Thursday, 2 October 2025

TERUNG GORENG CURAH KICAP

 

Seminggu dua ni makan terung je..hihihi...

Kali ni masak paling simple,tapi sangat sedap pada tekak saya

Terung Goreng Curah Kicap..


1kg terung dari kebunan ditempat kerja.


Masak ½ kg untuk makan malam


Setiap sebiji dipotong 3 dan digoreng hingga perang..Masa goreng tu bau harum sangat...Mungkin sebab saya menyukai terung..Masak lah apapun saya memang suka.Waima direbus dicicah sambal sahaja sudah sedap 


Kali ni hanya goreng garing dan curah kicap lemak manis...


1. Potong terung sepanjang  lebih kurang ukuran 2 ruas jari.


2. Goreng dalam minyam banyak hingga garing.


3. Dalam minyak yang sama goreng hirisan bawang besar & cili hiris.


4. Tabur bawang & cili atas terung goreng & curahkan kicap lemak manis..


5. Perah  1 hiris limau 


Sedia dinikmati bersama nasi panas.


Saya gandingkan dengan ikan rebus goreng & beberapa keping ayam goreng .Ulaman salada..


2 comments:

  1. banyak terungnya.. habis menu berkaitan terung boleh cuba buat

    ReplyDelete
  2. sedap juga nampak nie...boleh cuba nie

    ReplyDelete