Monday 19 April 2021

SET NASI AYAM PANGGANG - IFTAR HARI KE- (1442)

 Salam 7 Ramadhan 1442

Rezeki iftar semalam.Hari Ahad bersamaan Ramadhan ke-6 untuk tahun 1442H.Ayam tu  saya rebus dengan bawang putih & halia.Bila 1/2 masak saya angkat & gaul dengan bawang putih tumbuk+ halia & sapu kicap manis.Air rebusan ayam saya tambah tauhu,tomato ,garam & lada hitam tumbuk untuk jadikan sup.Sup tu saya lebihkan kuah sebab sup tu  untuk makan dengan nasi & kuahnya juga saya cedok untuk masukkan dalam beras nak masak nasi ayam tu.


Sup tauhu lembut.Air dari rebusan ayam tu saya tambah bawang putih,halia & tomato.Tambah 1 bekas tauhu lembut yang dibelah 12.Tauhu yang biasa orang buat tauhu kukus tu saya jadikan sup sebab saya suka tauhunya yang lembut.



Menunggu nasi masak.Lauk semua dah siap,tinggal nak masukkan nasi sahaja untuk melengkapkan hidangan.Yang sayur ciput tu anak bujang punya.Susah betul nak makan sayur.Tomato & timun pun dilonggoknya tepi pinggan sahaja.Gantikan 2 biji pisang tu dia tak makan pun pisang tu.Hanya nasi & ayam sahaja di jamahnya.

Ok,nasi ayam dah siap.
Nasi tu saya masak dalam cawan aluminium sahaja.Jerang air dalam rice cooker hingga mendidih. Masukkan beras 1/4 & penuhkan dengan kuah sup rebusan ayam.Letak daun pandan untuk aroma.Letak cawan- cawan berisi beras & sup ayam tu dalam rice cooker yang berisi air mendidih tadi.Biar nasi tanak.Bila nampak beras sudah kembang & airnya kering tolakkan button cook kepada warm.Biar hingga waktu iftar .So,nasi kekal panas.Untuk 3 cawan nasi tu saya gunakan 3/4 cawan beras (cawan yang beli rice cooker dapat cawannya tu).Pastu bahagi sama banyak untuk 3 cawan aluminium tu.

1 cawan nasi untuk anak bujang.Banyak juga.Kesian dia bila nak makan terkial-kial sebab pinggan penuh sayur.


Saya suruh Adah isikan nasi abangnya dalam pinggan lain.Habis dikaisnya sayur.Hanya makan nasi & ayam cicah kicap tu...Hihihi

Pinggan saya.Ayam bahagian peha.Depa 2 beradik tu bagikan bahagian dada.


Sup tauhu ni sedap.Tapi sebab saya bukan jenis makan nasi berkuah sup.Akhirnya lupa nak hirup sup sebab asyik mencich ayam dengan kicap


Kicap manis + bawang hiris,cili padi merah hiris,lemon & lenyek- lenyek dengan sudu supaya keluar masam lemon & pedas cili tu.

Isi dalam bekas kecik ni sebab senang nak cicah masing- masing

Sayur bunga kailan

Tumis dengan bawang putih sahaja + sikit garam.Sebaiknya celur dulu sayur ni baru tumis.Rasa lebih sedap
Tapi hanya saya & Adah suka sayur ni.Anak bujang tak suka sebab dia kata pahit.

Bismillah.....


Lemon panas.
Alhamdulillah....
Beberapa hari lepas hati terjentik hati bila terbaca kisah seorang security guard di Damansara bersahur hanya dengan nasi kosong bersama air garam.Tengok video tu nampak berselera dia makan tanpa merungut.
Malam tadi menonton Buletin Utama terselit kisah pelarian Syria menjalani ibadah puasa.Mereka yang terperangkap dalam kancah perang bergelut dengan kesusahan & perasaan yang bercampur.Dahulu mereka juga hidup senang,makan makanan yang sedap- sedap.Bila diuji dengan kesusahan itu,bukan mudah untuk menyesuaikan diri terutama anak-anak yang sudah biasa hidup mewah sebelum ini.Peperangan sememangnya memberi kesan yang besar.Semoga Allah memudahkan urusan & melimpahkan rezeki yang halal lagi barokah untuk kita semua & saudara 

16 comments:

  1. Sedap juadah berbuka puasa.Kailan bunga tu klu goreng dgn ikan masin lagi sedap.betul ckp mak cella kita seharusnya bersyukur dgn apa yg kita ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Betul tu,kalau letak ikan masin lagi sedap kan...

      Delete
  2. Unik juga makan Nasi Ayam dengan Sambal Kicap tu. Betullah, kita kena bersyukur selalu, semoga kita dijauhkan dari medan perang, cukuplah dulu nenek moyang kita menempuhnya.

    Aaaa.. malam ni nak jugak buat lemon panas la

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa kak.. mst terangkat aroma nasik ayam tu setiap mangkuk tu ada daun pandan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap Mim.Bila buka periuk memang aroma pandan mnerjah hidung

      Delete
  4. Ya la mama Cella skrg ni bila tengok post orang susah nak mkn mula mata masuk habuk. Kita dulu susah gak smpi tak de beras tapi tak terasa sbb semua on susah.skrg ni wpun tak la taraf kayangan tapi sangat lah bersyukur semuga Allah tak ambik apa yg kita nikmati sekarang.Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...dulu susah pun semua susah & hanya tak ada duit,makanan lain banyak lagi sebagai altenatif.Sekarang kalau miskin bandar memang susah sungguh

      Delete
  5. Sedappp nyer nasi ayam...nanti nak try👆👆

    ReplyDelete
  6. Kicap tu, mengancam betul Makan dengan ayam rebus, ayam panggang, ikan goreng pun sodap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal kicap tu memang sama macam ciciah ikan ja cikgu.Ayam tu,idea cigu sapu kicap..Hihihihihi

      Delete
  7. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  8. Waduuuh ..., kaldu sup ayam dan sambal kecapnya .., bikin saya lapaar.
    Nampak lezat sekali!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ya Himawan,nanti waktu iftarnya boleh makan....Sejeak menjadi subscriber untuk Jul Elang & Anger Pradesa,selera saya sudah terarah lauk-lauk simple begini.hihihi

      Delete