Saturday, 23 January 2021

SAYUR BETIK MUDA GORENG PEDAS

Puas hati betul bila dapat makan nasi berlaukkan lauk kampungan. 

Masak Tumis Pedas Betik Muda. Memang pedas memang berpeluh lepas makan nasi


Aroma daun limau purut terasa segar. Seminggu ni macam semua lauk aroma daun limau purut sahaja. Hihihi. Biarlah anak-anak muda dengan semuanya berkeju. Saya yang dah tua berdaun limau purut. Hihihi. 
Teringat lagu zaman 80's
Aku suka singkong, kau suka keju..hei...hei..

Hihihi rasanya gitulah antara lirik lagu dulu-dulu tu.. 

Betik yang masih hijau ni beli kat Hero. Kadang ada, kadang ssmua betik masak



Sebiji tu rm5.19(bacanya 5 ringgit dua puluh sen) sebab rounding.. Hihihi




Masih keras & sikit kemerahan. Sedap ni masak tumis pedas ni.. Kalau muda sangat putih isinya tu macam tawar sangat. Kalau masak sangat lembik dah tak sesuai


Belah dan buang bijinya. Saya hanya guna separuh sahaja sebab lauk kampung yang ni hanya saya sorang makan. Separuh lagi simpan dalam peti ais. Nanti boleh masak kari dengan ayam atau sardin pun sedap. Dah pernah kongsi banyak kali dah betik masak kari dengan ayam dan juga masak dengan sardin masa Cella admin dulu. 
Sedap tau betik mengkal ni masak kari dengan ayam atau sardin.Kalau guna buah yang masih muda isi putih tu rasa dia macam buah kundur. Kalau yang dah mengkal,ada sikit-sikit manis mang sedap. 





Sagat kasar-kasar. Macam nak buat somtam pulak. Dah lama tak makan somtam. 

Tumbuk 10 biji cili padi, 2 bawang putih, 3 bawang merah & sejemput ikan bilis..Letak juga garam sekali harung.. Guna cili Bangladesh ni baru berasap telinga
Panas minyak & tumis bahan tumbuk sampai naik minyak. Masuk betik sagat, balik-balikkan sekejap & siap. Jangan letak air nanti berair pula. 


Jangan masak lama sangat supaya betik masih rangup. Makan dengan nasi panas-panas. 


Ops, daun limau purut, jangan lupa. Baru segat aromanya



Makan dengan ikan pekasam goreng cili bawang & perah limau.. Mmmmmm sedap sungguh pada tekak saya.. Ikan pekasam homemade bekalan dari mak saya. 
Untuk anak-anak saya masak sardin  & telur.. Sebab selera kita berbeza.. Hihihi


12 comments:

  1. Aduh, kalau sy mahu tambah Nasi tiga kali ni

    ReplyDelete
  2. Kita mak2 memang lauk macam ni lah yang tersedap.Kadang akak buat juga betik muda goreng pedas seperti ni.Betik tanaman sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya akak banyak banyak hasil tanaman keliling rumah. Buah mangga pauh tu kak.. Issh

      Delete
  3. Betik mengkal memang sedap masak sayur. Ada rasa manis-manis sikit, tambah itu ini sempurna rasanya. Sedap betul makan dengan nasi panas berteman ikan masin atau ikan goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Selalu nampak cikgu letal dalam sup ayam.. Ada lagi 1/2 betik tu macam nak try ni..

      Delete
  4. Betik jenis bulat tu boleh ke kak ..sye tk thu nma🤣🤣

    ReplyDelete