Monday, 23 October 2017

BENGKANG TEPUNG BERAS

Bengkang Tepung Beras
Bukan hari ni nyer
Ni dah 2 minggu dalam draff
Mak aku masak
Sebab dah 2 minggu x tengok pun draff tu..
Tak perasan plak pic kuih yang dah otong xde..
Dah cari dalam folder pun xde...
Tak tahu lah x snap or dah terdelete..


BENGKANG TEPUNG BERAS
1 cawan beras-basuh dan rendam semalaman
1 cawan air
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
1 cawan gula
1 sudu teh garam
1 daun pandan
1 keping daun pisang untuk alas
Sedikit minyak untuk sapu

1. Blend beras dengan 1 cawan air hingga halus

2. Masukkan beras blend dalam bekas besar


3. Campurkan bersama tepung beras,santan,gula dan garam dalam sebuah periuk



4. Masak atas api yang kecil sambil dikacau tanpa henti



5. Kacau hingga nampak pekat dan meletup-letup.


6. Sapu loyang dengan minyak dan alaskan dengan daun pisang supaya nanti kuih berbau harum daun pisang


7. Bakar dalam oven 200 'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam


8. Biar sejuk sepenuhnya baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong

No comments:

Post a Comment