Friday 1 November 2024

BUNGA TEMBUSU & GROUNDING

 Ada yang kenal bunga ini?


Bunga Tembusu...
Bukan bunga yang biasa ditanam hiasa di laman rumah.
Sebaliknya biasa ditanam di tepi tepi jalan sebagai teduhan,hiasan,ubatan dan juga kayunya.Kayunya jenis kayu yang sangat keras dan tahan  dijadikan pagar dan tidak mudah tumbang .


Kalau dulu-dulu di kampung,pokok tembusu sering dijadikan tiang dan rangka rumah kampung kerana ketahanannya..

Di bandar saya dapati pokok tembusu banyak ditanam di tepi jalan,kawasan perumahan dan taman rekreasi.Mungkin kerana pohonnya  bukan jenis merendang sebaliknya kanopi pohonnya berbentuk tirus ke atas...tidak memakan banyak ruang.

Selain teduhan,pokok tembusu juga mengeluarkan bunga putih berjambak dan mempunya bau wangi yang menyegarkan terutama waktu pagi.Namun bau wanginya tidaklah selembut ros atau cempaka tetapi sedikit keras seakan bau bunga tanjung.Ada yang suka baunya ,tidak kurang juga yang tidak gemarkan bau bunga ini. Yang pasti setiap pagi menjadi kesukaan kumbang dan lebah menghisap madu...

Bunganya cantik putih mutiara kembang berjambak tapi duduknya didahan tinggi seperti juga bunga tanjung.

Kebelakangan ini saya sedikit rajin untuk briskwalk sebelum memulakan kerja..Sejak bulan lepas,saya cuba  dengan datang 1 jam awal ke tempat kerja. Mencuri masa briskwalk di belakang bangunan berhampiran surau dan parking belakang..kadang berlari anak...kadang berjalan laju.
Tapi beberapa minggu ni saya berkaki ayam.Semuanya bila bersembang dengan Azz.Katanya,sebelum ni dia menghadapi enxiety agak serius..Namun setelah menjalani terapi grounding iaitu dengan berjalan kaki ayam atas rumput,sangat membantunya merawat enxiety tersebut.

Kebetulan ketika itu saya juga rasa tertekan  kerana  gagal menguruskan stress.
Saya terinspire dari ceritanya dan sejak itu saya briswalk secara kaki ayam..

Alhamdulillah...saya rasai perubahan Walaupun menghabiskan masa 30-45 minit berjalan/lari anak  sambil pijak rumput,kesannya saya tidak merasa penat,sebaliknya lebih semangat dan ceria untuk memulakan kerja setiap pagi..
Patutlah kalau kita lihat orang yang rajin berkebun,bertani,mereka lebih ceria dan cool kesan berdamping dengan alam.Hebatnya kuasa Allah...
Waalahua'lam

Untuk lihat rupa pokok tembusu ni ada saya muatkan dalam youtube channel Seroja Putih

Boleh klick sini: