Juadah iftar 3 Ramadhan...Hari Selasa.
* Nasi Putih
* Udang Nestum
* Ayam Masak Kicap Pedas
* Kari Kropeh( leher & kaki ayam)
* Lengkong Santan
* Minuman Granadine
Hari Selasa ada meeting kat Permaisuri..Kalau ikut sepatutnya habis meeting pukul 5 petang tapi sapa je kot nak meeting lelama bulan puasa ni kanπ€.
Balik terus singgah Pasar Segar beli udang sikit..dada ayam seketul
Memang dah plan nak masak ayam kicap & udang nestum.Bab masak saya suka rancang dulu baru laju nak masak..Sap sup sap dua dapur sekali jalan..sekejap ja siap.
Tapi bab masak & makan ja lag laju..Bab lain...ke lautttttt!π€
Ayam tu masak kicap pedas & kari tu hanya sebagai pelangkap sahaja nak feel nasi kandaq untuk anak lanang nan sorang tu sebab dia tak makan udang.
Udang Nestum tu memang licin saya & Cella sahaja.Saya lebih suka makan nasi gaul nestum rangup pedas aroma daun kari tu kerana saya suka makan nasi kering-kering.
Untuk juadah ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpat kat youtube channel saya
Untuk video juadah 2 ramdhan ni boleh tonton kat
πππππ
Cuya tak pernah rasa udang nestum.. mesti sedap kan
ReplyDeletePatut cuba masak sekali, tapi kat rumah jarang ada udang, selalu ayam saja sebab ayah yg ke pasar.
Balik2 dia beli benda sama ajer π€£