Friday, 10 July 2026

SELAMAT BERSARA KAK IZZAH

Hari Selasa saya excuse keluar awal.Nasib baik mud big bos baik & saya dibenarkan keluar untuk memenuhi jemputan Majlis Persaraan Kak Izzah di tempat kerja lama..Lagipun saya minta excuse nak keluar lunch time pukul 12.30 tengah hari...Cuma kena la minta kebenaran kan ..risau apa apa hal


Mengenali Kak Izzah sejak lebih suku abad yang lalu ketika bertugas sebumbung sedikit masa yang lalu..Sempat sebumbung hampir 10 tahun dan kemudian saya bertukar .Siapa sangka selepas covid 19 kami kembali sebumbung selama 4 tahun sebelum saya bertukar tempat kerja pertengahan tahun lalu..Kerana lama bersahabat membuatkan saya cuba sedaya upaya cuba hadiri Majlis Persaraan Kak Izzah.



60 tahun...tapi masih cergas ke hulu ke hilir...
Tak nampak macam umur 60 kan?
Dulu selalu dapat rasa air tangan kak Izzah..Kak Izzah rajin masak & bawa ke tempat kerja...



Hari tu persaraan Kak Zam & En Hedzir hanya sempat beli coklat ferero royche...
Kali ni sebab tahu awal sempat la sepasang telekung dang sepasang kain ela untuk baju kurung sebagai cenderahati..
Hari tu masa pi majlis Kak Zam saya pakai baju kirung pink.....depa tegur  kata saya makin berisi..(bahasa kasarnya " GEMUK")🤣🤣🤣Maka kali ni saya pilih baju kurung lace hitam....Nak tipu depa konon dah kurus sikit🤭 padahal warna hitam tu yang ilusion slim skit(tipu diri sendiri)🤣🤣🤣🤣


Antara hadiah rare.....Lesung Somtam dan sayuran.....
Mungkin hadiah simbolik  sebab Kak Izzah rajin masak...
Menarik la hadiah ni.....boleh jadikan idea untuk hadiah kahwin ke...kan....



Antara rakan rakan jemputan Kak Izzah ..Ada seorang dua yang saya kenal...Selebihmya tak kenal..tapi tetap bertegur sapa.
Pastinya dapat bertemu rakan rakan lama merupakan salah satu kebahagiaan..
Kadang hati ni berbolak balik antara nak bersara wajib dan bersara awal...
Semoga saya juga dapat menghabiskan sisa sisa perkhidmatan dengan tenang dan cemerlang.


2 comments:

  1. Bestnya dah bersara. Selamat bersara kak izzah. Semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
  2. Moment indah utk yg kerja gov..

    ReplyDelete