Thursday 14 September 2023

MASAK WAJIK KENDURI

 Wajik antara kuih lama yang masih releven hingga sekarang terutama  untuk majlis istimewa.


Wajik air tangan saya dan Achik pada 30 0gos hari tu untuk buah tangan tetamu


Bacth pertama warna lebih cantik.


Batch pertama ni masak 7 kilo pulut dapat dalam 100++


Achik la banyak memerah keringat dalam banyak perkara yang nak dibuat.Walau keletihan tapi Achik tetap bersemangat nak buat itu ini.
Sejak beberapa hari sebelum kenduri memang Achik tak memang tangan...

Sampai luka-luka tangan kena tangkai sudip yang patah.Patutnya kami guna pengacau yang macam pendayung tu tapi takda..hihihi

WAJIK GULA MERAH
7 kg pulut
5kg santan + 2kg air
(patutnya guna 7kg santan)
3½kg gula merah( gula perang yang gelap)
3kg kg gula pasir 
½ kg gula batu
5 helai pandan
2 sudu garam

1. Rendam pulut semalaman @ minimum 4 jam.Kemudian kukus hingga masak.

2.Masak santan dan semua jenis gula serta pandan dan garam.

3. Masak hingga mendidih.Sentiasa kacau agar tidak meruap.

4. Biar mendidih anggaran ½ jam supaya pekat dan bertali.Cara mengujujinya,titiskan diatas piring kering dan bila di sengetkan piring,air gula tidak meleleh menandakan cukup pekat dan sudah boleh masukkan pulut.

5. Masukkan pulut dan kacau rata.Masa ni gula akan kembali mencair.Teruskan kacau hingga pulut sabati dengan air gula dan kental.Tempoh mengacau bergantung kepada kuantiti pulut.
Untuk sekilo pulut biasanya sekitar ½ jam.Ini untuk 7 kg pulut kami shot cut lebih kurang 1 jam sahaja mengacau kerana berat dan lenguh tangan..


6. Terus isikan dalam bekas ketika masih panas supayaudah mengendalikan.



Batch kedua saya menggunakan 5kg pulut.Untuk 5kg pulut boleh dapat 100 bekas jika isianya tidak penuh la..Batch ke dua ni  saya gunakan pula  resipi emak saya yang dikurangkan sedikit penggunaan gulanya.Warna sikit pucat sebab sukatan gula merah juga kurang,tapi mak saya memang jenis tak suka gula merah..tak tau pasai apa.Kalau buat kuih yang guna gula merah mak akan guna sikit saja gula merah...hihihi.
Kalau resipi saya ratio pulut,gula dan santan adalah sama banyak.Tapi resipi mak saya menggunakan ratio gula sedikit kurang dan menggunakan sukatan lama iaitu cupak dan kati.Bagi secupak pulut digunakan sekati gula dan 2 biji kelapa.Santan tiada sukatan kerana hanya berpandukan sukatan cecairnya sekadar tenggelam gula.Kalau dimetriks kan 
secupak =1kg
Sekati= 600 gm
Saya pernah share resipi tersebut dalam post
 

Kalau tekak saya yang cintakan manis ni....saya lebih suka la resipi saya..iaitui sekilo pulut ,sekilo gula dan sekilo santan pekat...lemak manis  dan kalori berganda la hihihi..

Lagipun saya selalu masak sikit saja sekadar sekilo pulut.Untuk resipi sukatan yang sikit biasanya saya mengggunakan ratio 1:1:1  untuk pulut,gula dan santan supaya lebih manis dan berlemak.

Contohnya untuk 1kg pulut,gula juga 1kg( campuran ½kg gula merah dan ½ kg gula pasir) Begitu juga santannya juga 1 kg...Gula batu anggaran seketul besar ibu jari dan garam secukup rasa.


Untuk resipi wajik gula melaka/gula merah sukatan sikit  boleh rujuk KAT SINI....BUAT WAJIK HANYA GUNA SECAWAN PULUT


Bagi yang tidak suka rasa gula merah/gula melaka boleh gunakan sepenuhnya gula putih.Rasa wajik pulut putih juga sangat sedap.Apa lagi jika diberi haruman pandan atau ditutup bersama bunga melur.Saya pernah masak WAJIK GULA PUTIH KAT SINI


Selain itu saya juga pernah masak  wajik yang pada saya ..saya rasa sangat cantik dan sedap iaitu WAJIK DELIMA....kat sini



14 comments:

  1. alaaa ruginya tak pergi kenduri...tunggu kenduri cella nanti la insyaAllah sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...kalau ada rezeki dan jodoh anak-anak...nak sangat jemput semua rakan-rakan blogger ..

      Delete
  2. Wajik kenangan ni Mama Cella.

    ReplyDelete
  3. Patut sedap..homemade rupanya. Tapi tak pasti saya dapat batch yg mana. Yang pastinya memang sedap. Hihihi. Opahchu memuji² kesedapan wajik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Tapi tu la takdan nak fikir untuk tapawkan makanan untuk Jaja yg nak jalan jauh

      Delete
  4. Bagus MC dan Achik... tradisi belah² kita kan wajik ni kira wajib la kan bila kenduri besaq mcm ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..Kalau ikut hajat hati nak kacau dodoi..tapi tu la...takda tenaga kerja

      Delete
  5. waahhhh wajik feveret bonda saya ni! hehe

    ReplyDelete
  6. Terbaik ni, masih kekalkan tradisi.
    Saya cuma tau makan wajik, tapi tak pernah ikut proses membuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dedulu tak rasa nak buat..Dah tua-tua ni ja🤭

      Delete
  7. Wahhh.. boleh cuba ratio 1:1:1 tu. Nak makannya sikit aje pun, Iman penggemar wajik, pelik sy.

    ReplyDelete