Wednesday 21 October 2020

ROLL WRAP GARDENIA

Roll Wrap juga salah satu makanan yang ada dalam list nak makan bila balik KL.. Heee banyak naw list kan.. Hihihi


Mak aku buat roll wrap ni untuk bekal mak aku, bekal abang, bekal kakak & untuk aku yang tinggal kat umah ni.. 
Heee.. sedap oooo.. 
Makan 1 roll pun dah kenyang
Tapi dah mak aku tinggalkan 2 roll untuk aku,So makanlah kedua-dual roll kan... Hahahha
1 aku makan  latebreakfast & 1 lagi kira lunch la
Kenyang.... 

ROLL WRAP
10 keping wrap Gardenia/tortilla
10 helai daun salad
5 keping burger ayam Ramly
Sos cili
Plastik wrap

Colesslaw:
1/4 kobis - hiris halus
1 batang carrot-sagat kasar
2 sudu besar mayonis
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula

1. Panaskan kuali tanpa minyak & masak burger ayam. Angkat & biar sedikit sejuk. Setiap kepingan burger kerat  kepada 2 spy dapat10 bahagian. Setiap bahagian guting jejari
2.Campur kobis, carrot, mayo, gula & garam. Gaul sebati & bahagikan 10 bahagian sama banyak
3.Bentangkan wrap & letak daun salad, 1bahagian coleslaw, 1bahagian burger ayam & sedikit sos cili. 
4.Wrap & roll dengan cermat & balut dengan plastik wrap supaya kemas. 
5. Buat hingga selesai

* Wrap Gardenia lebih lembut & tidak mudah koyak. Jika guna tortilla brand lain perlu dipanaskan sekejap supaya lembut & mudah nak roll. 

** Kepingan burger ayam Ramly lebih sesuai digunakan sebagai filling berbanding kepingam burger daging. Selain kepingan burger, isi ayam goreng, nugget & lain2 juga boleh guna sebagai filling

*** Kobis sebaiknya hiris halus @ guna slicer. Jangan guna pemarut kerana nanti coleslaw akan berair. Mayonis juga jangan terlalu banyak nanti susah nak roll. Cukup sekadar melekatkan coleslaw

Sediakan bahan siap2 supaya senang nak urus. 
Burger ayam siap masak
Salad siap cuci & lap
Colesslaw siap gaul


Bahagikan inti sama banyak mengikut bilangan wrap supaya dapat sama banyak 


Bentangkan wrap,
Letak sehelai daun salad
Letak 1 bahagian coleslaw
Letak 1 bahagian jejari burger ayam
Sedikit sos cili

Gulung dengan cermat sambil lipat kiri d kanan supaya filling tidak keluar


Balut pula dengan plastoc sling supaya kemas 

Ada 9 rolls wrap.. 
2 rolls abang nyer bekal
2roll bekal kakak. 
2 roll untuk aku kat rumah
3 rolls mak aku bekal mak aku

Masa mak aku wasap nak remind online class tu mak aku tanya aku dah makan ke belum. Memamg belum la sebab baru lepas pakai tudung nk online class. 
Mak aku cakap tengah makan bekal dengan Mak Nik Anis & makcik cleaner. 

Tu dalam mangkuk tu apa? 
Mak aku cakap Mak Nik Anis belanjer Laksam Kelantan. 

Ciapppp.... 


Yang warna cerah tu wrap ori,packing dia warna merah biru. Yang gelap skit tu wrap wholemeal packing dia warna hijau. 

2 comments:

  1. Aunty baru tahu gardenia pun dah ada wrap tortilla ni, tapi aunty tak rajin nak buat, baik takyah beli, haha..

    p/s aunty makan roti gardenia wholemeal jerlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Gardenia dah ada wrap. Ada ori & wholemeal. Dulu mak kita selalu beli bramd Mission tu. Now dah beli Gardenia jer nampak. Mak cakap Gardenia lagi senang nak manage sebab lembut & tahan lasak.. Hahahaa tahan lasak terrrrršŸ¤£

      Delete