Wednesday, 9 September 2026

DAPAT IKAN HARUAN BESAR

 Balik kampung long weekend + cuti merdeka 2026

Kalau balik kampung tidak sah kalau tak pi memncing @ bahasa kampung kami memancing disebut "mengai"

Kalai kat rumah di pekan,banyak port mengai..talinaor banyak,ada tasik,ada sungai bagai.Tapi kalau kat kampung mak bulan September hingga Mac biasanya musim kemarau bendang dan parit banyak kering kontang..Kena cari mana ada lopak air dalam bendang,in shaa Allah ada ja ikan..


Sarah kemain excited tengok Tok Mummy dia dapat ikan harian besar ni.


Mancing kat parit kampung sebelah ni tak sempat dapat ikan,Achik ride motor & saya dan Sarah membonceng ke sini...Baru letak  boq kai( joran) hutan lebat melanda....kelam kabut Achik ride balik dalam hujan..Kebasahan kami 3 beranak...Tapi Sarah paling happy dapat naik motor dalam hujan lebat...hahahha



Sebelum ke kampung sebelah tu Achik cakap dalam semak semak bendang tinggal ni macam ada ikan.Tapo tu la semak sangat bendang ni sebab tahin ni semua orang kampung ambil kepitusan tak buat bendang..( tidak tanam padi) Patutnya bulan Ogos adalah musim menanam padi..Ni semua orang biarkan sawah todak berranam..Seingat saya tak pernah orang kampung tak tanam padi .Hanya pada tahun 1980 masa saya msih kanak-kanak saya dah dapat ingat tahun tu semua orqng tak tanam padi kerana dilanda kemarau panjang hinggakan hampir semua telaga orang kampung kekeringan dan memaksa oenduduk kampung menganbil inisiatif meneroka kawasan paya untuk gali telaga.Selain tu siingat saya tak pernah depa tak tanam padiTiadak tahu kenapa.Mungkin merajuk kerna harga padi tidak dapat menampung kos penanaman.Mungkin juga kerana tahun ini taburwn hujan kurang menyebabkan petani tidak mahu mengambil risiko kerugian..



Telaham Achik tak salah!
Memang benar dicelaha. rumput dan menerung kat bendang tinggal ni memang ada ikan..
Tak la selepas melabuhkan umpan cengkerik, mata kail saya terus disambar ikan haruan
Besar pulak tu!
Sekali pandang dan macam reptilia yang satu itu...Patutlah omputih panggil ikan ni snake head fish...hihihi

Lagipun ni memang kawasan bendang.
Dulu zaman saya kanak-kanak hingga tahun 90-an,kawasan bendang ni ada kolam ikan yang gak dalam.Masih saya ingat masa darjah satu,abang saya,iaitu Abang D pernah bawa saya ke kolam ini kerana abang D nak main rakit buluh dalam kolam tu dengan kawan-kawan seangkatannya..Depa buat rakit guna batang buluh yang diikat membentuk pelantar dan berakit dalam kolam ikan tu..Masa tu mak tak ada kat rumah.Tapi tak ingat mak ke mana .Cuma yang pasti,mak ada urusan di luar dari kampung dan bawa Achik bersama.Abang D bil peluang main rakit buluh masa mak tak ada kerana mak memang larang keras main rakit atau main tepi kolah yang dalam ty..Tapi abang D dah pesan jangan bagitahu mak & sebagai adik yang amanah ,saya memang kunci mulut hingga dah dewaaa dan dah tua ni baru pecah rahsia tu...hahaha.Sekarang kolah tu dah tiada..Dah ditimbus dan dijadikan tapak rumah yang bakal dibina cucu kepada tuan kolam ikan tu yang dah arwah dah pun.Tapi masih la ada baki bendang bersebelahan tapak kolam ikan tu..Be tul betul tepi jalan kat kampung..bersebelahan dengan rumah MAYAH & THE GANG..

Semak balik old post rupanya pantas masa berlalu...Dulu Cella,Mayah & the gang masih kanak-kanak...
Kata mak,Mayah dah kat IPT ..Syasya pun dah kahwin dan dah ada anak...!


Eh,saya pun dah bercucu  dah rupanya...🤣
Ni Achik dok melayan Sarah sambil menemani saya memancing...


Excited betul Sarah  dapat explore kampung.Ikan ni pun langsung dia tak takut..Nak pegang semua ikan yang saya dapat.
Lutut dah berparut jatuh atas jalan & akan menjadi kenangan nanti.Mengutip biji getah bersama Acunya dan juga mengahalu lembu yang menceroboh kebun moyangnya...



Antara ikan yang mengena pada mata kail pancing saya....Kebanyakan puyu...Ada sekor dua ikan lampam...
Cuma balik kali ni tak puas memancing kerana cuti singkat....
In shaaa Allah ada rezeki,balik lagi .......

1 comment:

  1. Syoknya dapat mengai. Sy tinggal kenangan ja la nak mengai ni :(
    Bagus Mak Cella expose Sarah dgn aktiviti gini, dapatlah dia kenal asal usul dan cipta kenangan dia sendiri.

    ReplyDelete