Wednesday 20 September 2023

BEBOLA KELEDEK

 

Tengok bebola keledek pasti ramai auto akan ingat bebola keledek kat Pasar Malam Golden Hill Cameron Higland kan....


Tapi bila ada keledek,kadang terlupa nak buat kuih ni.Padahal nak buat bukan susah sangat pun.Kuihnya sedap dan comel.Buat bite size senang nak makan.

Ni saya masak buat kudapan petang,sehari sebelum anak menantu fly ke Sabah.Depa dok kalut kemas lagage..saya masak la bebola ni buat kudapan.Resipi saya hanya c&p dari oldpost


BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung setelah adunan ubi lenyek sejuk
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Kukus keledek hingga empuk 
Kuali ni kan..dah jadi multi purpose.Kuali ni la nak goreng kuih,kuali ni la nak masak wajik,kuali ni la jadi pengukus sebab malas nak keluarkan pengukus lain.
Walau ada beberapa kuali lain,pasti ada satu kuali yang jadi kuali favourite kita kan....hihihi
Bekas berlubang tu saya beli kat Eco ja..Beli masa harga barangan Eco masih RM2.10 dulu lagi..Sekarang barangan Eco rasanya dah RM2.60 kot(dah lama tak masuk Eco)🤭Pastu beli juga penutup.
Saya suka masak apa pun dalam kuali sebab senang nak kendalikan.Dah siap masak baru tuang dalam periuk atau bekas lain.

Saya hiris keledek tidak tebal supaya cepat empuk.


Lenyek cara mak-mak kampungan macam saya hanya guna gelas ja🤭
Bukan takda pelenyek kentang tu tapi dah terbiasa guna gelas lagi cepat..hihihi

Masukkan gula dan garam juga


Masukkna tepung dan uli sebati hingga dapat dough lembut yang boleh dibentuk.



Bentukkan bebola sebesar fishball


Goreng terendam sambil dibalik-balikkan supaya masak garing sekata.


Siap kuihnya...
Kalau untuk idea bekal anak sekolah boleh cucuk pada lidi sate atau pencucuk yang fancy.Pasti anak suka.Lagipun keledek orwn ni kan kaya carotine dan bagus untuk penghadaman anak.Kalau nak buat hidangan majlis kecil kecilan pun sesuai..
 Nak nampak vogue,boleh cucuk-cucuk guna lidi koktel atau guna saja lidi cungkil gigi tu pun sesuai.

18 comments:

  1. Sedapnyaaaa...tp SA x leh makan keledek...angin satu badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan harum baunya...Sayangnya SA pulak tak bileh makan keledek yer

      Delete
  2. Sedapnya makan panas², time hujan² pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kalau hujan ..masa menggoreng tu punyalah wangi..

      Delete
  3. Comelnya!
    Teringat bebola keledek ungu keledek oren di Cameron Highlands.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...masih ada kat pasar malamnya..Saya berpeluang ke sana bulan lepas..cuma harga sekarang dah makin tinggi la..

      Delete
  4. Kak lin pun mcm umi cella.. suka tumis dlm kuali.. lps tu curah dlm periuk.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng...hehehe
      Cuma kuali saya ni old skul la...hihihi

      Delete
  5. Oh, tipsnya campur tepung bila dah sejuk ya... okey2.
    mesti rasa dia macam cek mek molek sikit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara saya la macam tu..
      Mungkin ada tips lain yang saya tak tau..Kalau sapa ada tips lain boleh share...hihihi

      Delete
  6. tengok keledek oren teringat kuih tarajju akak...saya dah cuba buat kuih tarajju tu sedap kak...
    comel2 bebola keledek boleh buat bekal pagi tapi Pia tak makan keledek,bawa bekal untuk umiwaled je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sedap kan tarajju tu...saya pun masak dok kukus tu ingat juga tarajju..

      Delete
  7. Yeay...dah berjaya dah buat...alhamdulillah... tq tq sbb share resepi sedappp..next week MA story yer... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....
      share jangan tak share tau MA

      Delete