Tuesday, 26 July 2022

SARAPAN NASI DAGANG ATAS TOL @ PADANG NEGARA

 Sejak kali pertama makan NASI DAGANG ATAS TOL....kat sini memang saya jatuh cinta dengan rasa gulai ikan aye yang pada tekak saya sangat sedap.


Maka,pastilah Nasi Dagang Atas Tol ni menjadi pilihan kami untuk sarapan pagi Sabtu..
Dah offer Cella nak gi pick up dia kat kolej tapi dia kata tengah bz kemas beg & dia tak nak ikut.

Seawal 6.30 kami sudah bergerak ke Nasi Dagang Atas Tol..Tempat ni buka pukul 6.30 pagi...Kami tak mau bersesak kalau lambat..Dari Arena Hotel tu dalam 15 minit saja kalau tak silap la..Sebab Adah yang drive kan🤭


Kami memilih Nasi Dagang Atas Tol Cawangan Padang Negara..Masa kami sampai tempat makan ni masih lengang.Baru ada satu dua meja yang ada pelanggan sebab masih awal & baru buka.
Setahu saya Nasi Dagang Atas Tol ni ada 3 cawangan( tapi bila google rupanya ada 4 cawangan).Cawangan 1 tak pernah lagi pi..
Cawangan Padang Negara ni dah dua kali,manakala NASI DAGANG ATAS TOL CAWANGAN PADANG HILIRAN pernah sekali.Lagi dua cawangan iaitu  kat Kampung Atas Tol dan satu lagi cawangan Gong Badak kami belum pernah cuba.Mungkin rasa dia sama saja tapi persekitaran dia pasti berbeza dn boleh mempengaruhi selera kita🤭


Boleh tengok menu..dan harga..Ada la sedikit kenaikan harga berbanding beberapa bulan lepas.Tapi tidaklah ketara berbanding harga barangan yang kian melambong sekarang ni 


Pilih la nak makan apa..
Bukan sekadar nasi dagang aneka lauk.Nasi minyak aneka pilihan lauk..Pulut Kuning aneka lauk dan goreng goreng panas.


Kami pilih Nasi Dagang Ikan Aye...
Untungnya kalau datang awal,kita akan diberi kepala ikan dalam gulai tu percuma selagi ada stok.Kalau habis,habis la..hanya dapat kuah dan ikan yang atas nasi tu ja la

Tak sabar nak makan



Minumannya harus la Teh Ombak Rindu ni


Puas hati saya bila dapat kepala ikan ni.Semua kuah beserta cili padi tu habis saya makan.Kepala ikan pun tulangnya lembut macam tulang sardin..Habis saya kunyah dan telan sebagai sumber kalsium🤣🤣🤣🤣

Walaupun banyak kali makan nasi dagang dan pernah juga masak sendiri tapi  pada saya Nasi Dagang Atas Tol ni sangat kena dengan selera saya.

Begitu juga Adah...Cuma masih ralat belum berkesempatan bawa mak makan Nasi Dagang Atas Tol ni..In sha Allah nanti kalau ada rezeki masa konvo Cella nanti,nak bawa mak.

7 comments:

  1. Mama Cella selalu share pasal nasi dagang ata tol. Memang saya selalu terbayang kesedapannya dan teringin pulak nak merasa. Baiklah zikir selalu kan Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zikir jangan tak zikir, Kak Amie 🤭

      Delete
    2. Jom la zikir sama². Kot dapat pi makan sama². Hihihi

      Delete
    3. Zikir Jaja jangan tak zikir...in sha Allah semoga dimakbulkan🤲🤲🤲

      Delete
  2. Hihihi...nak join juga zikir walaupun baru ja makan...hihihi

    ReplyDelete