Asalnya pagi tadi saya dah lalu tepinkolam tu tapi tak perasan pulak ikan ikan tu mati.Mungkin sebab saya tak toleh kiri kanan dan dalam masa sama saya jalan laju nak kejar masa.Saya plan hari ni nak grounding dalam 1 jam hari ni.Kebetulan jiwa tengah serabut dan tidak gembira.Rasa rindu nak pijak bumi dsn rumput yang masih dibasahi embun untuk menyalirkan rasa negatif ke bumi dan dalam masa sama untuk mengembalikan aura positif.
Lepas grounding tetiba nampak dalam group ...beritahu sekolam baung sudah tidak bernyawa .Air kolam berbuih..ikan ikan ada yang terapung dan kebanyakan tenggelam ke dasar
Ada yang mengandaikan itu dan ini..Tapi Bayu cool sahaja menacari punca & katanya paip filter untuk air masuk tercabut...Makanya air tapis dah keluar tapi air yang masuk adalah air berklorin kerana filter tercabut..
Melihat sususan bangkai ikan baung yang menunggu masa untuk sesuai dituai..rasa insaf dan sayu.Saya yang memandang rasa begitu,apatah lagi mereka yang setiap hari memberi makan dan menguruskan kolah ikan baung ni.Walau tidak menguruskan kolam ni..tapi kolam ni antara terapi saya setiap hari...Melihat baung berenang bernaung dibawah kumpulan pokok kiambang sangat mendamaikan..
Kini kolam baung dah tidak berolak lagi....Hanya tinggal kolam puyu menanti masa untuk dituai...Semoga Allah gantikan dengan hikmah ...



sayangnya sekolam pulak tu semua mati.
ReplyDeleteSemoga Allah ganti yg lebih baik. Tumpang sedih juga tengok bangkai ikan² tu :(
ReplyDeleteAduhla sayangnya ye kak... ingatkan ikan baung ni boleh hidup kat mana-mana kolam. Kiranya fragile jugak la ye dia.
ReplyDeleteAllahuakbar....Moga Allah gantikan dengan lebih baik...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteHai Mama Cella. Fuhhh lamanya saya tak singgah sihat. Apa khabar? Harap sihat walafiat.
Allahuakbar..sayangnya ikan baung mati sekolam tu. Mahal ikan baung ni. Dengan modal makanannya lagi kan.
Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. InsyaAllah..Aamiin...
Sedihnya bila dengar kes ikan baung mati mengejut macam ni. Dugaan betul menternak, rugi masa & kos kan. Apapun, harap grounding tadi dapat tenangkan fikiran ya
ReplyDelete