Saturday 16 September 2023

CUBA MASAK KELUPIS

 Dah lama teringin nak masak kelupis yang terkenal di Borneo sana..


malam tadi gigih saya memasak kelupis..


Maka pagi ini bersarapan kelupis lah saya.Makan dengan sambal udang petai


Bertemankan secangkir kopi putih.

Dapat daun lerek di belakang bangunan tempat kerja..


Dapat saiz yang kecik ni memang ngam untuk buat bungkus kelupis.


Tak tau kenapa hujung daun tu membulat dan tidak meruncing.Mungkinkah daun lerek juga ada banyak spesis .

Saya masak kelupis ni seperti memasak ketupat palas.Cuma gantikan daun palas dengan daun lerek/nyirik

Saya agak ja ni daun lerek..
Entah betul entah tidak..
Orang Borneo boleh jawab?

Tapi kelupis dah habis masuk perut dah 🤣
Alhamdulillah selamat .

Melalui pembacaan tengok resipi dan cara masak macam juga ketupat palas.Cuma bungkus guna daun nyirik..

KELUPIS CARA SAYA
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
20-30 helai daun nyirik

1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh sahaja masak tanpa rendam


2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna kuali supaya mudah nak kacau


3. Tambah pandan, garam & gula


4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak santan agak pekat & nampak berminyak.


5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.


6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan dan sedikit melekit.Matikan api.

7. Bila agak sejuk,cedok 1 sudu besar pulut dan bungkus seperti membungkus lepat.Ikat dengan tali agar tidak terburai ketika direbus.


8. Masukkan dalam rice cooker dan isi air hingga kelupis tenggelam Rebus hingga air hampir kering.Angkat dan toskan.

ok m 

Membungkus  pulut yang sudah dimasak dengan santan san sikit garam.
Namapun percubaan pertama ..Ada silapnya kerana bila saya google ...rupanya saya salah letak pulutnya.
Sepatutnya pulut diletak pada daun tu sebelah belakangnya iaitu pada tulang daun.Bahagian licin ni sepatutnya bahagian luar...



Patut la nampak daun lerek ni macam kelabu sikit tak hijau terang.
Sepatutnya ni bahagian dalam..Yabg hijau terang tu bahagian luar.


Dah siap bungkus


Takda tali benang putih nak ikat.Hanya ada benang hitam...hihihi

Lupa nak snap pic masa tengah rebus...
Dah siap rebus lebih kurang 2 jam


Mari kita buka...


Alhamdulillah....
Rasanya macam dah jadi ni🤭
Sayang takda rendang bagai

Ni malam tadi...belum masak sambal udang petai..
Jadi saya makan dengan serondeng


Pagi ni masak Sambal Udang Petai..

Alhamdulillah....
Saya tak pasti cara saya masak. i betul atau tidak..Tapi yang pasti ianya sedap🤭



13 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah,sedapnpada tekak pecinta pulut macam saya🤭

      Delete
  2. Replies
    1. in shaa Allah sedap.Kalau ada kuah kacang lagi ngam ni

      Delete
  3. Tahniah Mama Cella atas usaha masak kelupis. Nampak cantik kejadiannya.
    Ooo...Mama Cella ikat dan rebus sebab takut terburai rupanya. Tak terfikir pula untuk ikat, mungkin sebab kelupis di sini dikukus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak,terdurhaka sudah.,.
      Saya dah rebus la pulak..hihihi
      Kena kukus rupanya
      Terima kasih infonya

      Delete
  4. Cantiknya kejadian kelupis, mungkinkah nanti bakal jadi nenek cuci Borneo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...
      Anak-qnak saya 3 orang lahirnya di 3 negeri berlainan...Cucu,nanti kita tunggu tengok lagu mana...hihihi

      Delete
  5. Dah cantik dah tu kejadiannya tu kak...

    ReplyDelete
  6. ni kelupis limbang ni... hehehe... menjadi dah tu.. dah boleh open order dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..Kelupis ni ada beza mengikut tempat yer kakmim...Terima kasih info..Kalau ada banyak daun nak jak saya open order🤭

      Delete