Saturday 23 November 2013

BIJI SAGA........

Yang Merah Itu Saga...
Yang Kurik Itu Kundi....
Yang Indah Itu Bahasa...
Yang Molek Itu Budi.....

Pantun ni aku pernah dengar tapi xla aku ingat semuanya....Ni aku minta tolong mak aku bacakan semula...
(mak aku kata ..kalau pantun ...kita x sebut baca pantun..tapi kita kena sebut ...
"lafazkan pantun.."...)
 Oooooo
 Punca keluarnya segala pantun tu adalah kerana....BIJI SAGA.....
Ni la biji saga yang aku maksudkan...Buah saga ni aku kutip masa gi Pasar Tani kat Tasik Permaisuri tadi...Memang biji  saga warnanya merah la....

Aku tengah kutip buah & biji  saga yang gugur ......
Ni la Pokok Saga.....Bukan yang pakai baju pink tu....itu model iklan pokok saga......hahahaha
Pokok Saga tu yang tinggi tu..yang batang dia hitam tu.. banyak dorang tanam sepanjang parkir kat Tasik Permaisuri tu..mak aku kata DBKL la kot yang tanam..Buahnya pun banyak yang gugur...eh,bukan buah la..bijinya yang banyak gugur tu...Yang rendah tu bukan pokok saga..tu pokok apa ntah...tu tanam buat pagar hiasan..

Ni aku zoom kan daun & Buah Saga kat pokoknya yang tinggi  tu,...Daun nya bulat-bulat bujur...pokoknya rendang boleh buat teduh. Yang hijau macam kacang tu buah dia yang belum masak...Yang kat ranting ada biji-biji merah tu...tu lah biji saga..Bila dah masak..buahnya akan kering dan terbuka...keluarlah biji-biji saga tu & gugur ke bumi....lalau dikutip oleh aku..heeee
 Kebetulan..masa aku tengah kutip biji saga tu ...ada pulak jumpa buah dia yang kering gugur atas pokok pagar tepi parkir tu ...masih ada biji saga pada buah tu...
Mak aku tolong jadi model pegang buah saga yang kering tu...untuk aku close-up gambar buah saga yang dah masak & kering...biji saga tu masih terlekat pada buah dia...
Mak aku cerita..masa zaman mak aku sekolah dulu,ada kawan-kawan mak aku yang gunakan lidi yang dipotong dan diikat ..ada juga yang guna  biji saga ni untuk kira dalam matematik.. Mak aku citer lagi..ada juga kawan-kawannya yang goreng..goreng tanpa minyak biji-biji saga tu & kopek kulit dia & makan macam makan kacang...Bila aku tanya apa rasa dia..mak aku kata dia pun dah lupa rasa biji saga tu sebab tu zaman dia sekolah rendah...
Kata mak aku lagi...nama kereta nasional kita yang pertama...PROTON SAGA...tu adalah diilhamkan dari biji saga ni la...(kena la google cari...)...Lebuhraya Grand Saga ..yang nak gi Kajang tu pun agaknya ilham dari biji saga ni la jugak kot....diulangi...k.o.t....sebab warna  tol dia pun merah juga...hehehe

Hmmm...hari ni dah kenal biji saga....tapi "buah kurik" yang ada dalam pantun kat atas tu aku belum tau lagi...hehehhee




No comments:

Post a Comment