Tuesday 20 October 2020

PUDING CAREMEL GEDIKS

Hahhahaa.. Nak tulis 5 entry kononnya... Hahahaha... Baru tulis 1 dah bingit notification handpone berbunyi.... Classmatela, housemate dah pakat tanya. Yang classmate sibuk tanya pasal jadual sem 2 yang baru keluar tu. Yang housemate pakat tanya bila nak balik. Yang luar KL, Putrajaya & Selangor ok la, kalau pihak UniSZA keluar statment boleh balik dorang dah boleh balik.Aku & the gang yang redzone ni camaner? Padahal kalau ikutkan sejak balik dah lebih 2 minggu ni memang kuarantin sendiri dah pun. Dah lebih seminggu aku langsung x keluar rumah.. Lebih seminggu ok!.. Sebab last aku keluar rasanya minggu pertma balik tu jer ada 1 hari aku ikut mak aku ke tempat kerja. Pastu dah x keluar sampailah kena PKPB lagi la x keluar. & setiap hari pun memang kena isi suhu & update tahap kesihatan kat


Puding Caremel😍😍
Antara yang dah ada dalam list aku minta mak aku masak. 
Setiap kali call mak aku aku akan cakap nak makan puding caremel

Kat Ganu bukan xde jual
Tapi xkena ngan taste aku. 
Banyak jer jual, kat cafe pun ada jual yang dorang isi dalam bekas dadih tu
Aku dha pernah beli sekali tapi... 
Mmmmmmm memang x kena ngan taste aku. Aku suka yang creamy & sejuk smooth jerk lalu kat tekak
Aku nak Puding Caremel yang Gediks
Hahahaha
Tapi yang jual tu dia jenis lubang2 & siap kena kunyak. Bila telan rasa kasar lalu kat tekak.. 
Mak aku cakap memang ada orang masak macam tu sebab ada yang suka struktur macam tu.. 
Uit... bukan struktur la... 
Tekstur laaaa.. Hahhahahhaa
Kata mak aku taste manusia bukan semua sama. 
Yer la.. Aku tahu la taste manusia x sama
Tapi aku suka cream caremel yang mak aku masak. 
Selain sedap ada faktor lain lagi.. 
Apa dia? 
Sebab boleh makan banyak-banyakkkkkkkkkk laaaa🤣🤣🤣

Makan sambil pejam mata tau... 
Mak aku buatkan bebrapa hari lepas.. 
Tak sempat nak masuk peti ais dah 1/4 tray selesai.. 

Haaaa... 1 loyang besar ni mak aku buatkan... 
Makan puas-puas. 
Resipi c&p dari old post  jerk

PUDING CERAMEL
10 biji telur
1 tin susu pekat
1tin susu cair
1 tin air ( sukat guna tin susu)
1 sudu teh esen vanila
1cawan gula pasir

1. Buat gula hangus.Tabur gula dalam kuali panas dengan api yang paing kecil
2. Biar gila mencair & jangan sampai hangus.
3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau suka boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.
5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja kerana jika dipukul kembang ,akan ada lubng2 kecil masa puding masak nanti.
6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu pekat, 1tin susu cait & 1 tin air dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih
7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.
8. Tuangkan dalam loyang berisi gula hangus & kukus lebih kurang 15 minit.
Kata mak aku jangan kukus lama sangat supaya tekstur puding cantik & rasanya creamy....
9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik tu





4 comments:

  1. Oh, aunty pertama kali jumpa resepi yang susunya dipanaskan dulu, nanti aunty cuba laa... huhu.. anak aunty pun salu mintak puding ni, tapi aunty kedekut nak guna telur banyak2, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makbkiter cakap susu dipanaskan supaya texture dia creamy.Ni mak kiter buat tray besar jugak ni. Aunty 3 orang jer buat half jer pun dah banyak.Tapi baik buat banyak makan sejuk2.. Aummm.. Hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Masuk list dulu.. Nanti dah buat hantar skit.. Kitwr pun rasa macam nk minta mak buat lagi la.. Heee

      Delete