Tuesday 20 March 2018

LAKSA BUYONG @ BUKIT GANTANG

Laksa Buyong...
Pernah makan..?
Haaa...aku baru 1st time makan Laksa Buyong..
Selalu makan Laksa Dapur Arang..
Masak guna
Hari ni makan Laksa Buyong...
Tahu ke Buyong..?
Haa..nanti satgi cheq habaq mai.
Haaaaa...dah sampai Kedah..
Cheq dik asah lidah nak speaking Kedah..
Kadang jadi..
Kadang x jd ...
Ok nak citer pasal makan Laksa Buyong @ Bukit Gantang....
Laksa Buyong yang famous tu.
Tapi kalau Google Laksa Buyong memang banyak..
Semalam pun masa abang search Laksa Buyong memang bersepah yang kuar..
Sampai abang kena call kawan abang yang memamg pakar Laksa Buyong ...
Haaaa...cekedaut..


Dari KL...lepas Sungai Perak
Exit Kuala Kangsar...
Orang Perak cakap KUALER...


Exit Tol Kuala Kangsar...
Dari Jalan Duta
Tengok kat electronic board Smat Tag tu tol dia rm30..


Ok...Kuala Kangsar Bandar Diraja..
Bandar Diraja tu apa...?
Mmm..mak aku cakap Bandar Diraja maksudnya bandar yang ada istana tempat sultan negeri tersebut bersemayam...
Kalau Perak Bandar Dirajanya Kuala Kangsar.
Kalau Kedah Bandar Dirajanya Anak Bukit..
Kalau Pahang Bandar Dirajanya Pekan..
Hmmm...camtu ke..?


Lepas Tol Kuala Kangsar...ada 2 susur...
Amik susur kiri...
Pastu memang tenvik abang druver streeeeeettt jer....
Kalau ada flyover ker...naik jer..janji strettt....
Dari Tol Kuala Kangsar tu nak ke Laksa Buyong tu boleh la layan view kiri kanan..
Hrm...1 yang aku selatu perati...
Kalau kat Perak ni bukit dan gunung dia lain macam skit...
Biasa kalau bukit & gunung tempat lain typical bentuknya Nasi Lemak...
Tapi kat Perak bentuk dia memang lain macam..
Mak aku cakao mungkin sebab kat Perak banyak bukit dan gunung batu kapur ..
So ...bula hujan ..tindakan alkali dan asid akan menyebabkan bukit batu kaput berubah bentuk..
Haaaa....mak aku nyer teori cam cikgu Sains ke cikgu Geo ker ntah....


Laaa...bila dah lama lalu ..
Baru perasan atas tu hi way PLUS tu..
Selalu kalau lalu hi way nampak jalan yanv we all tengah lalu sekarang ni..
Hari ni dah lalu jala  yang selalu nampak dari hi way tu...
Abang kata tahun lepas abang dah pernah makan Lakda Buyong ni..
Tapi abang kata lagi senang exit Tol Cangkat Jering..
Sebab lagi dekat dengan Tol Cangkat Jering...


Ok...abang kata dah menghampiri detinasu...
Tu yang nampaknkereta banyak parking dari jauh tu..
Itulah Gerai Laksa Buyong viral tu..


Ok...dah nampak gerainya...



Dah banyak kereta parking
Panjangnya Gerai Laksa Buyong ni..
Semua bumbung kuning tu abang cakap itah gerainya...


Ni abang kata anak tokey Laksa Buyong


Abang sedang menemuramah anak tokey Laksa Buyong...
Mmm....hemsem la anak tokey dia..
Hahahaa....
Ok kita order dolu..
Apa yang ada kat sini..?


Boley pilley adey mannis mau makan apa..
Hahaha...apa kaitan plak ngan Mujibbur..
Mmm..abang order Mee Sup ngan Sirap Bandung..
Abang memang x suker laksa sebab abang x makan ikan
Mak aku plak cakap...
Apa guna gi Laksa Buyong..kalau x makan laksa..
Hahahahaha...
Ok ada Laksa Pulas
Laksa Biasa
Laksa Special
Ok...aku ngan mak aku pilih nak makan Laksa Pulas..
Sebab nama dia cam unik jer..
Bila tanya anak toker tu...
Dia cakap Laksa Biasa ..
Laksa Kering yang dibuat daripada tepung beras.
Cam biasa la ..Laksa kering yang direndam dan direbus..macam laksa yang beli kat pasar malam.
Laksa Special pun laksa biasa juga cuma tambah telur lebih..
Laksa Pulas?
 Laksa Pulas ialah Homemade Laksa..
Laksa tu dibuat segar setiap hari.
Teknik menghasilkan laksa iairu adunan tepung gandum yang diuli dimasukkan dalam àcuan mesi seakan acuan maruku yang besar.
Mesin itu akan dipulas sambil ditekan supaya adunan laksa keluar melalui lubang pada acuan mesin laksa
Sebab itu dinamakan Laksa Pulas..
Itu mengikut penerangan anak tokey Laksa Buyung ru la..
Mak aku tanya abang tu macam reporter..
Aku la tukang dengar macam burung belatuk..
Terhangguk- hangguk
Specialnya Laksa Pulas ni dibuat daripada Tepung Gamdum..
Hrmmm...betul lah citer mak aku yang Laksa Kuala Kangsar dibuat daripada tepung gamdum..
Ada dah pernah post pasal MACAM- MACAN LAKSA kat sini....




Mmmm....ternampak plak ikan nj..
Mula2 ingatkan iklan  kerja kosong..
Dah baca 2x pun aku lum faham..
Masuk kali ke 3 baca batu faham..
Deep...deep...


Ok...
My Laksa Pulas dah sampai...
Bapak pekat giler di nyer kuah....
Tenggelam sampai lalsa tu hilang x dapat dikesan oleh radar...


Abang tolong snapkan menu
Sebab aku membelakang senarai menu...
Cer tengok harga dia..
BAPAK MURAH yang ko xkan  jumpa kat KL
Sirap 5kupang segelaih weii
BETULLL
Sirap segelas 50sen..
Limau ais 80 sen..
Kantin sekolah rendah pun xdapat harga tu weh
Ya Allah...limpahkan lah rezeki peniaga ini agar dapat mereka terus berkongkongsi rezeki dengan pelanggan mereka..
Haaa..tengok..
Kalau pemurah..cutomer pun berdoa tau..!




Kasi korel dalam kuah baru jumpa Laksa
Rupa laksa dia nampak biasa jer..
Cuma laksa biasa lebih kasar mee dia




Kuah dia..
Bapak pekattt....


Abang tu cakap harga dia tetap x berubah walaupun sekarang banyak barang dah berkali ganda mahal...
Abang tu kata bapa dia...tokey Laksa Buyong ni x kasi naik kan harga....
Harga semangkuk Laksa Buyong ni hanya RM3.50 sahaja....
Bapak murah...
dengan kuah pekat melekat...
Patutnlah customer ramai..


Abang ni cakap...
Kalau weekend dorang guna 100kg ikan untuk masak kuah...
Macam hari ni yang kitorang gi ni
Masak 100 kg ikan
Kalau hari biasa mantain 70- 80 kg ikan
Sebab sekarang musim cuti sekolah..
Ramai yang order untuk makan2 dengan family
Sebabnya abang ni cakap selain makan kat kedai dan bungkus biasa..
Boleh juga beli banyak..ikut kilogram
Contohnya beli dalam beberapa kilo semua bahan sampingan seperti telur..ulam2 diberi sebiji- sebiji tanpa potong..
Abang tu cakap dorang ada pekerja yang memang khas un untuk siang ikan dan masak kuah..
Bapa dia dah lama mengusahakan Laksa Buyong..
Customer plak memang dari pelosok negeri dan tanah air..
Kedai ni buka pukul 11 pagi...
Kami sampai pukul 12 tengahari memang dah ramai ..
Tapi abang tu kata macam tu kira x ramai sebab
Kalau prime time memang full house..
Kedai ni tutup pukul 6..
Tapi kalau belum.pukul 6 dah habis...dorang tutup awal la..
Pekerja kat kedai hanya fokus dikedai
Tokey..?
Haa....tokey jadi QC...Quality Control..
Anak tokey..?
Anak tokey...jadi tunku mahkota..
Syyyu...abang tu single lagi tau..!
Kikikiki..

Ni la BUYONG...
Tapi buyong ni dah pecah..sevab tu buat pasu bunga jer
Abang tu cakap buyong ni kita sejenis periuk yang dibuat daripada tanah liat..
Molot buyong tu kecik skit..
Bontot buyung tu besar bolat & seksi .
Hahhaha....
Ingat x citer Ali Baba Bujang Lapok..
Yang Marjina buat angkut air tu  buyong la kan...
Ok...now dh kenal Buyong...
Laksa Buyong


Ok...dah 12.30 ...
Dah siap makan..
Dah bungkus...
Nak gerak dah sebab mengejar masa..
Anak tokey velanjer...
Hahaha...Alhamdulillah...
Semoga Allah murahkan lagi  rezeki dorang



Go street....
Jumpa traffic light..
Belok kiri untuk masuk tol Cangkat Jering...
Itu yang abang tu cakap pada abang..
Aku hafal jerk...
Ok...teruskan perjalanan ke Kedah..
Bye...

2 comments:

  1. laksa buyong ;)
    ape ape laksa pon sodap !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa...sis nay gang ngan Achik..peminat laksa..

      Delete