Mak aku kata ini kes silap tengok jadual....
Jadual apa..?
Mak aku kata dia tengok jadual axam kakak...Mak aku ingatkan kakak axam sampai petang hari ni...Tu sebab mak aku masak Spagetti Goreng ni...Untuk bekal kakak makan tengahari...Tu sebab mak kau isi makanan dalam bekas pakai buang tu....
Rupanya kakak kata esok ynga axam sampai petang..hari ni sampai tengahari jew....
Laaaa....xpelah simpan je lah buat makan tengahari....Kakak bawa satu bekas jew untuk sarapan dalam kereta...Aku bawa juga tapi makan masa tunggu kakak tadi...
SPAGETTI GORENG SARDIN ...versi pedas
1/2 pkt spagetti vermicelli
1 tin kecik sardine
2 sudu cili blend
2 bawang putih
1/2 bawang besar cincang
1 btg carrot- dadu
1 bantang sadri- dadu
minyak,garam
sikit kicap lemak manis
daun sup
1. Rebus spagetti..bubuh garam dalam air rebus tu..
2. Panas minyak & tumis bawang putih + bawang besar.
3. Bubuh cili blend & tuangkan sardine & sayur carrot & sadri
4. Bila spagetti dh lembut terus kaut masuk dalam kuali berisi sardin tadi. tak perlu tos kerana spagetti akan menyerap lebihan air tu..
5. Gaul rata 7 rejis sikit kicap lemak manis
6. Taburkan daun sup..siap
No comments:
Post a Comment