Friday 22 January 2021

KARI IKAN +UBI KELADI LAUK NOSTALGIA

Semalam masak gulai ikan.. Puas makan kalau ada gulai. Gulai tu kalau kat kampung saya mean kari. Kalau lain negeri lain tafsiran "gulai" nya.. Kalau Ng9 gulai lomak cilo api la kan.. Johor dengan gulai asam pedasnya...Kelantan gulai darat, Trengganu gulai ikang aye.. Perak gulai tempoyak. Yang tu sahaja saya tahu.. Itupun belum tentu betul kot sebab ni hanya dari apa yang saya tahu sahaja... Hihihi. 


Saya masak gulai a.k.a kari ikan + ubi keladi cina. Ubi keladi yang sama dengan yang saya rebus dua hari lepas. Separuh saya rebus. Separuh lagi saya simpan nak masak kari dengan ikan. Saya sangat suka kari yang letak ubi keladi atau ubi keledek atau ubi kayu. Sangat nostalgia untuk saya. Sebab dulu-dulu mak saya selalu masak kari campur ubi-ubian. Selalunya mak masak kari ikan haruan keli & paling selalu ikan puyu la sebab ikan puyu senang didapati di bendang. Kalau musim menuai, kadang rezeki terpijak. Dicelah-celah rumpun padi pun ada ikan puyu. Paling best kalau jumpa lopak  ikan di tengah-tengah petak sawah. Biasanya musim menuai air sawah kering sebab musim menuai memang jatuhnya dalam musim kemarau antara bulan Disember hingga Februari. Orang-orang dulu memang pandai menyusun waktu menanam & menuai padi berpandukan kalender hijrah  & pengamatan mereka terhadap bulan, bintang & matahari. Kadang-adang ada juga tersasar hingga terpalsa menuai dalam air, tapi jarang la. 


Kalau mak biasanya guna ikan puyu, saya guna ikan macerel. Kalau jumpa Polland  Macerel saya memang akan beli sebab isinya banyak & sedap. Sebab nak feel gulai lari mak saya dulu-dulu, saya campur dengan ubi keladi. Dapat la juga feel walau tak sepenuhnya. Ya la, mak guna rempah giling, ubi semua segar tanam sendiri. Makan nasi beras padi tanam sendiri. Makan pula selalunya waktu tengah lapar baru balik sekolah mengayuh basikal berbatu-batu. Memang nikmat makan kalau mak masak gulai atau sambal tumis. Kadang ubi kayu pun mak masak gulai lemak kuning + ikan kering.Sedap sangat. Selain ubi kayu, keledek, ubi keladi & ubi kelinh. Selain itu ubi tum & ubi lekir juga sedap dimasak kari dengan ikan puyu. Ubi tum tu unik sebab ubinya macam kentang tapi berbuah pada batang-batang induknya yang melilit pokok lain. Ubi lekir pula pokoknya celoreng macam ular & kalau dia berbunga busuknya ya ampun macam bagkai. (boleh rujuk google untuk pokok ubi lekir) Tapi ubinya sedap walaupun masa mengupas kulit agak berlendir. Sekarang dah tak nampak lagi pokok-pokok ubi tu dikampung. Mungkin sudah pupus atau menjadi mangsa babi yang semakin bermaharajalela. 



KARI IKAN +UBI KELADI

5 biji keladi Cina
2 keping ikan merah/3 ekor ikan kembung
2 asam keping
10 cili padi
3cawan santan cair
4 sudu minyak
3 sudu rempah kari ikan
garam secukupnya

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar cincang
2 bawang putih cincang
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga harum dan bawang keemasan.
2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air .
3. Masukkan garam dan masak hingga naik minyak
4.Bila rempah naik minyak baru masukkan ikan dan balik- balikkan hingga ikan 1/2 masak.
5. Masukkan keladi Cina yang sudah dikupas kulit, santan dan masak hingga mendidih
6.Setelah kuah menggelegak dan keladi empuk baru masukkan asam keping/air asam jawa
7.Sesuaikan rasanya
8. Perlahankan api paling kecik dan biar beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik

Puas betul saya dapat makan lauk kari yang pekat.. 


Gu pula dengan ikan haruan masin yang mak saya bekalkan agak banyak masa balik Kedah 2 minggu lepas. 


Untuk anak-anak terutama anak bujang yang tak makan ikan.. Saya masak tomyam ayam. 


Bubuh sorang semangkuk.. Makan la macamana pun. Nak hirup ka.. Nak banjir ka.. Ikut suka. Sebab saya tak suka makan nasi berkuah tomyam atau sup. Kalau ratah atau makan dengan mihun saya suka la. Kalau makan dengan nasi pun saya akan makan nasi & kemudian hirup kuah. Saya tak campur. Tak tau pasai apa lagu tu.. Hihihi


Adah & abangnya dah pergi kerja. Bawa bekal megi goreng... Petang..baru saya makan sambil temankan Cella beronline kelas. Kebanyakan  kawan & lecturenya saya dah tahu nama & cam suara sebab kerap sangat teman dia online class. Tapi kenal suara sahaja la tak tengok pun wajah mereka.. Rasa macam orang buta pula mengecam suara tanpa wajah.. Hebat insting orang buta kerana mereka hanya berpandukan pendengaran dan deria rasa dan sentuh sahaja tetapi sesetengahnya mampu menghafaz A-Qur'an. Subhanallah maha suci Allah... 
Kerana sudah biasa makan nasi waktu petang,hampir setiap hari pun makan waktu petang walaupun hari cuti. Cella makan dengan lauk tomyam & telur dadar


Saya feeling dengan lauk saya. Kari, ikan masin & ulam kobis mentah. Sayangnya saya malas nak tumbuk sambal belacan..hihihi

7 comments:

  1. Tak pernah lagi akak masak kari keladi apatah lagi campur dengan ikan.Bila2 nanti boleh try lah.
    Seronok dapat belajar masakan orang utara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat kat saya semua dikari.. Hihihi. Tapi ubi-ubian tu memang bukan mak saya sahaja masak kari tapi juga kebanyakan la kalau belah utara.. Boleh cuba sebab akak banyak menanam tu.. Mesti lagi sedap sebab fresh

      Delete
  2. Haruan masin tu... alahai sedapnya! Kami selalu goreng, bubuh bawang, cili dengan petai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Bunuh petai yer..
      Nanti boleh try..
      La ni petai mahal ya ampun.. Dah la mata petai sepet2.. Hihihi

      Delete
  3. Yesss org utaqa ni memang suka gulaikan ubi ubiannn,ubi kemili,kayu keledek,gu degn ikan sawah! tapi ni kenangan saya Masa kecik dulu..😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Gulai ikan aawah (diutara dioanggil ikan darat) memang ngam gulai dengan ubi-ubian kan...

      Delete
  4. Puan, Ubi ni nak kena rebus asing ka before masuk dlm kuah gulai tu? Terima kasih Puan.

    ReplyDelete