Sunday, 24 November 2013

MIHUN SUP UTARA...

Family aku kira antara yang bertuah jugak la sebab mak aku kira antara yang rajin la juga masak..Aku selalu cakap ngan mak aku suruh mak kau masuk master Chef...tapi mak aku sengih jew..Mak aku tanya aku balik..sanggup ke nk tengoknya kena penyingkiran dari minggu pertama lagi....hahahaha
Ni hari Jumaat punya makan malam...Mak aku masak Mihun Sup Utara...
Aku tanya gak kat mak aku..nepe namanya Mihun Sup Utara...
Mak aku kata sebab biasanya Mihun sup yang camni hanya terdapat di utara..Cuma sekarang ni mungkin dah ada kat tempat lain..
Mak aku cakap lagi...Mihun Sup Utara ni biasanya dimakan bersama sup tulang @ sup gear box...
Gear box tu apa..?
Mak aku kata gear box tu sebenarnya tulang kaki lembu.Rupa kaki lembu tu bila dah potong & masak sup macam rupa gear kereta kot..hahaha
Satu lagi mak aku kata Mihun Sup Utara mesti warna kuning....
Bila tanya kenapa mesti warna kuning..mak aku kata dia pun xtau..tapi yang dia tahu Mihun Sup Utara mihunnya mesti kuning...
Kalau mihun sup lain biasanya makan dengan sambal kicap..tapi Mihun Sup Utara mesti kena ada sos sambal merah..
Haaa...sos sambal merah ni paling aku suka sebab x pedas macam sambal kicap..Kakak pun suka..
Kalau pergi pasar malam..pasar minggu atau food court time balik kampung mesti jumpa gerai yang jual Mihun Sup Utara ni..
 Kadang-kadang mak aku ngan Achik memang akan masak Mihun Sup Utara ni sebab Pak cik selalu beli tulang & gear box kalau kitorang balik kampung..
Bila makan ngan sos merah..mihun sup akan jadi merah..

Kalau makan ngan Kuew teow..jadila plak Kuew Teow Sup Utara ...

MIHUN SUP UTARA
1 batang tulang kaki lembu
(mak aku guna leher kerbau
stok  dari Qurban ...)
2 bungkus sup bunjut
(untuk sup tulang)
1 bawang besar
3 bawang putih
1 ketul halia

1. Rebus tulang sampai dagingnya empuk.
2.Masukkan sup bunjut,halia,bawang,bawang putih .
3. Boleh juga tumiskan bawang2 tu & masuk dalam sup.
4. Masuk garam & sikit je gula

Mihun & Bahan Tabur
1 bungkus mihun- rebus dengan air & sikit serbuk kunyit-toskan
daun sup/daun bawang- hiris
Bawang goreng -
Tauhu-goreng & potong kecik
Lobak masin- potong kecik & rendam untuk kurangkan masin

Sos Sambal Merah
1 cawan serbuk cili
2 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula
3 sudu sos tomato
2 sudu cuka
sikit garam

1. Panas kuali & masukkan sikit minyak & tumis bawang putih.
2. Bancuh serbuk cili macam bancuh serbuk kari masa nak masak kari..
3. Tuang dalam minyak tadi & kacau.
4. Biar sampai garing & naik minyak dipermukaannya.
5. Tambah sos tomato,garam,cuka & gula.
6. Bila tambah gula..sos ni akan jadi warna gelap yang cantik.
7. Walaupun gelap tapi bila masuk dalam kuah mihun sup dia akan jadi merah

No comments:

Post a Comment