Sunday 18 October 2020

ROTI TELUR SARDIN

Assalamualaikum... 

Mmmm.... Update la blog jap..Sebab sedikit free selepas isi jadual untuk sem 2...Harap2 dapatlah sama class ngan kawan2 yang sekepala. Sebab xleh nak pilih classmate. Ikut yang dah ditentukan,Rabu ni dah start class dah... Lagi berbaki 3 hari ni, sebelum mula class.. . Lain wei belajar kat rumah & kat sana.. Mud dia lain.. Kat sana memang boleh fokus 100%.Kat rumah bukan ada sapa kacau pun tapi lainnnnn.. Huhuhu, harap2 dapat la balik kolej dalam masa terdekat.

Mak aku masak Roti Telur Sardin untuk breakfast & bekal abang. Tapi ni bukan hari ni. Ni b/fast & bekal abang semalam punya semalam

Aku nyer b/fast.. 
Roti Telur Sardin & Hot Lemon Tea


Bekal abang... 

ROTI TELUR SARDIN

10 keping roti gardenia slice

(boleh guna roti putih/wholemeal) 

1tin kecil sardin

1/4 limau nipis

5 biji telur

1/2 bawang besar cincang

1 sudu teh chilly flakaes

1/2 sudu geh garam

1 sudu teh lada sulah

1/4 cawan daun sup+daun bawang cincang

Miyak


1.Roti dipotong 2 setiap sekeping

2. Lenyek sardin bersama sosnya

3. Campurkan sardin dengan jus limau, garam, lada sulah, chilly flakes & daun sup cincang. Gaul rata

4.Pecahkan telur dan gaul dengan gaul sebati

5. Tambah sardin dan kacau sebati

6.Panskan kuali dan tuang skit minyak

7.Celup roti dalam campuran telur dan sardin dan goreng dengan minyak yang sedikit tadi .Jika mahukan inti tebal.,tambah sikit lagi campuran sardin bertelur atas permukaan roti yang sedang digoreng tu

8 Balik-balikan hingga garing kedua2  belah roti

***Tips:

      - Telur tu pecahkan 3 biji jer dulu masa gaul sardin. Sebab nanti masa celup roti, telur cepat kering diserap roti. So, bila nampak bahan celup dah mula kering, tambahkan baki telur & + secubit garam. Baham celup akan stabil semula. (dah buat nanti akan faham ler tew🤭)

Bahan-bahan


Campur semua bahan

Gaul lenyek-lenyek

Celup roti


Goreng dengam sikit minyak


Bekal. Abang.. +kitchen towel sekali untuk lap

Author : Cella

5 comments:

  1. Ni bekal sarapan abang la ya, tengahari beli nasi atau mak bekalkan nasi jugak? Rajin tiada tandingan Mak Cella sebab jenuh jugak nak habiskan goreng roti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee bekal sarapan tapi abang kata kadang dia buat teatime kalau dah sarapan kat rumah. Kalau bekal heavy abang kata buat lunch.teatime makan roti.Dinner kat rumah.
      Goreng tu mak kiter cakap boleh goreng banyak pun. Kiter tengok pun mak kiter goreng jer sekali masuk kuali sampai 6pcs🤣. Cuma yang snap pic tu acah-acah 2 pcs 🤭

      Delete
  2. Hai Cella 🌹🌹
    Cam tak caya jew, dulu cikbunga follow cella masa sek rendah😘 sekarang dah masuk University 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.... Kiter pun cam x caya jer kiter dah habis sekolah...
      Sekarang kiter dah faham orang selalu cakap zaman sekolah zaman paling best. Happy jer x reti susah hati.. Makan minum pun mak siapkan.. Tinggal suap jer🤭🤭🤭Rindu zaman sekolah😭😭😭
      Tapi xmo la balik sekolah dah.. 🤭

      Delete
    2. Hahaaaa 🌹🌹👍👍💪💪

      Delete