Saturday, 15 March 2025

JUADAH IFTAR 10 RAMADHAN: SUP PERUT ,SAMBAL GORENG BIJI MERANTI,,AYAM GORENG,AGAR-AGAR SIRAP,,MANGGA & TEH O AIS LEMON

Assalamualaikum,..

Juadah iftar 10 Ramadhan bersamaan hari Selasa




Sup Perut Bulat..
Pemberian Kak Mudz..
Katanya ni perut lembu dibawa dari kampung ni tapi tak
Ada yang panggil Perut Tembusu,Perut Muda,Perut Panjang & mungkin ada lagi nama lain.Yang pasti ini ialah usus lembu..
Perut lembu pemberian Kak Mudz..
Masak sup simple sahaja.,.
1.Rebus perut hingga lembut.Hiris dan rebsu semula bersama halia,bawang holland,bawang putih & perisakan dengan garam & jus limau nipis macam Sup Siam.
Alhamduliklah sedap sangat..



Perutnya dicicah air asam kicap + buah tomato yang menjadi penghilang muak ..Air asam ni juga kesukaan mak saya ni..Kalau saya balik mak akan minta buatkan air asam kicap ni nak cicah ikan @ ayam bakar.

Lauk booster untuk saya..


Biji Meranti(sebenarnya buah) tapi memang dipanggil biji meranti
Pemberian Kak Mudz..Katanya ni kesukaan masyarakat Jawa Johor.Saya yang bukan Jawa pun suka ni..

Kiranya hari ni main dish dia semua bahan mentahnya sumbangan Kak Mudz..Alhamdulillah🤲


Nampak macam terung pipit kan..?

Tapi bukan...serupa tapi tak sama..


Saya kongsikan..Boleh tengok perbezaannnya di sini https://youtu.be/g4Uqcg9FOSw?si=YEq2JPcNOnOQZVXC


Kak Mudz dah pesan masak Sambal Goreng..Saya taknak derhaka..maka saya masak la sambal goreng biji meranti ni.Tapi sebahagian lagi saya simpan nak buat ulam mentah..dah terbayang dah prup! prup! prup!


Agar-agar Sirap bodo ja.
Kerana masak agar-agar pun dah pukul 6 petang.Maka kita isikan dalam mold kecil supaya cepat beku..
Eh,rasa comel pulak bunga sakura merah ni..Ank kasi effect freh kita letak daun pandan sebagai daunnya..
Comel ke comel?
😍😍🤭


Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya




Untuk juadah 10 Ramadhan boleh tonton sini:

👇👇👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/eUT-YnZJckg?si=gRfVsXr_CZpRvLkR



5 comments:

  1. ehhhh Ana ingatkan terung pipit rupanya bukan hehe.. wahhh comel agar-agar dlm mold sakura tu!

    ReplyDelete
  2. Biji meranti ni macam pernah jumpa masa kecik² dulu.

    ReplyDelete
  3. Buah meranti ni lebih sedap daripada terung pipit.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya perut tu. Cie suka perut kerabu, sup, air asam. Semua sedap la. Biji meranti 1st time tengok.

    ReplyDelete
  5. Nak bawa lari sup perut ke LD.
    Oooo baru tahu ada buah meranti. Ingatkan biji meranti yang berbuah di ranting sayur meranti tu.

    ReplyDelete