Ramai yang bercuti panjang Tahun Baharu Cina tahun ini kerana jatuhnya di tengah minggu.Ramai yang ambil cuti bersambung weekend.Apalah agaknya yang dilakukam sepanjang cuti yang agak panjang tu?
Minggu lepas,masa ikut Aqil & Haikal balik Kedah,mak request nak makan sira labu .
Mak beli labu saiz sebesar kepala lutut.Saya masak ½ biji sahaja untuk mak.Berulang mak makan 2 hari habis ½ biji labu tu.
Takut mak tak puas makan,saya hanya jamah sepotong labu sira tu.Bakinya 7 potong mak habiskan.Menyesal pulak masak ½ biji sahajaðŸ¤.
Balik KL cari labu kat Checkers & buat sira.Tapi saya buat versi gula merah/gula perang.
Takda sukatan pun.Main campak ja.
Labu ni kalau dapat yang isinya laik(halus creamy) sedap la Kadang kena jenis serat kasar..mmm potong stim.ðŸ¤
Petua mak saya kalau nak labu isnya laik,tengok tampuk kat bontot labu Kalau tampuk tu kembang isi kasar.Kalau tampuknya kuncup macam molot moncong ja in shaa Allah isinya padat dan laik/ creamy.
Video masak sira labu ni saya muatkan dalam youtube
👇👇👇👇