Sunday, 18 December 2022

MAKAN KENDURI @ KAMPUNG


Bersiaran dari Kedah dalam cuaca gerimis dipagi hari...
Jam menghpiri pukul 7.45 pagi tapi masih samar-samar tanpa sinaran mentari.Hujan atau panas.. ianya adalah rahmat dari Allah untuk penghuni bumi.

Semalam Sabtu adalah Hari Gantung Periuk..

Kami nak ke kenduri @ kampung .


Perjalanan nak ke kenduri @ kampung..kena banyak bertolak ansur..Ada tempat yang kita kena bagi laluan..Ada tempat yang kita mengharap orang beri laluan..
Ni kami sedang memberi laluan untuk kereta dari arah sawah bendang sana..Tapi ada sebuah kereta Proton Wira gold tu tak menyabar..nak juga dia meredah walau dah nampak kereta dari arah hadapan dah nak sampai ke seberang sini dah pun..


Akibatnya memang akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri untuk saling mengelak di tempat sempit.Silap hari bulan boleh bergesel & jatuh dalam bendang tau dak!
hihihi...


Haaa...bukan lama pun nak kena tunggu..bukan jalan bz pun kecuali musim raya..

Ok tadi kita bagi laluan kat orang.Now,nampak..sana tu kereta putih..


Dia pula memberi laluan kepada kami..

Ok dah sampai rumah kenduri...
Macet...ramai orang.
Kenduri kampung macam ni la...Ramai pakat naik motor senang nak parking...hihihi
Kendurinya pula standard bermula dari sarapan pagi hingga ke maghrib & boleh berterusan hingga tengah malam.
Pagi kata mak menunya pulut kelapa ikan masin & kuih muih.



Saya,Achik & Aqil  sampai dalam pukul 2.30 petang.Mak dah balik awal pagi lagi.Sejak petang hari Jumaat pun mak balik rewang @ dalam istilah kampung kami dipanggil 

"Hari Besiang Bawang"

Mungkin merujuk kepada tugas utama hari tersebut ialah mengupas dab menghiris bawang yang berguni-guni untuk masakan menu lauk kenduri.


Hai...Saya Aqil..Sedang makan nasi kenduri bersama Makngah.


Aqil antara yang suka ikut ibunya pi kenduri.Aqil ni sangat berdikari sejak kecil.Kalau pi kenduri,dia akan explore sendiri kat mana nak ambil minuman,ais krim,ABC,cucur udang dan aneka kios makanan yang disediakan.Know-know dia dah bawa gelas berisi minuman dan mangkuk berisi cendol atau ABC.Dia tak akna minta ibu atau sesapa tolong ambil,sebaliknya dia yang tolong ambil untuk kita.


Jom kita tengok apa yang ibu dan Makngah ambil..


Ni pinggan Makngah..

- Nasi Putih.

- Gulai Daging + Umbut Pisang.

- Kerabu Kerisik Taugeh + Perut.

- Ikan Tamban Masin.

Nampak macam Makngah mkaan sikit kan..Padahal sebelum mai kenduri,Makngah dah pekena sepiring cekodok pisang dan sepinggan Mee Segera Perisa Bandung keluaran Iman...hihihi


Pinggan ibu Aqil.

-Nasi Putih.

- Gulai Daging + Umbut  Pisang.

- Kerabu Kerisik Taugeh + Perut.

- Ulam Pucuk Samak,Timun & Kangkung Rebus.

- Sambal Belacan.

*Minuman - Sirap Bandung.

Nampak macam banyak kan..Haaa,ibu belum makan sejak pagi kelam kabut ke sana sini dan masak untuk Abang Haikal,abah dan Adah yang tak ikut ke kenduri.Depa semua ada urusan.

* Side Dish - ABC,Cucur Udang Kuah Kacang & Mihun Sup.


Selesai makan,kami beransur untuk ke kenduri seterusnya..

to be continued....


16 comments:

  1. Lama tak jumpa orang masak kenduri rewang besiang bawang tu suma. Hari tu kami pi kenduri kat kampung pun dorg upah katering ja. Keta wira tu berlagak ke atau memang tak pernah lalu laluan tu? Wajaq sungguh mementing diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK..sekarang ramai dah katering sebab takdak tenaga kerja nak buat.Tapi rumah kenduri yang ini tuan rumah memang peniaga makanan dan kakitangannya ramai..ada kemudahan.tu agaknya depa masak sendiri.
      Boleh jadi juga Wira tu tak pernah lalu situ..Astaghfirullah,mungkin saya sudah berburuk sangka.Moga Allah ampunkan saya🤲
      huhuhu

      Delete
  2. Bestnya mkn lauk wedding.. umi cella cte la psl lauk yg umi n achik ambk.. nk tau menu diorg.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah edit Kak Lin..
      Dah cerita menunya..Terima kasih atas pandangan..🌹

      Delete
  3. Kalau pegi kenduri kampung ni wak suka naik moto aje
    Ringkas dan senang parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah hampir 2 dekad tidak menunggang motosikal...dah rasa gayat pula..kalau membonceng boleh lagi🤭

      Delete
  4. Siang tadi kami hadiri majlis kawin juga, tapi di dewan.
    Seronoknya kenduri di kampung. Rewang... hari besiang bawang ye, menyediakan bahan untuk masak-masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tempat saya sebut "Hari Besiang Bawang"🤭

      Delete
  5. wah sedap lauk kendurinya...lauk kampung...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya gulai daging umbut pisang....gulai kawah la tu kan kak...SA sempat merasa masa kenduri kazen kat Jitra, memang siap x tau malu mintak tapau...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.
      Gulai daging + umbut pisang memang antara signature lauk kenduri @ kebanyakan tempat di Kedah

      Delete
  7. akak kenduri Adah ke abg ke cella ke jangan lupa jemput kami na...teringin nak makan lauk kenduri kedah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah Afzan...
      Doakan ada jodoh yang yang sakinah mawaddah wa rahmah untuk mereka🤲
      Cuma jangan high expectations sangat la untuk majlis sebelah saya..🤭
      Tapi kalau ada rezeki memang nak buat majlis dan jemput rakan-kan maya juga..doakan yer🤲

      Delete
  8. memang banyak jemputan kan, hujung2 tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kebetulan kena time cuti sekolah banyak la kenduri

      Delete