Sunday 19 September 2021

SAMBAL TUMIS BUAH KUINI MUDA + IKAN BILIS


Sambal buah kuini muda dengan bilis.


Lauk yang menjadi kesukaan tekak dan mampu membuat saya dua kali ulang makan.Lepas tu kalut jarum  timbang tak turun ..hihihi

Buah kuini..Bukan lah buah kuini muda sangat pun.Buah kuini ni dah matang cuma belum masak.Maksudnya buah kuini tua.Kalau diperam in sha Allah akan masak manis.


Ni la pokok kuini dilereng tebing dekat pencawang tu.Hari Jumaat lepas gali ubi,lepas dah makan ubi rebus vs kopi O..Kak Ti cleaner tu tanya nak buah kuini tak?
Saya tengok pokok ni nampak daun saja.Rupanya dicelahan daun ada tersorok buah la..


Rupanya depa siap ada galah yang dihujungnya dipasangkan botol macam corong  tu Bila kait buah akan masuk dalam corong botol.Tak lah jatuh dan pecah..
Tapi kalau masa kait tu salah jolok,ke tanah juga buahnya.Sedangkan sepandai-pandai tupai melompat pun boleh jatuh ke tanah kan...hihihi


Tu ha.....ada saja terselit buah kuini dicelahan daun.Tak la lebat tapi berpuluh biji juga.


Ambil 3 biji sahaja buah kuini ni

Sebab depa juga bagikan 4 biji buah mangga ni.Pokok mangga ni kat belah depan dekat parkir staf.Masa depa kait saya tak ikut.Tahu-tahu dah ada isi segala macam termasuk ubi kayu siap kupas,pucuk ubi,kuini dan juga mangga ni  dalam paper bag untuk saya.


Perbezaan buah kuini dan buah mangga.Nampak nak sama tapi  tetap ada sedikit perbezaan dari segi bentuk rasa dan bau.Kalau  semua sama takkanlah nama mereka berbeza kan...

Selalunya buah kuini masak yang orang campur dalam sambal belacan.Tapi saya guna kuini belum masak pula untuk diolahkan menjadi sambal tumis yang sangat sedap pada selera saya.


Sebenarnya idea masak sambal tumis kuini ni inspire daripada SAMBAL TUMIS BUAH MACANG MUDA yang menjadi lauk kegemaran adik saya Achik.Saya gunakan kuini muda ni sebab texture buah kuini hampir sama dengan buah macang iaitu lebih kasar,keras dan tidak semasam sesetengah buah mangga muda.Kalau mangga muda mungkin lebih sesuai campur dalam masak lemak cili padi.Tapi kalau sambal tumis ni bagi saya macang & kuini lebih sesuai.

SAMBAL BUAH KUINI MUDA + IKAN BILIS

1 biji kuini muda

1 cawan bilis bersih

1/4 cawan minyak

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula perang


Bahan Blend:

15 cili kering

1 bawang besar

3 bawang putih

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing.


2. Terus tuangkan bahan blend & masak hingga mendidih.


3. Tambah garam,gula  & buah kuini cincang.


4. Masak hingga kering & naik minyak.Sesuaikan rasa.


Sebab malas nak selongkar ikan masin dalam peti ais.Maka yang depan mata ada jeruk mandai.Maka goreng lagi jeruk mandai dengan bilis,bawang dan cili padi untuk digandingkan dengan sambal tumis kuini.

Manulis ni pun saya masih terasa kesedapan sambal tumis kuini muda ni.

18 comments:

  1. Sedapnya kak sambal kuini. Dulu2 masa ada arwah ayah, arwah mama rajin juga buat sambal kuinin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap Ammi..Bagi yang suka la..hihihj

      Delete
  2. Kuinin muda buat kerabu pun sedap....buat colek pun sedap krap...krap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Buat kerabu pun sedap.Saya lebih suka kerabu macang dan kuini berbanding mangga sebabacang dan kuini lebih keras bertekstur

      Delete
  3. makan dengan nasi panas, konfirm tamabh 3 kali. hehehe

    ReplyDelete
  4. Wp tak pernah mkn sambal mcm ni tp masakan makcella buat saya terliur..mesti sedapkan mkn nasi panas2 😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kuini atau macang belum masak boleh cuba try test..hihihi

      Delete
  5. Saya belum pernah makan sambal tumis buah kuini. Kalau ada kuini belum masak, bolehlah cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lupa pasal sambal tumis macang muda tu hinggalah beberapa bulan lepas Achik ingatkan bila nampak macang muda kat kampung.Dah buat tak boleh move on 🤭

      Delete
  6. Ada pendapat kata, buah kuini kalau dibuat sambal, nanti pokoknya akan berbuah busuk/buruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....Saya juga pernah dengar macam tu.Hatapnya kuini lain kat pokok elok la hendaknya

      Delete
  7. Buah kuinin baunya kuat betul kan. Saya prefer mangga. Kalau buat sambal macam ni saya makan sikit je untuk merasa. saja bagi peluang orang suka makan, makan lebih sikit gitu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau sambal belacan kuini tu makan juga tapi tak la seselera makan sambal tumis ni.Samval tumis ni saya boleh ratah...hihihi

      Delete
  8. Replies
    1. Hihihi....saya yang dah makan ni pun masih kecur liur kalau tengok gambar

      Delete
  9. Bacang tu kena msk sampai lembut ke mak cella? Atau biar krup krap je? Cair air liur kak lin tgk lauk mak cella ni.. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya sedap krup krap...Saya masak lebih kurang 15 minit macam tu lepas masukkan macang/kuini hingga naik minyak.Dia masak jugak la tapi kalau macang dia tak lembik.Masih ada krup krap sebab macang lebih keras.Kalau kuini tidak sekeras macang tapi tidak la selembut mangga.Sebab tu sesuai masak sambal tumis ni...hihihi

      Delete