Selawat Melapangkan Jiwa Muslim
======
1. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan.
2. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah dan kecintaan kepada Rasulullah membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.
3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-BUkhari dan Muslim)
4. Mereka yang tenggelam dengan kecintaan pada Allah dan Rasul akan menjadikan hatinya menjauhi kekotoran dosa dan meningkatkan ketaqwaan. Jiwa yang bertaqwa akan dekat dengan Allah dan Allah mempermudahkan urusan hamba yang bertakwa.
5. Pada hari jumaat yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.
Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
betul..dulu waktu ilmu cetek..selawat setakat selawat dibibir. Tak lahir getaran kat hati. Sekarang alhamdulillah adalah getaran sikit kalau betul2 selawat sungguh2.
ReplyDeleteSemoga hari hari kita dapat amalkan berselawat. Bersama sama lah kita beramal.
ReplyDelete