing yang macam kat pasar malam tu pun,mak aku dah pernah buatkan..
AIR MATA KUCING kat sini...

Tapi masa tu tulis Buah Mata Kucing ar...
Hari ni nyer memang confirm Teh Longan..
Hahaha..


 AIR TEH LONGAN
1 uncang teh
5 biji longan segar
1 sudu besar gula
1 mug air panas baru mendidih
(ais- jika suka sejuk)



 Kupas kulit buah longan


 Buangkan juga bijinya..


 Masukkan uncang teh dan buah longan ke dalam gelas tahan panas


Tuangkan air panas dan biar 5 minit hingga keluar pirisa teh dan longan


Tambah gula dan sedia diminum panas atau disejukkan atau dimasukkan ais..
Jika hendak dimasukkan ais..kurangkan sukatan air panas menjadi 1/2 gelas sahaja supaya teh lebih gelap dan cantik bila dimasukkan ais.


2 comments:

  1. Segar dan nyaman air teh longan...mesti sedapkan...aunty x pernah minum yg letak teh.air mata miaw selalu larr...

    ReplyDelete
  2. Kiter lagi suka Teh Longan ni..sebab rasa fresh..
    Kalau air miaw kat pasar malam tu memang kita x boleh nak minum..xtahu neper..
    Tapi mak kiter suka sangat beli air mata miaw yang hitam cam air cincau tu...
    Haaa...dah jangkit panggil air mata miaw..hihihi

    ReplyDelete