Friday 17 September 2021

KARI SARDIN &TELUR

 

Kari Sardin + Telur..

Ikan segar tak ada...Guna la ikan kurung dalam tin.

Sardin kan kawan baiknya telur...Sekalikan dalam kari

Campur bendi...
KARI  SARDIN + TELUR

1 tin sardin
3 biji telur rebus
10 batang bendi
1 paket kecil serbuk kari ikan
2 sudu cili blend 
2 sudu bawang blend
¼ kotak santan
1 sudu teh garam
1 asam keping
minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang blend dan cili blend.Tambah serbuk kari dan sos sardin.Masak hingga naik minyak

2. Tambah asam,garam dan 3 cawan air.Masak hingga mendidih baru masukkan bendi dan telir rebus.

3. Setelah bendi empuk baru masukkan sardin dan santan.

4. Bila mendidih perlahankan api biar mendidih perlahan supaya naik minyak.Sesuaikan rasa.

12 comments:

  1. Saya paling minat sardin masak kari. Haishhh.. kenapalah orang berdua tu tak makan lauk ni 😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....kat rumah saya semua makan sardin(punya kuah)hihihi...Ikannnya harus berakhir dengan nasi goreng sardin.

      Delete
  2. Saya pun suka Sgt lauk sardin. Kalau dh x tau nk masak apa, semua dh x lalu, mesti akan buat sambal Sardin. Gu dgn kobis goreng & telur dadar, bertambah2 mkn. Kari sardin kurung sedappp jgk,tp suami plak x suka, katanya sini ikan fresh sng dpt, knp nk msk kari ikan kurung. Tapi klu sambal dia mkn plak😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...tu la selera ni aneka ragam.Tapi pastinya lebih bagus makan ikan segar berbanding ikan awet kan...Sambal dia makan yer...macam warga rumah ni pulak kuah makan ,ikan tak makan tapi kalau dicampur nasi goreng ,ikan pun licin...hadoi🤣

      Delete
  3. Yang sedap tu tentulah bendinya
    10 batang pun boleh habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa betul tu wak..
      Selama ni anak-anak tak makan bendi dalam kari.Sejak PKP eh,pakat makan pulak...berebut-rebut pula.

      Delete
  4. Selalunya tumis sardin, telur dadar.
    Kali ini kombinasi kari sardin dengan telur.
    Idea yang bijak, masak sekali harung siap dengan sayurnya sekali.

    ReplyDelete
  5. Husband minat sgt sardin.. masak la apapun.. sambal.. kari.. ns grg sardin..
    Everytime g alamanda, pandai je dia capai tin sardin.. 🤣

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kari.Syu suka kalau letak bendi banyak-banyak.Dapat cicah dengan roti gardenia pun sedap ni.

    ReplyDelete
  7. Dalam periuk bertemu juga tiga sekawan ni. Sedap kari sardin. Kuah lebih boleh lah buat lempeng.

    ReplyDelete