Monday 11 January 2021

MEMANCING ANAK. PUYU DI BELAKANG RUMAH


Tiga hari balik Kedah.. Setiap pagi lepas mandi, sarapan bagai,tak sabar nak tunggu cerah.Tengahari pun sambil tanak nasi pun boleh lagi pi sua joran(orang Kedah panggil joran tu "boq kai"). Guna umpan cengkerik. Umpan cengkerik ni memang emak saya sentiasa ada stok. Beli kat kedaii pancing. Rasanya kalau tak salah, 10 ekor singgit kot. Sambil nak jemur kain pun sempat lagi mengail. Sebab mengail tepi cucur atap sahaja...Tapi sebab tembok pagar rumah agak tinggi, kena alas sikit la kat kaki supaya tembok pagar boleh letak ketiak.. Hihihi.. Kalau rajin jalan la sikit keluar rumah dalam 20++ langkah, boleh pancing terus dalam sawah tanpa tembok.Malaslah pulak nak bertudung bagai. Tapi kelebihan mancing belakang dapur ni, sambil tumis gulai pun boleh. Hanya bawah bumbung awning belakang dapur. 


Tapi tu la.... 
Hanya dapat anak-anak puyu sahaja. Sebab sawah belakang rumah tu padinya masih menhijau. Baru sebulan ditanam. Kata mak saya, ni namanya Puyu Jerami iaitu anak-anak puyu yang baru menetas dalam sebulan yang lalu ketika musim menuai. Anak-anak puyu hasil dari ibu+ibu puyu yang bertelur dibawah timbunan  jerami semasa musim menuai sebulan ya g lalu.


Kata mak saya dalam sebulan lagi, besarlah anak-anak puyu ni. Dalam sebulan lagi juga pokok padi akan mula berbuah & masa tu puyu-puyi ni akan galak bermain air sambil memburu belalang & serangga yang hinggap pada pokok padi & ada yang jatuh dalam air me jadi rezeki puyu. Warna ikan puyu akan berubah  ikut muskm padi. Musim padi menghijau, puyu berwarna hijau macam ni. Musim padi menguning, puyu bewarna kuning. Mungkin sebab masa padi menguning, puyu semua kekenyangan makan belalang & gemuks-gemuks banyak lemak sebab banyak makan. Walluhua'lam...

Tapi saya lebih suka memancing dalam taliar tepi rumah Achik sebab ikan puyu & haruan lebih besar. Lepas ni kita pancing kat rumah Achik pula

4 comments:

  1. Teringan masa kecik2 dulu, keluarga wak pun buat sawah juga.
    Ikan puyu ni berlambak2 sampai buat ikan kering terutama apabila tiba musim mengeringkan sawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa sekolah saya selalu fikir padi hanya ditanam di Kedah & Selangor sebab dalam buku Goegrafi hanya difokuskan 2 negeri tu sahaja. Rupanya semua negeri pun ada sawah & tanaman padi. Hihihi
      Wak pun ada kenangan dengan puyu yer.. Ikan puyu ni memang ada diseluruh dunia kot agaknya.. Ikan yang hebat diciptakan Allah, tahan lasak

      Delete
  2. Ikan puyu kalau yg besar² nampak gemuk montel je..tapi nak makan kene hati² sebab banyak tulang. Ikan sepat senang sikit nak makan. Goreng garing, buat sambal cili padi..sedapnyeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi Jaja.. Ikan puyu banyak tulang. Baru ni saya ke Pekan nat Sabtu, ada jual puyu besar-besar tapak tangan orang dewasa. Geram sungguh. Nak beli takut mak marah sebab kat rumah dah banyak puyu dan haruan.hihihi..
      Rindu dengan sepat tapi tak dah payah nak jumpa..

      Delete