Tuesday 9 July 2024

RUMAH KEMBALI SEMERBAK HARUMAN BABY DAN HARUMAN HERBA BERPANTANG

Bermula proses  berpantang untuk Adah..

Tapi ini cara saya lah untuk Adah.Lain orang lain caranya..

Saya sendiri pun masa berpantang untuk 3 kelahiran,tidak sama menunya.Pantang anak sulong dikampung kerana lahirnya kat Perak kan..dalam perjalanan nak balik KL..Maka mak sewa van pi amik saya kat Ipoh ,bawa balik kampung.. Selama 42 hari ( dulu cuti bersalin hanya 42 hari sahaja)memang mak saya hanya bagi makan ikan talang kering masin,lada hitam dan sesekali ikan- ikan basah yang tidak gatal menurut mak.Hujung-hujung pantang biasanya mak akan reward  dengan menu yang agak sedap iaitu ikan talang masak kuning lada hitam.Sesekali ayam bakar.

Masuk anak ke-2 dan ke-3 memang pantang kat rumah sendiri @ KL.Masa Adah masih cuti bersalin gomen hanya 42 hari.Cuma masa Cella 2002 dah dapat cuti bersalin 60 hari..Itu pun dulu selagi tak bersalin,tak dapat cuti..Maka tak kurang la yang sakit bersalinnya kat tempat kerja..Pernah ja ada kes kat tempat kerja saya,rakan rakan tolong panggil ambulan bila ada yang nak bersalin masa kerja..Sekarang dah boleh 90 hari kan...boleh cuti sebelum bersalin..Alhamdulillah,semakin ada penambahbaikan...walau kita tak merasa tetapi sekurang kurangnya generasi selepas kita dapat menikmatinya



Ni antara menu yang saya masak untuk Adah...
-  Nasi Putih
- Kerabu pegaga + kunyit muda
-  Fillet Ikan Masak Kunyit
- Buah Oren
- Air Kurma 

KERABU PEGAGA + KUNYIT MUDA
1 cekak pegaga
1 ketul kunyit muda
1 potong oren sunkist
garam & lada hitam

1. Kikis kulit kunyit muda & racik.
2. Hiris pegaga 
3. Gaul  semua bahan & sesuaikan rasa 

FILLET IKAN MASAK KUNYIT
1 keping fillet ikan( isi putih)
1 sudu minyak zaitun
daun bawang & garam

Bahan Tumbuk:
1 ketul kunyit hidup
1 ketul kecil halia
2 bawang putih


1. Sapukan ikan dengan sikit garam.Paanaskan minyak zaitun & masukkan isi ikan yang dipotong potong.Balik balikkan agar masak sekata.

2. Tambah bahan tumbuk dalam ikan dan sedikit air.

3. Biar mendidih dan sedikit pekat..Sesuaikan rasa dan  taburkan daun bawang


** Tapi minggu lepas,masa periksa kuning(jaundice) baby..doktor & nurse pesan hentikan dulu menu yang mengandungi kunyit,lada hitam dan halia agar kuningnya cepat turun.
Jika bacaan kuning lebih 200 kena waeded ..Alhamdulillah Baby Sarah Miqayla hanya 101..Cuma kena juga kurangkan makan 3 benda tu...Saya cuba menu lain 


Minuman kurma tu saya rebus 3 bahan..
- kurma merah 7 biji - buang biji
- Kurma Ajwa 1 biji- ambil isi sahaja.
- Goji berry  1 sudu makan.
** Basuh dan rebus semua tu dalam 1.5 liter air hingga mendidih..dan airnya  menyusut.
Masukkan dalam termos dan biar terendam supaya perisanya keluar


Setiap hari saya buat minuman ini  sebagai penggalak booster kerana Adah fully breast feeding.

Buah oren tu pula katanya bagus untuk penyembuhan luka.Walaupun pengalaman saya sepanjang pantang,mak saya tak benarkan makan sebarang buah dan sayur kecuali sayur sawi pahit dan beberapa jenis ulaman sahaja.
Tapi untuk Adah,saya bagi ja,namun bersederhana.
Semoga sahaja apa yang dimakan menjadi penawar dan asbab kesihatan yang baik


T
Tak ingat menu hari apa...hihihi
Biasanya saya hanya dapat snap pic menu hari cuti dan untuk dinner sahaja.
Menu lunch,setakat hari ni...setiap hari sayakan   marinate ayam atau ikan dan suami Adah akan air fry kan sahaja..
Balik kerja petang saya akan masak makan malam..
Masakkan air mandian dan lepas maghrib akan tungkukan Adah.
Lain lain bab baby Adah urus bersama suaminya.Saya seriau nak mandikan dan nak cuci kencing berak baby...dah lama tak pegang baby...seriau...huhuhu
Alhdulillah,Adah nampak sihat dan cergas sepanjang menguruskan baby Mikayla...Berkat doa keluarga dan semua yang mendoakan yang baik baik untuk Adah.


Ni makan orang pantang jugak nim.
Pantang jumpa makanan...🤣🤣



Dedaun untuk alas tungku...
- Daun memgkudu hutan
- Daun pandan
- Daun lengkuas
- Daun tembusu
- Daun sirih

Saya petik kat tempat kerja sahaja..
Alhamdulillah..ada pulak dedaun alam ni kat pinggir KL ni🤭



Air mandian herba...
Zaman saya ,mak petik kat kampung,keringakan dan bawa ke KL..
Alahamdulillah sekarang,Allah mudahkan dengan adanya orang jual herba kering ni dalam uncang..Tinggal rebus sahaja...
Semerbak rumah bau herba yang menyegarkan ...


Saya hanya rebus herba ni untuk mandian pagi dan petang..
Adah juga ada booking CL untuk seminggu...
Kalau tak salah,Adah menggunakan khidmat Mawar Confinement..
Alhamdulillah,semua urusan dan kos,atas usaha Adah sendiri walaupun pengalaman pertama beranak sulong.Kalau harap saya,memang dok fikir nak import tukang urut dari kampung ja..tak reti saya nak cari kat sini..hihihi..
Jadi mak saja ja saya ni...banyak yang tak reti🙈

Pakej urutan,mandi baby,mandi ibu,tungku,param pilis,bengkung,scrub dan sauna.
Alhamdulillah,rezeki Adah dapat CL yang bagus dan dalam masa yang sama rezeki saya juga dapat belajar bermacam ilmu dan tips daripada CL tersebut.Walaupun masih muda tapi kaya ilmu dan tips penjagaan ibu bersalin  dan baby.Orangnya sopan santun dan berbudi bahasa dan cekap menjalankan tugasnya sebagai CL..
Saya yang tua ni pun banyak menumpang ilmu dari CL muda tersebut...

**Jika ada menu,tips dan ilmu berkaitan penjagaan ibu bersalin...ayuh kongsikan dengan saya kerana saya tiada  ilmu menjaga ibu dan babby .Saya sangat bebesar hati jika ada yang sudi kongsikan...💐

14 comments:

  1. Alhamdulilah, bestnya bau baby.. tahniah Mama dapat cucu, selamat berpantang.. semangat masak lauk berpantang ni.. Nenek boleh makan sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭Neneknya pantang jugak..
      Pantang nampak🤣

      Delete
  2. Alhamdulillah... Semoga baby Mikayla cepat hilang jaundice nya.. Aamin
    Zaman sekarang, siapkan duit ja... Boleh upah CL.. Tak payah pening2 dah... Kadang tu ad servis sekali CL masakkan untuk ibu berpantang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Terima kasih AL .
      Betul..ada juga service masak.Adah nak ja amik yg masak tu tapi saya volunteer nak masak🤭

      Delete
  3. Sy masa bertungku dulu pun batu sungai (ke besi?) semata, tak berbalut daun. Zaman sy pun masih bidan kampung, la ni jer yg berduit bolehlah panggil CL, kalau yg laaaaagi byk duit, CL siap stay sampai habis pantang. maaf, Tok Mummy, kita pun tak ada experience, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...saya pun dulu tungku besi ja .
      Ni untuk Adah saya guna batu sungai..
      Kalau banyak duit nak.ja amik semua service tu
      Tapi kita belum cukup kaya🤣
      Ni pun tok mummy langsung tak menyumbang pun kos CL🤭

      Delete
  4. Alhamdulillah...akak dah jadi Mak Tok ye...seronoknyaaaa.....selamat berpantang buat Adah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      TQ SA...
      Nak balas komen pun dah tak sempat la ni🤭

      Delete
  5. moga baby Mikayla cepat hilang jaundice amin~ betul tu sediakan duit je.. sedap2nya menu berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      In shaa Allah dengan doa rakan rakan semua..semoga Allah sembuhkan

      Delete
  6. sedap sungguh menu pantangnya.. semoga akak sihat dan dapat menjaga adah n baby dgn sebaik2nya.. ameeennn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn..
      Terima kasih LB atas kiriman doanya

      Delete
  7. Bau baby kan... Best jer.. haishh rindu bau baby ni hahahah

    ReplyDelete
  8. bestnya bau baby... dlu sy bersalin anak ke 2-4 mmg upah CL utk berpantang.. tp bab mkn, sy mkn je apa yg ada... kalau x husb masak simple, dia beli, atau mak hantar mknn.. xde spesific sgt mknn berpantang sbb fully bf sy mkn je mana yg boleh dimakan dan yg x menyakitkan

    ReplyDelete