Wednesday, 26 March 2025

IFTAR 22 RAMADHAN : ASAM PEDAS LEMAK DAGING,SAYUR BUNCIS,LAKSA & TEMBIKAI

 Assalamualaikum...

Menu iftar 22 Ramadhan.Hari Ahad.
Dari lepas sahur hingga hampir berbuka membiskut raya yang ditempah.
Tapi menjelang 6.30 tinggal beberapa tray saja lagi nak bakar biskut kita serahkan kepada Cella kerana perlu siapkan juadah ifgar pula..

Sambil Cella teruskan kerja bakar biskut raya...kitapun masaklah lebih kurang



1. ASAM PEDAS LEMAK DAGING

Ni menu yang tak sesuai untuk  healty person....
Hanya sesuai untuk yang jenis jaga perut macam saya🤭

Ni bukan lemak putih yang lepas makan melekat kat lelangit & kat pinggan mangkuk tu.Ni lemak jenis lemak pejal warna kuning atau omputih panggil bahagian brisket..
Lemak macam ni kalau bakar cicah air asam pun sedap ni...hihihi

Dulu masa mak masih makan daging selalu beli lemak ni masak asam pedas.Sekarang dah lebih 10 tahun mak tak makan daging merah sejak dah buang hempedu kerana batu katang.Dah jarang beli lemak ni.Tapi sebab dah biasa makan,maka sesekali datang teringin...maka kita beli dan masak...




2. SAMBAL GORENG 


3. TELUR DADAR CRISPY




4. LAKSA
 Rebus sikit laksa & hiris ulaman..Makan bersama kuah lemak sardin frozen left over hari apa ntah...hihihi





5. TEMBIKAI MASAK MERAH



Rezeki 22 Ramadhan...



Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇




11 comments:

  1. sedap... laksa tu... eh ptg ni rs nk cr laksa la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...try la masak laksa sardin ni LB...

      Delete
  2. Sedapnya asam pedas, sedapnya tembikai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johorean & asam pedas tak dapat dipisabkan

      Delete
  3. Tembikai masak merah, dah macam nama menu 😂😂😂
    Sy pun lama tak makan lemak ni. Suka tapi tu la makin muda, makan sekali sekala ja la

    ReplyDelete
  4. Laksa tu sedapnya....lemak daging ni tak pernah buat tapi teringin juga nak merasa.

    ReplyDelete
  5. Menarik telur dadar crispy tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya nak buat telir sarang makan ngan laksa tapi tak jadi urat halus🤣

      Delete
  6. Saya pun nak juga asam pedas lemak!

    ReplyDelete