Thursday, 22 December 2022

TERAPI MATA @ SEKANGKANG KERA MINI KEBUN MAK

Kalau balik Kedah,seawal 6.30 pagi saya akan membuka pintu dapur,membiarkan hawa sejuk menerobos masuk.Paling feel,sebaik pintu dibuka,angin sejuk menerjah muka dengan

 " bau" pagi yang sukar diucap dengan kata-kata.

Selalu mak bising kerana buka pintu terlalu awal,di luar masih gelap.Kata mak takut ada serangga masuk rumah.Sebenarnya mak risau takut ada ular sesat kerana dah 2x ular singgah kat rumah ni..

Yang 1st tu,ular tu siap bermalam dalam rumah🤣.Ada saya ceritakan ULAR MASUK RUMAH.Nasib baik ular tak berbisa.

Yang kali ke-2 tu king cobra.Ada saya dalam posting

ULAR MASUK RUMAH MAK-BOMBA PESAN SIMPAN BAYGON SPRAY.

Alhamdulillah,dengan izin Allah ianya sangat mujarab..!

Sejak guna Baygon Spray tu,makhluk tu dah tak menyinggah dah....!

(Kawan-kawan pun simpalah sebekas yer,terutama di kawasan banjir)

Meleret pula pasal ular,padahal nak terapi mata..hihihi

Jom,sedut udara pagi yang nyaman sambil terapi mata melihat flora di sekangkang kera kebun mini mak ni..


Pokok betik ni dah tua.Hari tu dah tak berbuah.Kemudian patah atasnya tumbuh tunas merendang tak berbuah.Mak kata ada jiran bagitau mak suruh gali keliling pokok dan tuang minyak sisa menggoreng.
Alhamdulillah,kata mak tak lama lepas tu setiap cabang menunjukkan buahnya.

Banyak cabangnya.Saya patahkan 2 pelepah pucuknya untuk dijadikan ulam mentah.Ok,memang pahit,tapi saya boleh makan sebagai ulam bersama nasi.Kalau meratah tak mampu la nak telan!
hihihi...

Pokok pisang pun berlumba mengeluarkan jantung..Kita manusia jantung dalam dada...Hebat pokok pisang..jantungnya di luar..!🤭🤣
Ini jenis pisang emas dibawa berlayar...



Nun pokok Mangga Harumanis, mak tanam benih pemberian Ketua Taman Perumahan ni.Hampir setiap rumah tanam pokok harumanis.Mak pun tanam 2 pohon.Sepohon lagi di depan gate.

Pokok kaduk berkilat daunnya menunggu saya petik.Ini antara ulam kegemaran saya.

Pokok Cili Padi hijau.Mak kata tanam guna benih dari cili yang mak beli nak buat sambal belacan saja..


Cili Putih Sabah .
Benihnya saya bawa balik dari KL.Minta kat Pak Man gardener tempat kerja...2 biji cili putih Sabah yang dah masak saya bawa balik untuk mak sebab saya suka sangat cili putih kembong ni digoreng bersama ikan.



Pokok Keledek Jepun.Mak kata benihnya dari keledek Jepun yang selalu saya beli bawa balik kat mak.Mak kata ada yang tak habis makan sampai tumbuh.Mak tanam yang tumbuh tu.Bila menjalar,mak kerat jalarnya dan tanam semula.Dah beberapa kali mak gali ubinya dan rebus.Pucuknya juga saya petik dan jadikan ulam rebus.

Pokok kunyit ditengah pokok keledek.Baru kembali bercambH dan menghulurkan pucuk setelah pokoknya tua dan mak tak tuai rizomnya.

Jom selak daun keledeknya.


Ubinya tak la besar tapi manis..sesuai namanya sweet potato..hihihi
Tapi ni keldek Jepun memang isinya manis dan tidak berserabut isinya.



Yang memanjat kayu hitam tu sirih.
Sementara yang tepi tembok tu pokok kaduk.Boleh beza tak daun sirih dan daun kaduk?
Sangat serupa kan..
Tapi bau  rasa dan kegunaannya berbeza.
Sirih sifatnya memanjat junjung(para-para).
Jangan jadi 
 "Seperti Kaduk Naik Junjung".
Maksudnya: 
Orang yang mengada-ada dan  perasan diri tu mulia serta hebat sangat.
(lebih kurang macam tu la maksud yang saya tau,kalau salah boleh betulkan)



Nanas mak tanam dah berbuah..Pokok nanas yang saya tanam sejak 2017 hingga 2022 belum berbuah.Tak tau dimana silapnya hingga memaksa mak menamatkan riwayatnya beberapa bulan lepas.


Pokok serai kampung.Sebelum ni mak tanam pokok serai peha ayam yang batangnya besar-besar tu.Tapi mak dah musnahkan kerana batangnya keras dan tidak seenak serai kampung yang lebih harum.


Rumpun pandan tidak terjaga dibawah pokok ubi.Mungkin sebab musim hujan,banyak anak pandan mengambil kesempatan membiak.


Pokok Inai mak selalu pangkas agar tidak menjulai kerumah jiran.
Kata mak,dulu tanam inai kot-kot ada cucu nak kahwin boleh petik dan tumbuk.Tapi depa la ni memilih inai segera dan henna yang lebih mudah katanya...

Anak-anak pokok jering.
Asalnya mak kata timbuskan jering tu nak buat jering cambah..Kemudian,lupa!
Sedar-sedar dah tumbuh jadi anak benih..hihihi
Saya cadangkan mak korek dan bawa balik tanam kat kampung keliling kebun.Tapi tu lah..saya hanya pandai cadang!
Membantunya tidak!


Emak menanam selasih di hujung halaman.Dah berbunga dan berbuah kerana peminat ulam selasih ni dok KL..hihihi


Bijinya sama seperti biji selasih yang kita minum dalam sirap selasih tu..
Tapi malas nak lerai bijinya,maka kalau nak minum..kita beli saja..hihihi


🎼🎶
Kutanam pokok bunga,
Bunga mawar namanya,
Kusiram dan kujaga ,
Lama besar jadinya..🎵🎶
(siapa yang cikgu sekolah dia ajar lagu ni dan pernah nyanyi lagu ni kat sekolah,dia muda dari saya🤭) 
Sebab  saya KLSR..
KBSR diperkenalkan 1982 bermula darjah satu untuk kelahiran 1975.Saya terlepas kerana  saya darjah  1 sebelum 1982( kena sedar dah tua) 🤣
Achik  dan SK Tanah Jauhar sempat merasa la KBSR🤭


Benih pokok bunga mawar ni beli kat Cameron 2019.Tiga bulan lepas tu PKP Covid 19 bermula..

( tengok bunga mawar ingat kat Dana)

Pokok ubi kayu di sudut pagar.Buat teduhan dari pancaran matahari pagi ketika duduk-duduk dikerusi batu ni.Kalau petang memang teduh kerana rumah ni halaman mengahadap matahari terbit supaya petangnya halaman menjadi teduh.Matahari terbenam di balik.sawah belakang dapur tu.

Kat tempat kerusi batu ni  la saya berangan nak pasang rumput kerpet tiruan macam kat Pantai Teluk Cempedak.Tempat pokok ubi tu nak tanam pokok lerek yang macam pokok pisang tu buat teduhan dan lindung dari pandangan orang di luar..susun batu-batu putih dibawah pokok lerek.Waktu petang duduk kat kerusi minum petang sambil melihat kanak-kanak bermain depan rumah tu.
Hahahaha....berangan tak perlukan modal dan duit kan...!🤭


Tanah sekangkang tupai memanjang di tepi rumah membawa ke belakang dapur di hujung sana.Berangan nak kemaskan dengan kepungan petak-petak kayu untuk jadikan mini kebun herba yang lebih teratur..
Pun berangan tak salah kan..hihihi


Cantik warna bunga ulam raja.
Petik sekuntum selit dikepala,
Hidup saya penuh angan-angan saja,
Jadi tak jadi taktau bila..


Mak mengemas pokok kucai.


Ada 3 pasu dalam semak-semak

Sepasu saya dah potong buat campur dalam cucur jagung..tahu mengabiskan saja..
hihihi

Dah petik kucai...masuk masak cucur jagung.


Rupanya 2x masak cucur jagung,2x juga lupa snap pic.
Yang ada hanya pic speghetti ni mak minta saya masak paghetti bawang putih untuk sarapan.
( dok cari pic cucur jagung baru teringat ada 5 tongkol lagi jagung kat dapur saya belum sempat masak.Apa khabar agaknya sebab saya tau mak tak akan masak jagung tu)
Plan hari tu nak masak bubur jagung tapi takdan dah  sebab nak balik KL cepat sebab Adah kena attand meeting kat Shah Alam.
Lagipun asyik makan kenduri dan banyak makan  kat rumah Achik saja kan..🤭


Juga saya gorengkan mini popia otak-otak.Pulut udang tu mak beli kat Kampung Gajah Mati.
Sedap sangat pulut udang tu.Intinya moist dan memang ada udang la deh namapun pulut udang.

18 comments:

  1. Ramainya tanaman di sekeliling rumah
    Semoga menjadi semuaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Tapi tak boleh lawan tanaman Wak la..

      Delete
  2. Luasnya tanah tepi rumah mak MC, syok boleh tanam macam-macam.
    Baru tau biji selasih buat ayaq tu ambik dari pokok selasih ni adoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda la luas sangat tapi cukup la takat nak tanam ulaman

      Delete
  3. Hijau je tanaman... walaupun katanya sekangkang kera tp alhamdulillah semuanya menjadi... pokok betik ni kalau diambil gambar mmg cantik kan? indah kejadian tuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Baru saya perasan juga .pokok betik memang cantik

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau balik sana memang seronok membelek tanaman

      Delete
  5. Walaupun mini. Tapi ada macam-macam pokok.

    ReplyDelete
  6. Emak menanam selasih di hujung halaman....
    Marilah kita nyanyi Mama Cella:
    Kutanam selasih
    Kutanamkan di hujung halaman...
    Mengenangkan kasih
    Aduh sayang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🎼Mengenang kekasih...
      Lambang percintaan...🎵🎶

      Haaa...dah nak hujan🤭

      Delete
  7. mula2 dana ingatkan rumah mak akak jenis kampung yg takde pagar tu rupanya rumah kampung taman... tp luas tanah tepi rumah mak akak. macam2 ada kan. Seronok kat kampung tanah lapang banyak kan. Akak ni macam dana kalau balik kampung, meronda keliling rumah emak pastu ambil gambar sampai adik2 dah tau, nk buat content la tu katanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni rumah saya kat Kedah Dana..Tapi saya selalu saja sebut sebagai rumah mak..kerana rumah ni Allah kurniakan atas doa mak yang tak putus berdoa semoga Allah kurniakan rezeki kepada saya agar dapat beli rumah
      ( loan la🤭)

      Rumah asal mak kat kampung ada banyak juga dalam old post by Cella & kalau Hari Raya..tu rumah mak kat kampung..

      Delete
  8. Ini memang betul2 terapi mata, tapi bab jantung pisang kat luar tu, tak menahan saya tergelak dibuatnya. Cer bayang manusia jantung kat luar 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..bila taip jantung tu ttiba terasa eh,pisang ada jantung..kat luar pulak tu🤭

      Delete
  9. seronok nya. mcm2 ada keliling rumah kan...

    ReplyDelete