Sunday, 23 March 2014

MUSIM PANAS...RAMAI YANG X SUKA....TAPI ADA YANG SUKA..!!!!

Sekarang memang musim panas dan kering...hahaha..dah panas mestilah kering...
Dalam surat khabar pun tulis banyak empangan dah surut airnya..dan bekalan air dicatu...
Catu tu apa..?
Aku ada buka Kamus Dewan...catu = jumlah makanan (dll) yang telah ditentukan atau dihadkan penggunaanya...
Ramai juga kawan-kawan sekolah aku merungut sebab kawasan perumahan dorang termasuk dalam catuan air..maksudnya ada hari yang ada air,ada hari yang tiada bekalan air...sian tau..susah sangat bila xde air..hari tu ada sekali sekolah aku xde air...memang susah...
Hari tu rasanya hari rabu..sebab mulanya kata nak batal koko sebab xde air,tapi PK Kokurikulum kata Pn Jamilah x kasi batalkan sebab takut ada murid yang dah bagi tau ibu bapa suruh ambil lambat..Masa tu GB lama lagi..sekarang dah GB baru...
Apapun xde air kat sekolah memang susah...
Kenapa susah..?
Sebab aku dah terkena...!!! hehehehe
Hari tu memang sakit perut...sekali masa aku tengah*****....bila aku buka paip ainya xde...haaa,kelam kabut aku...Nasib baik juga kawan aku Umi Amirah ada temankan aku..tunggu aku kat luar la..Kelam kabut aku panggil dia...Nasib aku baik la juga sebab Umi tolong ambilkan air dari baldi di tandas guru...hahahaha...xboleh aku  bayangkan kalau air memang langsung xde.. ataupun aku gi tandas sorang2...siapa nak tolong ambilkan air...hahahahaha
Nasib baik kawasan rumah aku air sentiasa ada...syukurrrrr
Minggu lepas hhari Khamis,kitorang balik kampung...sebab malam Jumaat tu nenek bertolak gi umrah....
kat kampung pun musim panas & kemarau...Ni gambar hari Jumaat...kat tepi rumah nenek..Tengok la pokok cili nenek dah layu sebab terlalu panas....

pokok cili ni dah berbuah,tapi layu je sebab panas sangat...sebenarnya pokok cili ni sepatutnya x layu sebeb nenek tanam tepi paip air je kat luar rumah tu...Tapi,sebab xde siapa lagi nak siram,pokok tu layu..
 Masa ni dah segar sikit sebab mak aku baru siram.....
Pokok serai,pokok puding & pokok sirih dalam pasu tu pun sedih sebab baru sehari nenek tinggalkan dah xde siapa nak siramkan...huhuhu...camana la nasib pokok ni sebab nenek gi umrah tu 2 minggu...
Harap2 pak Njang x lupa siram pokok tu...
Pokok  palas kat tepi rumah nenek pun dah kering...xde siapa nak siram....tengok la tanahnya...langsung xde rumput sebab ruput2 dah mati..tanahnya kering & merekah...
Tapi...mak aku kata musim panas ni ada juga yang suka....Contohnya bunga borgenvilla ni...nenek panggil Bunga Kertas....Warnanya sangat cantik dan terang kalau musim panas...
Mak aku kata bunga ni memerlukan cuaca yang panas ..baru la bunganya cantik..Kalau musim hujan bunganya akan mudah rosak & warnanya pudar serta cepat menjadi rosak & gugur...
Ooooooo....macam tu ke...
Ni plak gambar kat Behrang,highway PLUS...masa kitorang balik semalam...sebenarnya banyak tempat sepanjang highway tu yang ada kesan terbakar....Mak aku kata kebakaran tu mungkin sebab ada orang huang puntung rokok.
Aku tanya mak aku ,macamana puntung rokok boleh bakar hutan sebanyak tu...pelik je..
Mak akupun mula la mengeluarkan teori spekulasinya...hahahaha..ni kes terpengaruh kehilangan MH 370 la ni...hehehe
Mak aku kata mungkin ada orang buang puntung rokok & bara api yang masih ada pada puntung rokok tu pada mulanya akan membakar sehelai daun kering..Kerana banyak daun kering pada musim kemarau ni,maka api tu cepat merebak & membakar kawasan yang luas...
Kalau teori Sains plak,geseran akanmenghasilkan haba & seterunya boleh menjadi api & mungkin juga itu menjadi punca kebakaran hutan
Tapi menurut cerita mak aku lagi...kalau dulu-dulu,petani akan sengaja membakar semak-samun & belukar  kawasan untuk pertanian pada musim panas & kemarau ni.Ini adalah kerana ia adalah cara paling murah dan cepat untuk membersihkan kawasan pertanian berbanding menggunakan tenaga untuk menebang & jentera untuk membersihkan semak samun tersebut.Lagipun sisa pokok terbakar dan tanah yang dibakar menjadi lebih subur pada musim hujan iaitu musim menanam nanti...
Ooooo..patut la orang selalu beli tanah yang dibakat untuk isi dalam pasu bunga....


                                             3 gambar ni aku copy paste dari Google...pinjam yer..

 Kata mak aku juga,musim panas ni la peluang untuk penjual minuman seperti air kelapa mendapat untung yang banyak kerana pada musim panas jualan mereka akan laris contohnya cendol,air kelapa muda,ABC & air tebu...
Walaupun ramai yang x suka musim panas terutama yang kena catu air & pokok-pokok yang layu...tapi musim panas & kemarau ini juga memberi keuntungan dan rahmat untuk sebahagian yang lain contohnya Bunga  Borgenvilla & penjual minuman...Semua yang berlaku sama ada suka atau tidak tetap ada hikmahnya..Sekianlah ceramah dari "ustazah" hari ni..hehehehehe..Assalamualaikum...!






No comments:

Post a Comment