Thursday 29 April 2021

RENDANG DAGING KETUPAT PALAS - IFTAR 16 RAMADHAN 1442

Semalam punya semalam tengok cikgu Amie cerita pasal Malam Ketupat mengikut budaya masyarakat Cocos di Sabah.Tengok ketupat pulut daun kelapa,anak tekak meronta- ronta nak makan ketupat pulut.


Adah nak belajar masak rendang.Elok sangatlah...


Kemain dia siap buat video lagu raya katanya nak update IG dia..Saya peghak skit,tak teri berIG lagi..hihihi
Pinjam video dia jer la....
Resipi pun saya bagi dia resipi daging rendang Adabi macam saya selalu masak sebelum ni.Sebab selalunya saya masak rendang guna santan kotak sahaja,maka bahan saya suruh tumis dulu sebab nak guna minyak.Kalau guna santan segar,tak tumis pun akan naik minyak berlinang kerana santan akan menjadi minyak bila dimasak lama.Pastinya lah santan segar lagi harum & ori


RENDANG DAGING ADABI
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit

Sebab teringin ketupat pulut,saya gigihkan diri buat ketupat palas.Hanya guna 2 cawan pulut & kebetulan ada santan segar beku dalam freezer.Kalau buat ketupat palas atau pulut lemak saya akan guna santan segar supaya lemak berkilat.Kalau tiada santan segar,biasanya saya akan tangguhkan buat KETUPAT @ pulut lemak kerana saya dah pernah cuba santan kotak dia taknak keluar minyak.
Dapatlah 11 biji ketupat & saya menggunakan hanya 1 pelelah daun palas yang ambil di kampung minggu lepas.Habis setiap helai saya guna termasuk daun tengahnya yang keras tu pun saya modifi jadi ketupat jantung supaya tidak membazie daun..Baki lagi 19 pelepah nak simpan untuk ketupat raya...hihihihi 

Juadah iftar saya.Saja letak dalam pinggan ni sebab nak kurangkan tamak..Kalau ambil dari bekasnya memang akan lebih daripada 2 biji ni.Rendang pun memang tak akan cukup banyak tu kalau saya cedok sendiri dari mangkuk rendang.Hihihihi.


Tapi Adah & anak bujang tu nak makan rendang dengan nasi.

Buah limau jer hari ni,tiada kuih

Lemon panas.Sepanjang puasa minum lemon panas untuk selesakan perut.Tapi tu lah jenis lemak tepu ni tak maunya dia cair.Melekat kukuh pada lapisan kulit perut.Hihihi

4 comments:

  1. Betul Mama Cella. Santan kotak memang tak keluar minyak. pelik juga, padahal punyalah pekat.
    Buah limau lagi bagus dari kuih heheheee... penuh vitamin C.

    ReplyDelete
  2. Sy kalau merendang, sanggup pernah kelapa. Hurmmm.. kalaulah sy ada kerajinan nak buat ketupat palas, kan.. tapi daun palas mana nak cari kat Johor ni

    ReplyDelete
  3. Kalau dekat ni dah datang ketuk pintu bawak tipuware.. hihihi

    ReplyDelete