Memasak ni kadang idea datang mencurah bila ada kerajinan...Kadang merudum jauh ke laut paling dalam...
Zaman muda..anak anak masih sekolah,Alhamdulillah Allah kurniakan kerajinan dan kudrat beserta kreativiti nak siapkan bekal anak anak setiap hari & lebih kurang 22 hari sebulan.Weekend adalah hari menyapkan bahan kisar dan belanja bahan nak masak umtuk seminggu..Dalam masa yang sama weekend juga rasa macam masa panjang kerna masih sempat memenuhi aktiviti anak anak jenjalan sana sini & kerap juga bercamping di hutan,pantai dan kerap juga balik kampung...Eh,sempat ek masa tu!! hihihi
Weekday,adalah hari menzahirkan kreativiti bekal anak sekolah agar bervariasi dan time management pun boleh katakan cemerlang...Allah bagi sempat buat semua..
La ni gak....Allah....nak buat apa pun slow jer dah...tak setangkas dulu dah...Cuma masak tu masih la lagi...hihihi...perut kena isi..!!
Minggu ni ayammmm & daging jer takda menu ikan....ayam kicap...ayam sambal..ayam kari,daging kicap daging sambal...Bekal Sarah pun balik balik menu ulangan...masak ayam dan ikan bekuah + je sekali sayuran..buah pun asyik buah yang sama....strawberry,limau,pisang & anggur..Tapi takda la pula ambil gambar...Nyer jadi takdan camana entah...hihihi
Hanya gambar Ayam Sambal Daun Kari n terambil gambarnya ala kadar...Boleh la buat idea rakan rakan kot dah taktau nak masak apa...hihihi
Walau lauk biasa dan nampak biasa jer...tapi ni kalau makan dengan nasi panas panas time lapar....tak cukup sepinggan wei...dengan syarat jangan tambah lauk lain yg berkuah....dia potong rasa la...
Kalau taste saya..cukup 1 lauk ni ditemani ulam segar...macam peria katak mentah,pegaga,tenggek burung, & paling ngam kalau ada petai atau jering muda,..uii nyakuk molep demo oooo!
Cuma cara saya kalau masak sambal ayam atau daging wajib tambah kunyit dalam sambal tu...Auto aromanya akan mengingatkan sambal ayam zaman kanak-kanak.Sama ada masakan mak atau menu rumah kenduri..Padahal hanya tambah 1 bahan sahaja berbanding sambal seafood lain.Apa lagi ditambah daun kari...memberikan aroma yang menggamit selera untuk pemakan macam saya!
SAMBAL AYAM DAUN KARI
½ ekor ayam siap potong
Garam,perasa,kunyit,minyak
daun kari
Bahan kisar:
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1 ketul kunyit
( kalau sayang blender sila guna serbuk kunyit sahaja masukkan masa menumis) hihihi
1. Garam kunyitkan ayam & goreng hingga masak.ketepikan.
2. Dalam minyak sama..tumis 3 pelepah daun kari & masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak..
3. Masukkan ayam....perisakan & sesuaikan rasa
* Jangan lupa tanak nasi..😄
ada bahan rahsia ni wajib kena follow nak juga tahu rasanya
ReplyDeletekami pun sama kak kadang beli 1jenis lauk basah je untuk seminggu tu,kadang taktau nak beli lauk apa,ore kelate kato puah cemuh dih hahaha
Hahah jangan lupa tanak nasi ek…nampak sgt bercakap dr pengalaman
ReplyDeleteSy skrg tinggal bertiga, kerajinan nak masak tu merudum haha... Bila anak² asrama balik, barulah meriah sikit menunya.
ReplyDeleteOh letak kunyit, nak tiru la :D
Boleh try buat nanti ni. Nampak sedap ni.
ReplyDelete