Saturday 3 December 2016

LEPAT PISANG

Lepat Pisang..
Mak aku masak pgi tadi...
Sejuk-sejuk musim hujan ni..
Masa mak aku tengah kukus kuih ni..
Bau daun pisang...
Mmmm...feel weh...

Lepat Pisang ni favourite kakak..
Agaknya sebab tu mak aku buat kot..
Tapi bila tanya..mak aku sebab pisang yang beli hari Isnin tu ada lagi 5 biji dah terlalu ranum..
Ranum tu apa?
Ranum tu lebih dari masak
Tapi aku malas la nak rujuk kamus Dewan

Daripada 5 biji pisang tu dapat 10 biji kuihnya
Kata mak aku..masa zamam atuk banyak tanam pisang..sekali masak lepat guna 2 sikit pisang..
Omak ai...banyaknya!!
Tapi mak aku kata nenek x suka Lepat Pisang..

Lepat Pisang yang baru masak..
Baunya harummmm..
Aku suka bau daun pisang bungkus kuih..
Tapi paling favourite aku opkos la Kuih Tepung Bungkus..
Heee...
Aku kan pecinta kuih tradisional...
Sampai mak aku selalu cakap selera aku macam orang tua..
Heee

Bekal kakak...
4 kakak bawa bekal..
4 aku makan...
Lagi 2 mak aku makan...


Makan panas-panas sedap..
Tapi lagi feel makan selepas beberapa jam dimasak..
Tapi nak tunggu beberapa jam tu memang tinggal daun pisang la..hihihi

LEPAT PISANG
5 biji pisang berangan
1 cawan tepung beras
2 sudu gula
1/2 cawan kelapa putih
1/2 sudu teh garam
10-12 keping daun pisang(saiz tapak tangan)

1. Lenyek pisang & tambah garam & gula
2. Masukkan tepung beras & kelapa.Gaul rata
3. Layur daun pisang
4. Bentangkan daun pisang & letak 1 sudu besar adunan pisang & bungkus kemas.
5. Buat hingga selesai & kukus 20 minit

No comments:

Post a Comment