Sunday, 25 December 2022

KE PUSAT KITAR SEMULA KOMUNITI PRESINT 9 PUTRAJAYA & KE HOSPITAL AMPANG PUTERI

 Selepas TUNAI JANJI BAWA CELLA SARAPAN @ THIS IS NASI KERABU.. ..terus hantar dia balik kolej sebab dia ada kelas pukul 9 pagi.

Usai hantar dia,saya dan Adah terus ke Putrajaya..tujuan nak ke Pusat Kitar Semula Putrajaya.Sebelum ni saya tak tau kewujudan tempat ni hinggalah terbaca info dari blogerPUAN HAZEL ..kat sini.Terima kasi PH atas perkongsian yang sangat berguna.


Dalam hujan kami sampai.

Nampak Butik 3R ni.Saya agak ini lah yang PH cerita ini tempat kumpul pakaian terpakai.Untuk pakaian terpakai kita just letak kat situ dan mereka yang akan pilih sama ada untuk jual di Butik 3R ni atau dijual kepada pemborong pakaian bundle.Kalau yang dah tak elok mereka akan lupuskan.Untuk makluman barangan terpakai berbentuk pakaian tidak dibayar.So,untuk derma sahaja.


Sebelum ni saya tercari kat mana nak tempatkan pakaian terpakai.Dulu kT tempat saya  ada "pondok/tong" yang warna oren tu untuk tempatkan barangan kitar semula tu.Tapi sekarang dah takda.

Banyak baju-baju terpakai yang masih elok untuk didermakan.Malah ada juga baju yang masih ada tanda harga dan belum dipakai pun.Antara sebabnya salah saiz dan baju corak  bermusim.Yang lain tu kebanyakan baju kurung terpakai zaman Adah masih study dulu dan baju kerja saya.

Semua masih dalam kondisi baik.Saya dan Adah asingkan ikut saiz .S,M,L & XL .

Kemudian letaknikut pasangan baju dan kainnya. Kami gulung dan ikat dengan getah pada kedua-dua hujung gulung tersebut agar kemas dan mudah dikendali.

Ada 3 plastik hitam dan 1 plastik merah yang kami telah bawa balik ke Kedah untuk Achik hantarkan kepada tempat yang menghendakinya.
Masa tu tak tau lagi tentang Pusat Kitar Semula kat Putrajaya ni.


Bila dah tau ada pusat kitar semula kat Putrajaya ni,lepas ni senang sikit kalau nak hantar pakaian terpakai.

Kali ni kami mengambil peluang untuk hantar buku- buku terpakai yang kebanyakan buku-buku Adah dan juga novel koleksi Adah.


Nak bawa rasa berat giler...
2 kotak buku terpakai dan sekotak novel..boleh tahan berat.

Tapi bila ditimbang..
Hihihihi...la 24kg ja..
Bandingan berat tu lebih kurang 2 beg beras x 10kg dan 4 paket gula  x 1kg..🤭
Lepas pekarja tu timbang,dia tulia pada secebis kertas dan kita kena bawa masuk dalam ofis/bilik casher.

Berurusan dikaunter casher

Sesambil tu saya meninjau sekitar ofis mereka..

Kena tandatangan pada resit bayaran.


Hahaha...inilah hasilnya 24kg buku terpakai.
Sekilo dibeli dengan harga 20sen.
Boleh la buat modal beli plastik hitam lagi untuk next bilik.Plan dalam cuti Krismas nak 5S bilik saya pula.Bilik Adah & Cella dah clear dah.1 almari pakaian terpakai dan 4 kotak bahan study dah berjaya dikeluarkan.Lama betul mengambil masa untuk bulatkan hati buang semua buku-buku dan novel tu....hihihi

Kalau nak jual yang dapat pulangan tinggi...minyak masak terpakai..Kalau tak silap RM2.50 sekilo.Yang lain saya tak pasti.Mungkin boleh call mereka untuk info lebih detail.Taip saja Pusat Kitar Semula Komuniti Putrajaya...keluarlah infonya..


Now....ada lagi 1 tong toyogo tu penuh dengan novel.Ni kalau tak salah koleksi Cella ni.Segala buku cerita kanak-kanak...buku fiksyen dah berkotak dah buang sebelum ni..Zaman sekolah memang ulat buku...La ni ulat handphone..hihihi
Nak bawa novel-novel tu  dah tak larat sebab berat.Saya plan nak bawa ke tempat kerja & offer sesapa nak ambil baca dan bawa balik terus.
Bulan Disember kan bulan untuk aktiviti 5S kat rumah & tempat kerja.
Next week plannya curi-curi masa buat 5S untuk tempat kerja pula agar mood tahun baharu 2023 lebih segar.Doakan saya rajin dan kotakan apa yang saya kata🤭


Pusat Kitar Semula Komuniti ni pada pandangan saya sangat baik jika diwujudkan di lebih banyak tempat terutama berhampiran  kawasan sekolah atau IPT..Kanak-kanak pastinya akan teruja apabila barangan kitar semula yang dikumpul memberi pulangan wang.Pasti mereka teruja seolah mendapat "gaji" @ upah dari kerja keras mereka. Kecil atau besar nilai wang yang dapat itu bukan ukuran sebaliknya
secara tidak langsung ianya mendidik kesedaran tentang pentingnya kitar semula demi kelestarian alam.
Dalam kalangan pelajar IPT pula,selain meneruskan amalan baik kitar semula ini juga boleh mendidik mereka mencari duit poket sampingan.Walau kecil tetapi sedikit sebanyak lepas la untuk minum teh tarik kan...hihihi
Cukup dulu ceramah dan pandangan dari seorang mak..kikiki


Balik dari Pusat Kitar semula,selepas menurunkan Cella @ kolej kediaman,kami berdua beranak singgah drive thru McD bersebelahan Petronas Ampang.Bukan nak lunch,sebaliknya beli sebagai buah tangan...
Nak beli buah,Adah kata mesti dah ramai orang bawa buah melawat orang sakit.Nanti tak termakan pulak.Kebetulan dah dekan lunch hour...beli la  prosperity burger dan rakan-rakannya.


Terus Adah belok masuk ke Hospital Pakar Ampang Puteri ni..
Nak menziarah kawannya Ira.Ira ni merupakan rakan sesama intern @ TV Hijrah.Dah seminggu katanya dirawat kerana jatuh dan tisu lututnya koyak.

8 comments:

  1. Itu la kak sy pun dlm plan nk sisih baju yg x pakai lg skrg.. sepatutnya hari ni join car boot sale tp x jadi pulak sbb adik2 semua x dpt join.. buku byk, baju banyak, tupperware pn byk nk diprelove

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la kita pakat 5S sebelum 2023 menjelma.🤭
      Masih berbaki 5 hari ..caiyok!

      Delete
  2. Teruskan aktiviti 5S.
    Macam tak dengar pula ada pusat kitar semula di LD. Atau kami tak perasan kewujudannya. Setiap tahun kami asingkan pakaian yang tidak digunakan lagi, dan Encik Suami akan agihkan kepada para pekerja pembersihan di bawah seliaannya. Walaupun sudah berkurangan, dan nampak lapang almari pakaian, tapi tahun berikutnya penuh lagi. Keluarkan lagi, nanti penuh lagi hihihiii.
    Semoga Mama Cella terus istiqamah mengotakan plan 5S!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la cikgu...kalau dah lapang almari tu..biasanya tak lama pasti penuh semula.Alhamdulillah,maknanya masih ada rezeki..
      Amiinn..atas doanya..

      Delete
  3. Assalamualaikum. Semoga puan sekeluarga sihat wal afiat. Apa kata, buku-buku lama disumbangkan ke perpustakaan sekolah di kampung2. Anak2 perlukan buku-buku tu. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn....terima kasih atas doanya.Semoga yg baik juga Allah balas kepada Rabiatul.
      Idea yang bagus tu...in shaa Allah..Terima kasih atas cadangan

      Delete
  4. bagus nya ada tempat mcm ni...nak try cari kat sban la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Sayapun weekend ni nak pi hantar pakaian terpakai pulak..dok 5S kan lagi alamari kat rumah ni..eh,banyak lagi yang perlu dikeluarkan dari rumah ni...hihihi

      Delete