Wednesday 20 January 2021

PUDING SAGU GULA MELAKA

Cuaca panas-panas...

Sejuk ja tekak bila puding sagu gula melaka lalu.. Lemak manis & kenyal.. 

Ni kalau chef tengok dah kena tegur ni
Patut makan dalam mangkuk dessert.. 
Ni bukan mangkuk dessert.. 
Hihihi



Boh bedak & make up sikit.. 


Kalau dulu-dulu buat puding sagu ni memang makan dengan santan pekat. 
Sekarang makan dengan susu cair sahaja sebab malas nak sediakan santan  pekat. 
Rasa mestilah lagi sedap santan pekat. Tapi kena betul-betul pekat la macam makan cendol tu. Kalau cayaq ceroi memang potong. Stim..... Hihihi


Kalau macam ni chef tak marah.. Sebab ni memang bekas dessert. 


Huhuhu rindu nak hi tea kat hotel. Bukan selalu pun. Satahun adalah sekali dua.Pun annual hi-tea. Tapi tahun 2020 langsung tak merasa.Masa tidur hotel  menghantar Cella kat Trengganu pun  ingatkan dapatlah buffet breakfast. Kesian mak la, excited nak buffet brakfast. Sekali depa hanya benarkan order dari bilik sahaja... Kecewa la, padahal hotel lain ok sahaja buat buffet. Agaknya adalah sebabnya Allah tak izin. 


Puding Sagu ni saya buat semalam. Tapi sampai hari ni masih ada stok. Sedap sungguh layan time cuaca panas ni... 


PUDING SAGU GULA MELAKA

2 cawan sagu biji- rendam 1 jam
1tin susu cair- sejukkan
1 cawan air gula melaka pekat
sedikit garam

1. Remdam sagu.Lagi lama direndam.lagi elok sebab cepat jernih masa dimasak
2. Jerang air 1/2 periukhingga mendidih.
    Biar banyak air supaya sagu masak cantik.Jangan risau takut lembik kerana nanti akan ditapis
3. Masukkan sagu yang sudah direndam itu kedalam air mendidih dan kacau hingga jernih
4. Matikan api.
5. Tuangkam sagu rebus ke dalam tapis dan lalukan dibawah air paip hingga habis kanjinya yang melekit
6. Bekukan dalam bekas atau acuan kecik-kecik d sejukkan
7.  Sudukan/ keluarkan sagu dari acuan & isi dalam bekas dessert.Hidang bersama susu cair sejuk & air gula melaka pekat

* Boleh bekukan sagu dalam gelas-gelas kecil. Bila hendak makan tuangkan susu cair+ sikit garam dan korek2 kan sagu supaya nampak susu dicelah2 sagu

Boleh juga buat versi PUDING SAGU LELEH... di sini




6 comments:

  1. Nampak sedap kejadiannya
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Sedap ni letak pula ice cube... xmo manis sgt.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sebab buat banyak.. Semalam berlawan-lawan dengam cella makan letak ice cube.. Sedap betul. .. 2 mangkuk sorang... Hihihi

      Delete