Dua hari lepas cerita pasal IKAN BAUNG MATI SEKOLAM...
Ni nak cerita pula pasal pokok ubi keledek..
Bayu tanam keledek madu ...
Beberapa minggu selepas tanam saya memebelek dedaun keledek ni..Banyak cabangnya.Bayu suruh saya petik kalau teringin nak masak tumis belacan....Saya mengiyakan...tapi menangguh dulu keinginan kerana khabarnya minggu depan tu pihak MAHA,Jabatan Pertanian & DBKL nak datang melawat...
Plan nya lepas depa melawat baru nak petik pucuk keledek yang dah merimba ni...
Bayu minta saya kemaskan pokok pokok keledek yang dah menjalar entah ke manaana dah tu...Saya linta bayu pasagkan rod putih berbentik melengkung pada setiap batas keledek,nanti saya akan lilitkan batang keledek biar tidak bersepah...
Eh...kenapa pokok keledek dah kuning..
Mana pergi dedaun menghijau yang menutupi tanah sebelum ni?
Ada tempat yang memang dah botak terus....Dedaun dan batang keledek kuning layu dan akhirnya mati...
Saya sangkakan dedaun tu mati kerana sudah sampai masa untuk tuai ubinya...
RUPANYA.......
Ada peristiwa yang berlaku!!!
Kata Bayu....
Si Geylang( bukan nama sebenar) yang tersilap...
Kesilapan apa?
Ceritanya...beberapa hari selepas lawatan tapak oleh pihak salah satu agensi kerajaan ,katanya akan menyusul Jabatan Petanian & MAHA pula akan site visit...
Namun beberapa hari selepas lawatan DBKL,berlaku kejadian baing sekolam habis mati yang katanya berpunca masalah penapis air tercabut..
Beberapa hari selepas baing sekolam mati...tumpuan dialihkan kepada tanaman.Bertungkus lumus Yati,Laili,June & beberapa orang lagi mengemas kebun sebelum dikunjungi JP & MAHA..
Bayu & Manan bz dengan tanaman cili dibtapakntanaman terung sebelum ni.Pokok cili dah mula
Saya ni hanya tumpang menyibok sikit-sikit.
Menurut Bayu...Si Geylang telah tersilap tindakan.Si Geylan ni pekerja kebersihan.Tapi dia rajin juga bantu siramkan pokok.
Beberapa hari sebelum tu,Si Geylang membaja pokok pokok keledek ni.
Tapi makin hari pokok makin layu macam terbakar...Rupanya bila Bayu check kat setor...
Geylang dah tertabur racun...bukannya baja seperti sangkaannya.
Kebetulan racun tu mirip baja..Bayangkan la kan....disiram ke kebun keledek ....!!
Tapi kata Bayu,..redho je lah nak buat mcamana...
Nampak sisa sisa yang masih panjang umur,cuba meneruskan kehidupan...
Macam ada harapan kembali menghijau tetapi tak tahu berapa lama
Sekarang tanaman ni dah lebih 3 bulan sepatutnya kalau tidak kerana insiden tu dah boleh tuai agaknya ...Sekarang pun rasanya dalam tanah tu banyam jer ubinya...
Masalahnya kalau digali ubinya.....masihkan selamat nak makan???










No comments:
Post a Comment