Sunday 7 July 2024

SAYA DAH JADI TOK MUMMY

 Sambung cerita Jumaat lepas...Bukan Jumaat kelmarin..tapi Jumaat 28 Jun 2024.Selepas dapat kebenaran meninggalkan tempat kerja dan Alhamdulillah rezeki Adah dapat makan durian.Padahal selalunya duriaj mendarat kat sini waktu petang.Rezeki bumil,ada selori durian Batu Kurau mendarat sekitar pukul 10 pagi  kat tepi jalan..

Selesai makan durian,Adah kata contruction datang setiap 15 minit.

Barang kelengkapan dah memang standby dalam bonet sejak seminggu lalu.


Lega  tengok Adah dapat makan durian..bukan sesikit dia makan🤭Kalau saya,semua sejarah melahirkan,saya jenis tak lalu nak makan apa-apa bila saja terasa sakit.Tiga-tiga kelahiran,semuanya nurse paksa minum secawan milo kerana badan menggigil.

Maka,bila tengok Adah masih boleh makan,hati saya lega walau debaran tetap ada.

Dalam perjalanan ke hospital,teringat pula suami Adah akan fly pukul 1.30 petang dari Tawau..dijangka tiba di KLIA  pukul 4.30 petang..siapa nak pick up dia kat sana.

Teringat akan anak jantan saya nan sorang tu.Sebelum ni berkali dia pesan,kalau adiknya itu sakit nak bersalin,beritahu dia bila bila masa pun,dia akan excuse untuk balik...Terus dia pulak  rasa gemuruh,nak berry katanya🤭🤣

Si Bumil ni boleh lagi request dalam otw ke hospital dia nak singgah mamak sekejap.Katanya nanti 2 bulan tak boleh gi mamak.So sebelum sampai hospital,singgahlah mamak.Dia nak makan mee goreng mamak & Horlick Milo Ais.

Dia boleh makan dengan berselera,sambil menahan sakit.Hanya sesekali dahi berkerut.Saya yang mak ni dah langsung tak lalu nak makan dah.Saya hanya order  teh 0 ais untuk sekadar teman Adah makan..


Di sudut yang lain..anak jantan nan sorang tu pick up suami Adah kat airport sementara saya hantar Adah kat Hospital Sultan Abdul Aziz @ UPM..tempat Cella belajar..Tapi Cella bukan Medic la🤭

Ya,Hospital ni merupakan hospital UPM untuk para pelajar medic,tapi rezeki Adah dapat booking di sini,walaupun asalnya perancangan akan melahirkan di salah sebuah hospital di Wangsa Maju.


Dipendekkan cerita,pukul 12 malam Adah masuk labour room bertemankan suaminya & esok paginya 7.10 pagi lahirlah seorang puteri ....

Awal seminggu daripada jangkaan doktor yang sepatutny ...7.7.2024 iaitu tarikh anniversary Adah & suaminya .


Video pertama  yang Adah kongsikan 
Alhamdulillah ...
Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w.. di pagi 29 Jun 2024(Sabtu)


Maka,dengan rasminya...saya sudah bergelar Tok Mummy kepada Sara Mikayla..
Kepada rakan-rakan  semua...ribuan kemaafan kerana belum sempat meninggalkan jenak komen di blog rakan rakan dek kesibukan kerja yang tahun ini macam tak ada penghujungnya.Ditambah kehadiran cucunda pertama. 

Maha suci Allah yang mengurniakan cucu kepada saya  disaat rakan rakan sebaya ditempat  kerja ramai yang masih  menguruskan anak anak yang masih  bersekolah...
Rezeki mereka,anak anak masih sekolah..Rezeki saya,menimang  cucu.Rezeki kita tak sama tapi pastinya itu kurniaan Allah yang terbaik untuk kita..🤲🤲

MELAYAN TEKAK BUMIL


Khamis malam saya gagahkan diri memasak Pulut Seri Muka..


Baru sahaja diangkat dari pengukus..tak sempat nak sejuk,Adah dah minta potongkan.Dia dah tak sabar nak makan kuih kegemarannya ni.
potong pun jadi sememeh tak kemas sebab belum sejuk.
Ikut dia lah...dah dia nak sangat makan macam tak sabar sabar .

Jumaat pagi Adah kata dia off day sebab nak gi jemput suaminya kat KLIA,..flight dari Tawau pukul 1.30..dijangka tiba di KLIA 3 jam kemudian.Saya terus ke tempat kerja tanpa ketuk bilik Adah.

Pukul 9 pagi Adah call,katanya sakit sejak pukul 4 pagi.Tak cukup bumi rasa nak lari balik rumah.Sap sup sap isi borang keluar...terus drive balik rumah


Dalam perjalanan teringat Adah nak makan durian...Terus 
Sempat jamu bumil makan Seri Muka &  pulut durian.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1446

 

Salam Maal Hijrah untuj semua..Semoga tahun ini amalan kita semua lebih baik dari tahun tahun. sebelumnya..🤲

Wednesday 3 July 2024

KENAL TAK POKOK GINSENG JAWA?

 Hebat orang Jawa...Depa ada macam-macam tumbuhan...

Paling popular...Asam Jawa la..hihih

Lain lain yang saya tau ada Ketumbar Jawa..Tembakau Jawa...Cucur Jawa..


Hari ni pula nak share tumbuhan hiasan halaman yang bunganya cantik.Dah la cantik..banyak pula khasiat...terutama untuk wanita yang baru lepas bersalin.


      Pic Google (kredit tuan punya pic)

Saya share pic akar ginseng Jawa..poc google kerana pokok yang saya petik daunnya ni hanya sepokok...Nak cabut takut mati pulak pokoknya...Nak kena semai dulu kasi banyak pokok baru boleh cabut ambil akarnya/umbinya.




Daun /pucuk ginseng Jawa...sesuai dijadikan ulam,sayur dan juga kerabu.Bukan sahaja pucuknya boleh dimakan...Malah buah,bunga batang dan akarnya boleh dimakan.

Antara khasiatnya dikatakan mampu melancarkan memberi tenga.Juga baik untuk sistem peranakan dan melancarkan susu ibu yang baru bersalin.

Pokok ini ada saya sharekan videonya di :

https://youtube.com/shorts/WT-F_jbgSF4?si=HeZnTVHT88J-wHsC


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕