Saturday 21 June 2014

SARAPAN ORANG SAKIT...UNTUK ABANG....


Citer minggu lepas.....Ni sarapan untuk abang....Sandwich ngan Teh O panas...
Sepatutnya abang x boleh minum air teh,tapi mak aku kata sebab Milo dah habis. Nak buat nescafe abang xnak... buat je lah air teh O panas..

Mak aku kata nenek x kasi abang minum teh sebab orang sakit x boleh minum teh..Nenek kata teh ada angin ..xtau plak aku yang teh ada angin sebab masa aku duduk tepi air teh tu x rasa angin pun...
Sandwich tu plak inti telur...Pun mak aku kata masa baru operate nenek x kasi makan telur takut luka bernanah..Tapi ni dah 2 minggu operate...abang nak makan telur..Mak aku buatkan Sandwich Telur + Jelapeno Cheese...

SANDWICH TELUR + JELAPENO CHEESE
3 keping roti
2 biji telur
minyak zaitun
daun salad
Mayo
Jelapeno cheese powder
sikit garam & lada hitam

1. Pukul telur + garam + lada hitam serbuk
2. Panas minyak zaitun & buatkan 2 telur dadar...x perlu garing,cukup hanya telurnya masak sahaja.
3. Panaskan roti atas kuali tanpa minyak sebentar hingga nampak berkerak.Sapu mayo pada setiap roti.
4.Bancuh cheese powder dengan sikit air panas.
5. Ambil satu roti yang dah sapu mayo & ketakkan sekeping telur dadar.
6. Letak  salad atas telur dadar tersebut & sapu jelapeno cheese.
7. Latak sekeping lagi roti & lapis lagi dengan telur serta salad.
8.Cucuk dengan lidi cingkil gigi supaya sandwich yang tebal tidak bersepah..


 Sebenarnya ada lagi menunya untuk sarapan abang...

Yang ni baru betul2 SARAPAN UNTUK ORANG SAKIT....hahahahaha
Setiap hari abang kena makan 3 jenis ubat setiap kali lepas breakfast...lepas lunch & lepas dinner....
Tengok dalam bekas ubat abang .
Yang bulat putih macam panadol tu ada 10 papan x 10 biji = 100..
Yang warna hijau kuning tu ada 5 papan x10 biji = 50 biji...
Yang putih kuning tu  ada 3 papan x 10 biji = 30 biji
Huh....kira jumlah ubat tu pun aku dah geli tekak...

No comments:

Post a Comment