Aku pernah melawat tempat paling panas di Malaysia..iaitu Chuping di Perlis..Ada aku buat entry pasal tempat ni tahun lepas..Cuaca pernah sampai 40 darjah C pada tahun 1998..panas gilerr tu..Yang dalam surat khabar baru ni pun ada tulis Alor Setar pun panas sampai 36 darjah...huh..camana la petani-petani kat tengah sawah tu kerja...
Patut la aku duduk dalam kelas pun rasa panas...Nasib baik balik je sekolah hari Jumaat tu mak aku buatkan Jus Rosella...Slrupppp...!!!!!
Aaaaaaaaaaaa....lega rasa tekak yang sedang kehausan...heee
Kat kampung..dulu nenek ada tanam pokok roselle ni...Masa raya mak aku masakkan jus roselle bubuh dalam mangkuk punch & isi ais banyak2..Cantik sangat warna dia...
Tahun lepas aku pernah nampak buah roselle ni kat Taman Herba sekaolah aku...Masa tu memang aku teringat jus roselle masa kat kampung..Nak minta buah roselle tu kat cikgu,takut cikgu marah...Lastly tahun ni tengok-tengok pokok roselle tu pun dah xde..xtau la pokok tu mati atau dicabut..Yang nampak anak-anak pokok roselle tu je tumbuh kat Taman Herba tu...Nanti nak minta anak pokok tu dekat Pak Omar tukang kebun tu la..nak bawa balik suruh mak aku tanam dalam pasu..Hmmm,nak ke mak aku tanam?..mak aku tu bukan suka pun tanam-tanam pokok...
Tapi mak aku rajin buatkan aku macam2 jus..Ni Jus Rosella..Nak buat pun mak aku kata senang je..Rebus je buah rosella tu dengan air sampai mendidih & keluar warna merah..Jus ni x payah letak pewarna sebab buah dia akan keluarkan warna merah...Pastu masukkan gula.Dah mindidih & gula hancur.biarkan sejuk.Nak minum,cuma letak dalam gelas & tambah ais kiub...Aaaaaa...sedap..ada sikit masam & banyak rasa manis..
Mak aku kata kalau minuman sejuk kena hidang dalam gelas...Kalau minuman panas baru hidang dalam cawan atau mug..Betulla..bila bubuh jus yang sejuk ni dalam mug nampak x menarik..Yang dalam gelas tu baru nampak menarik....
No comments:
Post a Comment