Monday 18 September 2023

MASAK WAJIK GULA PERANG CSR

Beberapa hari lepas post pasal 

MASAK WAJIK KENDURI...

Pastu baru terperasan sebenarnya tak sempat sangat pun nak makan wajik tu.Sempat merasa masa dok masak tu ja...

Eh,tetiba keinginan nak makanwajik tu datang bertandang.Tak menyempat...nak juga makan.Terbayang lemak dan manis wajik.Tapi takmo beli sebab pernah beberapa kali beli ada jual kat getai kuih dalam pasar tu.Tapi tak kena dengan tekak..Payah la la kan kalau nak makan tapi banyak songeh...hihi

Kalau nak ikut tekak sendiri kena la buat sendiri.


Makanya semalam hari minggu,awal pagi saya mewajik la demi nak tunaikan hasrat anak tekak...hihihi

Hajat tekak nak minta WAJIK PUTIH...macam kat sini iaitu wajik yang menggunakan gula putih sepenuhnya..Kalau cukup lemak manis ya memang sedap sangat.

Namun kat rumah ni takda la pulak stok gula putih...

Yang ada hanya gula perang brand CSR ni.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya memang sangat jarang membeli gula pasir putih,sebaliknya gula perang ni menjadi pengganti .

Nak pi kedai untuk beli gula putih,tiada la pulak kerajinan....
Tu yang jadi la Wajik Gula Perang CSR....hihihi



Pulut kukus 
Malamnya saya dah rendam ½ kg pulut.Pagi terus kukus.


Kemudian masak gula bersama santan pekat dan sedikit garam.Daun pandan untuk mewangikan.
Saya c&p resepi dari old post.Cuma gula pasir putih saya gantikan dengan gula perang CSR dan saya hanya buat separuh dari resipi iaitu hanya ½ kg pulut.


WAJIK  GULA PUTIH  BERKILAUAN

( SAYA GANTI GULA PERANG CSR)


1kg pulut

1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)

1kg gula pasir putih( saya ganti gula perang CSR)

3 ketul gula batu (anggaran sebesar ibu jari

1 sudu teh garam

3 helai pandan

bunga rose/melur ( jika suka)


1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam


2. Kukus pulut hingga masak. Setelah masak biar sejuk


3. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya berbusa laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.


4. Masukkan pulut kukus kacau sebati.

**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut


5.Bila sudah kental, . Masa mengacau bergantung kepada jumlah pulut.Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.Biar sejuk  sebelum tutup Untuk haruman asli ,tabor bunga yang mempunyak aroma  kesukaan  seperti melur,ros.atau sekadar hirisan daun pandan.Kemudian, tutup beberapa jam untuk haruman diserap kuih.


6. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...


***Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau . 




Masak hingga pekat dan bertali..Bila di titiskan atas permukaan piring,sirap gulanya tidak meleleh.Itu menandakan sirap gula santannya sudah cukup kepekatan




Masukkan pulut yang dikukus.


Bila masuk pulut,gula nampak akan mencair...


Boleh tengok video ni...memang gula nampak kembali mencair,padahal tadi gulanya sudah pekat bertali.



Tapi jangan risau...Teruskan mengacaunya beberapa minit..



Hasilnya....sirap santan dan pulut mulai pekat dan bersalu.Teruskan kacau tanpa henti untuk beberapa ketika lagi



Taraaa......sudah kental dan seakan tidak lagi melekat di dasar kuali.






Terus tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong.


Warnanya seakan menggunakan gula hangus kan...


Jom rasa rasa dulu....
Memang lemak manis kerana saya gunakan santan segar dengam ratio
1:1:1 iaitu 
½kg pulut,
½kg gula
½kg santan

Lain lain tu..sikit garam untuk naikkan lemak dan daun pandan untuk harumkan wajik

Ni saya cetak dalam acuan sekadar nak bg cantik.
Tapi sejujurnya wajik akan lebih feel kalau dipotong potong serong tu kan...
Kalau ori wajik ...akan diratakan dalam loyang atau dulang dan dipotong serong bentuk berlian.Potongan empat segi serong atau potongan berlian juga dinamakan sebagai bentuk potongan wajik.Agaknya sebab mengikut nama wajik dipotong.


Ini tekstur wajik yang telah siap dan dibiarkan sejuk lebih kurang 3 jam.Walau manis  tapi tidak melekat tangan kerana cukup lemaknya.

Time kita nak rakam ni la depa dua beradik tu riuh bersembang..sampai dengar suara depašŸ¤£.
Depa dua beradik cuti.Yang abangnya nak gi jemputan kahwin kawan nya kat Langat..Yang adik nak keluar dengan kawan.Yang mak dok la melangut kat rumah sambil makan wajik....hihihi




22 comments:

  1. dulu arwah nenek saya rajin buat wajik. dapat makan masa raya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la Mar pun buat juga agar kuih tradisi yang satu ini tidak hilang ditelan zaman

      Delete
  2. Replies
    1. Rajin lagi Jaja...buat kek kukus Jaja tu lagi memerlukan kerajinan

      Delete
  3. wahhhhhh WAJIK feveret saya! hehe

    ReplyDelete
  4. Dulu² jumpa wajik ni masa orang kahwin jer, tu pun dapat secubit sorang kot. Mujurlah sy tak gemar wajik ni, tapi kalau wajik sirat, sy suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka wajik sirat...Seumur hidup pernah sekali buat wajik sirat..Eh,nanti nak buat lah ..kalau rajin nak sangai & kisar pulut tu la...hihihi

      Delete
    2. Kakkkk, kalau buat wajik sirat tu kita nak selit orderr. Kita pun suka wajik sirat. Hihihi

      Delete
  5. Jaman dulu2 kalau raya jadi kuih wajib wajik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak....
      Sekarang banyak kuih modeh dan kek kek yg semua ada cheese tu..hihihi

      Delete
  6. Oooohhhh... Uncle ingat CSR yang Corporate Social Responsibility tu.... hahahha

    ReplyDelete
  7. Serius.. rajin sgt ni umi cella.. baru sgt hritu kacau wajik, ni da kacau lg.. mak kak lin dulu kacau wajik time nk raya je.. šŸ¤—

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka nak buat kuih kuih tradisional ni....sebab suka makan yg utamanyašŸ¤£

      Delete
  8. Ibu pun suka buat kadang2 kalau ada kenduri ke..but selalu buat guna gula merah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajik gula putih pun tak kurang sedap.Kalau belah Thailand kan depa lebih suka buat wajik pandan wzrna hijau tu.Dulu MA lama kat Bangkok ada jumpa dak?

      Delete
  9. Rajin sungguh Mama Cella buat wajik. Begitulah seharusnya kan kalau hendak wajik yang memenuhi selera.
    Di kampung saya waktu nak raya jiran tetangga bergotong-royong buat wajik. Paling best kalau ada wajik durian!
    Di LD selalu nampak wajik di jual di antara pelbagai jualan kuih-muih, tapi jarang beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang datang mud rajin..Kadang ke lauttt dalam....hihihi

      Delete
  10. ni mak mentua saya rajin buat...menantu dia tukang makan je,tengok macam senang cara buat tapi belum ada keberanian nak buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menantu yang tukang makan masakan mak mentua biasanya menjadi kesayangan mentuašŸ¤­

      Delete
  11. SA pantang makan wajik ni...asal makan je sakit gigi..ingat masa kecik2 je...sampai ke tua asal makan je wajik akan sakit gigi

    ReplyDelete