Saturday, 7 October 2023

SETIAP GAMBAR PASTI ADA CERITANYA

 Ada banyak pic yang tersimpan dalam gallery..Tapi tak tau nak buat apa..Yang pasti setiap gambar tu ada ceritanya..


Segugus pelam teloq..Hanya segugus ni.Tepi tembok tempat kerja.Pokoknya di luar pagar..tapi buahnya dalam pagar kami..So,buah ni kepunyaan siapa?


Pernah jadi kegilaan ramai orang..Dapat sepokok sebagai hadiah..Terima kasih Achik


Kuah rendang hijau..Ayam dah habis,tinggal kuah..sayang nak buang...simpan buat cicah mantao.


Kuih nostalgia...Putu Kacang.Dulu masa kecik-kesik mak akan buat setiap kali raya..Tapi dah lebih 20 tahun mak tak buat..Sejak tu dah tak dapat merasa putu kacang sedap.


Favourite saya....


Bukan bekal sekolah..bukan juga bekal kerja..
Tapi bekal dari Achik.Setiap kali nak balik KL ..Achik akan sediakan bekal walau dah larang.Katanya sekarang tak boleh jangka.. takut R&R jem.Kalau tak makan kat jalan pun...makan la kat rumah..penat-penat dah takyah masak..TQ Achik


Kudapan kat dapur...Kadang berebut pakat makan..kadang terbiar sepi.


Bake macaroni ...ada orang sedekah..semoga Allah limpahkan rezeki kepada yang sedekah tu.


Bukan grape...buka cerry..
Tapi ni terung mini...Geram sebab nampak comel...Dah beli tak tau nak masak apa.


Kadang mud rajin...sekejap ja sap sup sap ..siap berbalang..Tapi nak cari mud tu.....jenuh!


Cella ajar main dengan cahaya kalau nak snap pic...
Saya try la....habis semua nampak putih ja...
Orang tua belajar macam ni la....
Tak lulus lulus lagi


Saya ni jenis mudah panic terutama kalau masuk parking kat mall..Takut lupa kat mana park kereta...Tiap kali parking ...akan snap pic tiang...hihihi


Anak-anak suka sup..
Tapi saya suka lauk kering kering macam sambal ke..berlado atau tumis...Kalau masak sup..saya hanya akan hirup masa nak rasa tu ja




Kudapan atas meja kerja...Nak buat kerja ka nak mengudap?



Jambu tabur asam kulit limau..Dah lebih 20 tahun saya tak jamah jambu batu kerana alahan angin sejak melahirkan anak sulong..Tapi tetiba teringin..jamah sikit...eh,macam tak sebu dah perut..Dah habis sumpahan kot🤣



Tetiba tular...
Padahal bukan kuih baru..ninkuih tradisional..Cuma dulu diacukan dalam cawan kaca kecil atau cawan kecil merah tu..


Secangkir kopi putih vs sepiring karipap frozen

Banyak lagi gambar tersadai dalam gallery tapi cukup dulu sampai sini..Nanti sambung lagi.


Friday, 6 October 2023

ADA SEKOR ANAK LUTONG

 

Sejak beberapa minggu ni tempat kerja kami disinggahi seekor makhluk ..


Kadang dia bergayut di pokok..

Kadang dia turun ke tanah...
Kadang dia seakan ingin berkawan dengan kami...
Mula dulu dia seakan takut dengan orang.Tapi lama-lama dia dah tak takut..Ramai yang cakap ada anak monyet..
Tapi saya katakan kepada mereka ..tu anak lutong sebab bulunya kelabu dan yang paling nyata  tanda putih pada matanya..

Melalui pengalaman saya,lutong ni jenis yang suka bergerak dalam kumpulan tetapi mereka salalu bergerak dengan senyap.Buka jenis kecoh riuh rendah macam kera.Mereka ni pemalu tapi awas,jangan diganggu.Walau fizikal nampak serupa tapi perangai mereka ada perbezaan.
Dulu-dulu zaman sekolah rendah,kalau balik sekolah kadang penat kayuh basikal kami akan berehat bawah pokok terutama kalau kawasan berbukit(jalan berbukit kami sebut "gon")
Tengah berehat tetiba rasa macam kita diperhatikan..Jenguk kiri kanan takda apa..Pandang atas...
Nah,rupanya sekumpulan lutong  dok perati kita..Depa tak kacau orang tapi kita la terkejut tengok depa..Dah la muka putih..!

Satu lagi,dulu-dulu kalau pakai bedak tebal terutama kalau pakai bedak batu nasila( kami panggil bedak nyonya) sampai muka putih...orang-orang tua akan cakap pakai bedak macam lutong!
Hihihihi...


Ini lah anak lutong tu..
Comel kan...
Entah dari mana datangnya tidaklah siapa tahu..
Cuma perasan dah beberapa minggu sedar akan kehadirannya.
Mujur juga kat tempat kerja ni ada pokok mangga yang berbuah lebat dan sedang masak menjadi makanannya.Mangga tu manis tapi kami malas nak kait sebab banyak buahnya ada ulat dan kumbang dalam tu..Memang rezeki anak lutong ni la makan mewah...hihihi
Tapi semalam lutong ni dah tak da dah...
Mula JPAM datang cuba tangkap tapi lutong ni cerdik...dia panjat pokok tinggi-tinggi..bila nampak anggota JPAM tu dah give up..dia boleh bergayut rendah dan turun sampai ke batang pokok..Pastu bila dia rasa terancam,dia laju-laju panjat tinggi..Geram..tapi comel je tengok dia nganjingkan orang..hihihi

Namun,sepandai tupai melompat pun boleh jatuh ke tanah...
Akhirnya anak lutong ni berjaya juga ditangkap PERHILITAN..
Semua orang pun sayang pada anak lutong ni ..
Ada ja yang melahirkan rasa nak menjaga dan memelihara anak lutong ni...tapi bukan boleh bela sembarangan kerana kita tertakluk kepada undang-undang terutama haiwan yang diancam kepupusan.Siapa yang tak sayang haiwan comel macam ni
Kerana sayang lah,maka ia akan dihantar ke habitatnya agar dia dapat menjalani hidup yang lebih baik secara semulajadi.
Paling saya bimbang,jika ada orang yang tak bertanggung jawab akan tangkap anak lutong ni untuk tujuan yang tak sepatutnya..Dah la binatang ni dah  mula jinak.
Hari ni dah tak ada lagi kelibat anak lutong ni...
Semoga Cik Tong bahagia kembali ke habitat nya....

Thursday, 5 October 2023

BELI PISANG NANGKA NAK GORENG...TAPI SUDAHNYA JADI SIRA

Minggu lepas masa Adah call,dia cerita dia ada beli pisang goreng.Pastu dia tanya macamana nak buat pisang goreng?

Hehehe...dulu belum kawin,nak makan apa ..tunjuk ja..Takpun sebut ja...mak mesti masak apa yang anak teringin.

Naw,dok jauh dari mak,masih ada pilihan nak membeli.Tapi kadang pastinya merindu masakan sendiri @ masakan emak kan...Kata Adah,kat Tawau nun payah nak jumpa pisang nangka.Yang banyak ada ..pisang sabah katanya..

Bila saya Google....mmmm..rasanya pisang sabah tu kat sini panggil pisang kepuk atau pisang nipah..Pisang tu sedap kalau digoreng ..manis.

Kat tempat saya ni yang banyak jual hanya pisang nangka dan pisang raja.Minggu lepas beli sesikat pisang nangka RM9..konon nak goreng


Sudahnya jadi Sira Pisang..
Dulu-dulu masa kanak-kanak & remaja saya tak kenal sira pisang sebab kat tempat saya tak pernah nampak sira pisang.Yang ada,kalau nak jadikan dessert hanyalah pengat pisang + sagu.
Kenal sira pisang ni awal tahun 90-an bila study kat KL ni.Bulan puasa pi bazar ramadhan,nampak macam-macam juadah yang saya tak pernah makan sebelumnya..Paling saya ingat kuih nekbat yang macam kuih baulu direndam air gula tu...Bagi saya pelik tapi saya ni pemakan.Semua yang pelik tu lagi la saya nak cuba..Kadang dapat yang sedap.Kadang dapat yang kuih dia hanyir ..yark,turn off..
Antara yang menarik perhatian juga ialah  pisang dimasak dengan air gula ni ..cuba beli..wah,sedap..
Rupanya nama dia Sira Pisang..

Pastu masa baru-baru kerja,ada sorang kakak Kelantanese ni ..Kak Noorlida (ejaan nama dia mesti kena betul ada dua "o".Kalau salah terutama dalam minit mesyuarat memang K.Ida akan suruh betulkan sebelum boleh sahkan minit🤭) Saya akan ingat tu sebab Kak Ida ni teliti orangnya...
Masa tu Kak Ida selalu bawa pisang sira ke tempat kerja.Saya suka sangat..minta la resepi.
Saya masih ingat antara yang Kak Ida tu cakap...
"Aloh..aloh..sene jah ..
Pise ngae gulo,daun pande.Pah,letak la sutey dua bunga cekeh & gare sikik.Boh air agak2 tengele pise tu..Letak atah dapo,pase api..Pahtu,gi la sapu sapah ka apa ka....dah menidih,kuah likak sikik gop..siak la.."

Hingga sekarang,kalau masak sira saya akan auto teringat nak menyapu ...🤣
TQ Kak Ida,bagi resipi ni.Hingga kini saya masih guna resipi kak Ida dan masih "menyapu" tiap kali masak sira🤭🤣


Rasanya semua pisang tu dalam 10 biji jugak.
Pisang nangka tu mana yang panjang sangat,saya hanya kerat 2.
Yang pendek biarkan sebiji sebiji 
Susun dalam kuali/periuk.
Masukkan semua sekali bahan lain
- Gula(saya hanya ada gula perang CSR) dalam 1 cawan( banyak kan..hihihi)
- garam dalam ½ sudu teh.
- Bunga cengkih dalam 10 kuntum
- Pandan sehelai..
- Air dalam 2 cawan
- saya tambah sikit pewarna kuning

Aroma pandan + cengkih tu pada deria bau saya ni...sangat harum dan nostalgic..Auto teringat bulan puasa.
 
Pasang api biar mendidih dan gula larut dan pisang lembut.Bila mendidih kecilkan api & biar merenih dalam 10 minit...padam api
Nak lebih sedap biarkan beberapa jam bagi mesra.Simpan dalam peti ais pun sedap..sirap jadi pekat dan pisang jadi sejuk..


Kebetulan hari Isnin saya puasa..
Sira pisang jadi pemanis mulut..