Saturday, 2 July 2022

KENDURI DURIAN : MAKAN SAMPAI PUAS...TAK PAYAH BAYAR PUN!!

Tajuk tu mengambil kata-kata yang tertulis kat banner bawah ni..

Dua hari berturut perut diisi dengan durian.Rabu beli durian IOI vs UDANG MERAH.


Khamis pula makan kenduri durian untuk lunch 🤭 anjuran  jejaka-jejaka hensem🥰.

Bagusnya mereka ni walaupun " spesis yang hampir pupus"🤭🤭🤭🤭🤭 kerana tak sampai 10 orang pun..Tapi saya perasan ada sorang dua yang memang selalu mengadakan sedekah Jumaat dengan roti canai,nasi lemak dan sebagainya.Kali ni depa sep-sep lelaki belanja makan durian.Depa pilih nak belanja hari Khamis sebab orang kuat majlis iaitu Azizi ada hal hari Jumaat.Lagi pula kata depa sebab durian bau kuat.Kalau buat hari Jumaat,nanti depa nak pi solat Jumaat takut 1 masjid berbau durian..lagi-lagi kalau depa sendawa berjemaah🤣🤣🤣


Bila Jas update kata lori durian dah sampai gate.....saya kat tingkat atas  dah terbau dah walau berada atas kayangan .
Hajat nak turun awal ke astaka tu..tapi terlambat juga  jadinya...hihihi
Akhirnya tak leh tahan...bau durian memanggil-manggil


Dah nampak lori durian tu park tepi astaka


Tokey durian tengah menjalankan kerja-kerja membelah dan mencekah durian.

Ada yang dah separuh jalan dah makan...

Pulut ..santan pun ada..Yang nak makan durian sahaja pun boleh..Nak makan ngan pulut santan pun boleh.Kak Izzah tukang kukus pulut.Saya tumpang juga 2kg pulut.Kak Izzah kata dia bawa 3kg pulut dan santan fresh + santan kotak..Kak Izzah siap bawa trio steamer..Ish,tertarik pula saya dengan steamer tu sebab besar.Usha juga kat shopee..dalam RM200 harganya..ish,macam nak beli la..

Ada yang dah licin...hihihi

Ada yang dah tinggal kulit


Ada yang tengah rancak makan...


Ada yang makan tak habis..

Ada meja yang belum bertuan...
Nampak durian yang tenganga tu isinya kuning...sexy...!!hihihi


Setiap meja dilongggokan beberapa biji durian siap dibuka bahagian tampuknya bagi memudahkan nak mencekah 

Pinggan sahaya...hihihi


Saya dah minta tokey dia pilihkan yang isi kuning..


Bukan "Musang King"
Tapi "Udang Merah" katanya..
Dapat pula ulas
 "kucing tidur"
Eh,kenapa semua nama haiwan?


Durian kampung.

Isi putih


Tapi tebal juga isinya 
Mula saya join meja Ratna & Pn Wong.Tapi sebab depa dah lama makan,saya baru beberapa suap depa dah selesai.Malu nak makan sorang,saya pindah pula ke meja adik-adik...Ib,Lin & sapa lagi entah dah lupa..Join depa pula makan sampai kenyang..hihihi
Brrrrr....
Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang menyampaikan rezeki melalui kawan-kawan.Juga semoga geng jejaka hensem yang pemurah belanja durian ni juga dimudahkan urusan,dilimpahkan rezeki yang halal lagi barokah dan diberkati hidup mereka di dunia dan akhirat🤲🤲🤲

7 comments:

  1. Uiisshhh.... kena zikir durianlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah...kurniakanlah rezeki durian terbaik untuk Cikgu Amie🤲🤲

      Delete
    2. Amin ya Allah. Cepatlah musim durian sampai ke LD.

      Delete
  2. Boleh buat menantu tuhhh..

    Zikirlah hari2 semoga dapat steamer baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah...kurniakanlah rezeki untuk dapat trio steamer besar ni🤲🤲

      Delete
  3. Semalam makan musang king sebiji, berkongsi dengan Ahnaff. Dia cakap yang ni sedap. Tak pahit. Sabo je la 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduiii.....terliur musang king la pulak ni...
      Kena cari juga sebiji ni...buat hilang teringin

      Delete